:pen: 4) Selain itu, mekanisme pembekuan darah juga dapat mencegah kemasukan mikroorganisma dan bendasing (foreign particle) ke dalam badan iaitu bahasa mudahnya ialah kuman atau bakteria. (Animasi pembekuan darah dapat mencegah kemasukan mikroorganisma). Tambahan lagi, ianya juga dapat mengekalkan tekanan darah serta mengekalkan pengaliran darah dalam sistem yang tertutup. Penerangan yang menarik ini telah menarik perhatian semua yang berada disitu. Mereka khusyuk mendengar penerangan dari Ibu Mia dan mengangguk- angguk tanda faham. Setelah selesai bercerita, Puan Salmah mendapati waktu telah hampir jam 7 petang. Jadi Puan Salmah mengajak anaknya pulang. Mia, ibunya, Lili, kanak-kanak serta ibu bapa yang lain turut pulang ke rumah masing-masing.