Kaedah Pengajaran Kemahiran
Membaca : Kaedah Cerakinan

Prinsip

Definisi

Kelebihan

Aplikasi dalam PdP

Kaedah cerakinan ini dikenali sebagai pendekatan analisis iaitu pendekatan pengajaran yang mendahulukan unsur yang besar, kemudian unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang lebih kecil yang membentuk struktur yang besar tersebut.

Melalui kaedah ini, pengajaran bacaan ini dimulakan dengan memperkenalkan ayat kepada murid – murid kemudian ayat itu dicerakinkan kepada perkataan-perkataan, daripada perkataan dipecahkan kepada suku kata seterusnya huruf-huruf. Contoh ayat seperti ‘saya sayang ibu’.

Kelemahan

- Memudahkan guru mengajar menggunakan kaedah fonetik dan kaedah membaca dengan betul.

- Dapat membantu murid menyebut struktur ayat dengan betul.

- Murid dapat memahami struktur rangkai kata dengan jelas di dalam sebuah ayat.

- Murid yang memiliki tahap penguasaan yang lemah masih lagi tidak mampu menguasai kemahiran membaca.

Guru juga boleh menggunakan bahan TMK seperti tayangan video yang mana dapat menarik minat para pelajar untuk fokus semasa PdP dijalankan. Tayangan video tersebut haruslah bersesuain dengan topik pembelajaran. Contohnya, guru menayangkan video tentang situasi di pasar raya. Guru boleh menggunakan kaedah cerakinan, iaitu:

1. Daripada sebuah ayat lengkap, guru akan mencerakinkan kepada beberapa perkataan bagi memudahkan murid untuk membaca.


2. Daripada beberapa perkataan, guru akan membentangkan perkataan tersebut mengikut suku kata tertentunya.


3. Seterusnya, memperkenalkan satu persatu huruf yang terdapat dalam suku kata.


4. Guru haruslah meminta setiap murid untuk mengeja dan menyebut perkataan tersebut.

1. Bahagikan kepada 5 kumpulan.

2. Setiap kumpulan perlu bina 1 ayat tunggal berdasarkan video yang ditayangkan

3. Murid perlu cerakinan ayat tunggal yang telah dibina kepada perkataan, suku kata dan huruf.

4. Contohnya : (Ayat) Ibu membeli ikan bilis.

( Suku kata ) i,bu,mem,be,li,i,kan,bi,lis

(Huruf) i,b,u,m,e,m,b,e,l,i,i,k,a,n,b,i,l,i,s

( Perkataan ) ibu, membeli, ikan, bilis

- Guru sukar memantau aktiviti di dalam kelas.