ABSTRAK
Integrasi kaum dijadikan dilihat menjadi elemen penting dan tunjang utama dalam kestabilan negara. Mini kajian ini dijalankan untuk meneliti integrasi kaum dalam konteks pendidikan di Malaysia. Objektif kajian ini memfokuskan kepada mengkaji kesan penyatuan kaum dalam konteks pendidikan di Malaysia. Kaedah kuantitatif dengan reka bentuk kajian kes digunakan dalam kajian ini. Soal selidik merupakan kaedah yang digunakan sebagai instrumen kajian untuk mengumpul data daripada 102 responden yang terdiri daripada pelajar, guru dan pihak pentadbir sekolah yang mempunyai latar belakang yang berbeza dari segi bangsa. Dapatan kajian ini memberikan pandangan dan landasan kepada pengkaji akan datang.Pendidikan dilihat menjadi medium utama untuk menyemai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Namun begitu terdapat juga isu-isu yang dihadapi untuk menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum melalui pendidikan iaitu dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS), kurangnya interaksi dan kefahaman antara pelajar dari latar belakang yang berbeza. Antara usaha yang dilaksanakan bagi mengatasi isu integrasi kaum dan pendidikan di Malaysia ialah dengan memberikan kesedaran kepada pelajar mengenai pentingnya perpaduan dan toleransi kaum. Kedua, guru harus memupuk semangat integrasi kaum dalam sesi pembelajaran. Ketiga, sekolah perlu menyediakan ruang dan kemudahan yang dapat mendorong pelajar dari pelbagai kaum untuk berinteraksi. Hasil kajian ini dapat membantu pengkaji lain dalam usaha memupuk semangat perpaduan kaum dalam masyarakat melalui sistem pendidikan khususnya dalam kalangan pelajar.