Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
STRATEGI PEMUSATAN BAHAN - Coggle Diagram
STRATEGI PEMUSATAN BAHAN
DEFINISI
Strategi pemusatan bahan bermaksud guru menggunakan banyak bahan seperti buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya.
Penggunaan bahan-bahan harus berasaskan kepada beberapa faktor seperti
objektif pengajaran
,
keperluan murid
,
strategi pengajaran
&
kebolehan murid.
KEPENTINGAN
Memenuhi keperluan murid yang
pelbagai
Meningkatkan kemahiran berfikir kreatif dan kritis murid.
Membantu murid yang tidak hadir.
Kepelbagaian media akan meningkatkan keberkesanan proses PdP.
Meningkatkan minat dan semangat murid untuk belajar.
Adakah relevan dengan Pendidikan Moral?
Ya, Guru Pendidikan Moral boleh mengaplikasikan dalam PdP.
Strategi pemusatan bahan meliputi cara yang meluas bagi murid yang dibimbing oleh guru sehingga murid dapat belajar secara individu
Guru boleh menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, menarik serta berkesan
Murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau secara kumpulan tanpa kehadiran guru.
BAHAN PENGAJARAN
Bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, model, graf, peta, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen dan projektor.
BAHAN PEMBELAJARAN
Bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti kad aktiviti, kad cantuman, lembaran kerja, pembilang, bahan bercetak dan komputer.
CIRI-CIRI
Guru atau murid perlu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran.
Lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran.
Sifat-sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan yang melibatkan penggunaan bahan pembelajaran.