Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PROSES PEMBINAAN
‘SOIL NAIL BASEMENT’, ~Melibatkan pembersihan tapak…
-
~Melibatkan pembersihan tapak pembinaan daripada serpihan tumbuh-tumbuhan atau halangan menggunakan jengkaut / cangkul.
~Mengukur dan menanda kawasan untuk penggalian mengikut pelan seni bina dan kejuruteraan.
~ Mendapatkan permit dan kelulusan yang diperlukan daripada pihak berkuasa tempatan.
~ Menggunakan jengkaut atau jentera berat lain untuk menggali kawasan ruang bawah tanah.
~ Memastikan dimensi dan kedalaman yang tepat mengikut pelan.
~ Pelupusan atau pengurusan tanah yang digali dengan betul.
~ Menggerudi atau memacu rod atau bar keluli (paku tanah) kedalam tanah sekeliling pada selang dan sudut ditentukan mesin gerudi.
~ Paku tanah dipasang pada sudut kebawah sedikit untuk memberikan kestabilan yang lebih baik.
~ Panjang dan jarak paku tanah ditentukan oleh faktor seperti keadaan tanah, dimensi ruang bawah tanah dan keperluan reka bentuk.
~ Selalunya:
• diameter lubang : 10-15cm
• panjang lubang : 4-15m
• sudut : 0-20 darjah
• jarak lubang antara satu sama lain: 1.5-2m
~ Memasukkan grout atau mortar bersimen ke dalam lubang di sekeliling paku tanah.
~ Proses ini meningkatkan ikatan antara paku tanah dan tanah disekelilingnya, meningkatkan kestabilan dan kapasiti menanggung beban.
~ Menyembur shotcrete, campuran simen, argregat dan air ke dinding yang digali.
~ Shotcrete disembur pada permukaan dinding dengan lapisan 10-20 cm untuk mengekalkan intergriti yang lebih tinggi anatara paku untuk mengelakkan hakisan tanah
~ Sapu membran kalis air pada permukaan luar dinding bawah tanah untuk menghalang penembusan air dan pencerobohan lembapan, memastikan persekitaran bawah tanah yang kering.
~ Apabila shotcrete kering, kawasan yang digali ditimbus semula dengan tanah atau kerikil.
~ Memampatkan bahan timbus dengan betul untuk memastikan integriti struktur mesin kompaktor.
-
-
-
-
-
-
-