Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Faktor yang Mempengaruhi Budaya Sekolah - Coggle Diagram
Faktor yang Mempengaruhi
Budaya Sekolah
Pemimpin Sekolah
Menjadi fokus utama Anjakan 5, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 (PPPM) iaitu memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
Menjelaskan tentang kecemerlangan pemimpin sekolah iaitu guru besar dan pengetua yang sentiasa berusaha memperbaiki kemenjadian murid dalam aspek akademik dan kokurikulum.
Pemimpin berprestasi tinggi adalah individu yang menguasai kemahiran atau kompetensi yang mampu mengubah iklim organisasi ke arah kecemerlangan.
Budaya sesebuah sekolah banyak dipengaruhi oleh sikap pemimpin yang dapat menentukan matlamat dan hala tuju sekolah tersebut.
Seseorang pemimpin yang berkarisma dan berpengetahuan akan membentuk budaya kerja yang cekap dan seterusnya budaya sekolah yang cemerlang.
Gaya kepimpinan perlu berubah dari autokratik kepada distributif.
Pemimpin yang mengamalkan perkongsian kepimpinan mampu melihat kebolehan subordinatnya sebagai satu aset untuk membentuk budaya kerja profesional dan prestasi tinggi sekaligus mempengaruhi kualiti dan kuantiti hasil sekolah.
Guru
Merupakan orang yang berperanan penting dalam sesebuah organisasi yang perlu berubah seiring dengan transformasi pendidikan seiring dengan peredaran zaman.
Berperanan dalam menggabungkan nilai, norma dan pengetahuan dalam pembentukan sesebuah budaya sekolah.
Kesedian guru untuk berubah mencari, belajar dan menguasai ilmu baru mampu meningkatkan kebolehan, keupayaan, kredibiliti guru untuk mengubah budaya pembelajaran murid secara keseluruhan.
Merupakan agen perubahan yang dapat mempengaruhi murid ke arah situasi pembelajaran yang menggalakkan serta membentuk cara budaya murid yang sesuai sama ada perubahan kepada sekolah dan bilik darjah.
Guru adalah individu yang menggariskan hala tuju dan membentuk warga murid ke arah merialisasikan hala tuju dengan nilai-nilai yang positif.
Fizikal Sekolah
Persekitaran sekolah adalah aspek yang penting dalam mencorakkan budaya sekolah sama ada untuk melakukan aktiviti formal atau tidak formal.
Kemudahan ruang dan fizikal yang bersih, mencukupi, teratur dan kondusif sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kemudahan fizikal yang terurus akan menjadikan murid dan guru bangga dan sentiasa cuba untuk mengekalkan kemudahan dengan keadaan yang baik.
Murid akan rasa sayang dengan sekolah dan membentuk budaya sekolah yang berkesan.
Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran.
Disiplin
Satu sistem yang berkait rapat dengan tatatertib, tatasusila, keadaan, akhlak dan kesopanan.
Jika budaya sekolah baik, maka wujudlah disiplin yang baik dengan zero defect dalam semua aktiviti pendidikan, iaitu tiada masalah pengajaran dan pembelajaran, tiada konflik, tiada pelanggaran disiplin, tiada masalah kecurian dan sebagainya.
Organisasi sekolah perlu mempunyai suasana disiplin yang teratur tanpa perlu membina peraturan ketat, tenang tanpa penindasan yang secara amnya adalah selesa untuk suasana proses pembelajaran dan penambahbaikan tingakh laku.
Pencapaian Murid
Budaya sekolah yang positif dapat membina persekitaran pembelajaran yang kondusif, membantu murid dalam memperbaiki strategi pembelajaran, meningkatkan tahap efikasi kendiri dan seterusnya mengubah mutu dan kualiti pencapaian akademik.
Budaya sekolah yang seimbang dan positif dapat membantu perkembangan pembelajaran generasi muda khususnya para murid.
Budaya sekolah yang sihat dapat membantu melahirkan murid, keluarga dan pendidik yang bekerjasama dalam merealisasikan setiap misi, visi dan aspirasi sekolah.
Sejarah
Latar belakang dan sejarah sesebuah sekolah kebiasaannya dibentuk oleh budaya yang telah dibangunkan dari satu generasi ke satu generasi dan budaya sesebuah sekolah turut mengalami perubahan.
Sekolah yang berjaya dari pelbagai aspek adalah sekolah yang telah menggunakan banyak masa untuk membangunkan dan mencorakkan budaya sekolahnya yang tersendiri.
Kejayaan sesebuah organisasi juga berkaitan rapat dengan kepimpinan sekolah yang berkesan dan komitmen guru yang dapat membentuk satu budaya yang diterima oleh murid-murid dan komuniti bagi membangunkan sekolah agar terus maju.
Polisi Pendidikan dan Politik
Sistem pendidikan telah banyak melalui evolusi penting seiring dengan pembangunan dan perubahan dasar pendidikan negara.
Matlamat adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek, sosial dan rohani serta berupaya menjadi warganegara produktif yang dapat mendukung visi dan misi negara.
Kewujudan sekolah di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya banyak mempengaruhi perubahan polisi dan dasar yang mana sekolah dan pendidikan adalah satu platform terbaik untuk menjayakan pembangunan pendidikan.
Hubungan Sekolah dengan Komuniti
Hubungan yang baik antara ibu bapa, guru dan komuniti setempat penting kerana kejayaan diraih oleh sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada pengurusan sekolah yang baik, namun melibatkan sumbangan ibu bapa dan komuniti setempat.
Budaya baik yang telah dibentuk di rumah secara tidak langsung akan dapat membentuk persekitaran yang baik di sekolah.
Permuafakatan komuniti dalam pendidikan juga penting dalam menangani masalah disiplin murid.