Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF - Coggle Diagram
PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF
Konsep Program
Program Pendidikan Inklusif (PPI) selaras dengan pernyataan dalam Peraturan-peraturan pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 seperti di bawah :
"Program Pendidikan Inklusif ertinya satu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid-murid berkeperluan khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan."
PPI terbahagi kepada dua jenis pendidikan iaitu Pendidikan Inklusif Penuh dan Pendidikan Inklusif Separa.
Matlamat
Meningkatkan dan memberi peluang kepada MBK mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama-sama murid arus perdana.
Memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menafikan fungsi MBK dan percaya bahawa ketidakupayaan mereka boleh diminimakan jika diberi peluang yang sama.
Melahirkan murid yang cemerlang menerusi pendidikan yang tidak mendiskriminasikan murid atas kekurangan mereka.
Mendapatkan akses pendidikan yang berkualiti pada semua peringkat persekolahan.
Objektif PPI
Memastikan MBK mendapat hak yang sama rata untuk belajar dalam persekitaran tanpa halangan
Membina keyakinan diri MBK bagi mencapai potensi yang optimum.
Memastikan MBK dapat menyesuaikan diri dengan murid arus perdana bagi meningkatkan kemahiran kehidupan harian mereka.
Meningkatkan kesedaran dan penerimaan warga sekolah serta komuniti tentang kepelbagaian keupayaan MBK.
Pendekatan Program
PPI dilaksanakan secara holistik dengan penglibatan semua pihak pada peringkat sekolah hingga ke peringkat komuniti.
Model holistik yang diguna pakai merangkumi pelaksanaan pendekatan inklusif separa (Akademik dan Bukan Akademik) dan inklusif penuh.
Inklusif Penuh
-> MBK belajar secara sepenuh masa bersama-sama murid aras perdana. MBK mengikuti pembelajaran bagi semua mata pelajaran akademik berasaskan kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang diubahsuai dengan bantuan atau tanpa bantuan perkhidmatan sokongan.
Inklusif Separa
-> MBK belajar bersama-sama murid arus perdana bagi mata pelajaran akademik atau aktiviti koakedemik atau aktiviti kokurikulum tertentu sahaja mengikut keupayaan mereka. MBK yang mengikuti inklusif separa bagi mata pelajaran akademik berasaskan kurikulum kebangsaan yang diubahsuai dengan sedikit atau tanpa bantuan perkhidmatan sokongan. Inklusif separa bagi aktiviti koakademik atau kokurikulum adalah berdasarkan potensi, bakat dan keupayaan mereka.
Penempatan MBK ke Kelas Inklusif
Penetapan kelas inklusif mendapat persetujuan daripada Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah (JPKS).
Bagi inklusif penuh, umur MBK hendaklah mengikut kohort umur murid arus perdana atau perbezaan satu tahun sahaja daripada umur murid arus perdana.
Bagi inklusif separa, umur MBK hendaklah mengikut kohort umur murid arus perdana atau lebih daripada umur murid arus perdana.
Saiz kelas arus perdana yang menempatkan MBK hendaklah mempunyai bilangan murid yang bersesuaian.
MBK yang ditempatkan di kelas inklusif tidak lebih daripada lima orang di setiap kelas.
PdP di Kelas Inklusif
PPI di Sekolah ada PPKI
-> MBK dalam PPI belajar mengikuti kurikulum kebangsaan. Guru mengubah suai kaedah pengajaran, penyediaan bahan dan penyampaian mengikut keperluan MBK. Laporan perubatan, profil murid, analisis ujian dan rekod prestasi perlu diambil kira dalam merancang PdP murid. Guru arus perdana yang mengajar di PPI perlu diberikan pendedahan dalam mengendalikan MBK.
PPI di Sekolah Tanpa PPKI
-> MBK inklusif penuh belajar menggunakan kurikulum kebangsaan. Pengubahsuaian kaedah pengajaran, penyediaan bahan dan penyampaian boleh dilakukan bagi memudahkan MBK menerima pembelajaran. Laporan perubatan, profil murid, analisis ujian dan rekod prestasi hendaklah digunakan bagi merancang pengajaran murid. Guru arus perdana yang mengajar di dalam kelas inklusif perlu diberi pendedahan dalam mengendalikan MBK.
Pentaksiran
Proses yang dirancang, dilaksana dan dilapor oleh guru bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan murid.
Proses ini berlaku berterusan sama ada secara formal atau tidak formal supaya guru dapat menentukan pencapaian sebenar murid.
MBK yang mengikuti PPI secara inklusif separa atau inklusif penuh juga perlu mengikuti pentaksiran sama seperti murid arus perdana.
Terdapat dua komponen pentaksiran iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Pentaksiran Pusat (PP).