Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
ELEMEN KEUSAHAWANAN SEKOLAH RENDAH, Disediakan oleh bidadari barisan 2:…
ELEMEN KEUSAHAWANAN SEKOLAH RENDAH
2.-
PEMIKIRAN KEUSAHAWANAN
Seorang murid sentiasa berfikiran kritis, kreatif dan inovatif kerana mereka perlu mengenal peluang-peluang dalam persekitaran perniagaan mereka supaya boleh terus berjaya atau sekurang-kurangnya bertahan dalam usaha mereka. Pemikiran keusahawanan melibatkan sembilan langkah utama yang ada pada usahawan seperti:
i. amalan memerhati persekitaran dengan sengaja dan bertujuan;
ii. menganalisis pemerhatian secara kritis dan kreatif;
iii. menghasilkan idea dari pemerhatian;
iv. memilih idea baik dari banyak idea;
v. menambahbaik idea yang dipilih (inovasi);
vi. menilai idea secara kritis dalam konteks;
vii. melaksanakan idea dalam bentuk produk teknologi abstrak atau konkrit;
viii. menyesuaikan idea baru dengan keperluan masyarakat dan persekitaran;
ix. meneruskan peningkatan kualiti idea.
SIKAP KEUSAHAWANAN
Mengamalkan sikap keusahawanan
Bertanggungjawab terhadap keputusan
Berani mengambil risiko yang dianggarkan
Daya kreativiti dan inovasi
Kesanggupan belajar dari kesilapan
Berkeupayaan memimpin
berorientasikan masa depan
Daya ketabahan yang tinggi
berkeupayaan memimpin
Boleh membina jaringan sosial
berdaya tahan
3-
TEKNOLOGI DAN VOKASIONAL
Seorang murid yang mempunyai keusahawanan yang tinggi adalah seorang yang boleh memformulasikan pengetahuan teknologi dan vokasional mereka untuk mereka cipta produk pembelajaran baru. Pedagogi teknologi dan vokasional keusahawanan melibatkan praktis langah-langkah dalam reka bentuk (design) yang menggabungkan pengetahuan dan kemahiran teknologi atau vokasional untuk menghasilkan samada konsep, produk dan perkhidmatan yang boleh dikomersilkan. Contoh: Murid digalakkan mengeluarkan idea sendiri dalam merekabentuk produk (contoh: dalam mata pelajaran Dunia Seni Visual) dan seterusnya menghias sehingga menjadi produk yang menarik minat orang untuk memiliki.
Bidang Pend Islam: Keychain khat
KONSEP
Ciri keusahawanan boleh diterapkan dalam PdP melalui aktiviti yang mampu memupuk sikap seperti rajin, jujur, amanah dan bertanggungjawab serta membangunkan minda kreatif dan inovatif untuk memacu idea ke pasaran.
Penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi budaya dalam kalangan murid.
Keusahawanan merupakan segala-gala yang berkaitan dengan usahawan atau kegiatan dan kemahiran untuk menjadi usahawan (Kamus Dewan, 2002).
Secara amnya,keusahawanan membawa maksud kepada seseorang yang berusaha mengendalikan sesuatu perniagaan dan berani mengambil risiko dalam perniagaan yang diceburinya.
Dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan, maka definisi yang sesuai digunakan ialah menyediakan murid untuk mempunyai ciri-ciri diri yang akan terserlah dalam bentuk tingkah laku untuk bertindak dalam situasi yang terarah ke arah kesejahteraan diri, keluarga dan negara.
RUMUSAN
:
MENGAMALKAN CARA BERFIKIR KE ARAH KEUSAHAWANAN DALAM SITUASI YANG DIPERLUKAN
Seorang murid yang telah mempelajari sesuatu teknik dalam pembelajarannya boleh mereka cipta dan menghasilkan produk yang berdaya saing berasaskan pengetahuan teknologi dan vokasional mengikut kreativitinya.
4-
NILAI MORAL DAN ETIKA KEUSAHAWANAN
ciri baik keusahawanan yang diterima secara universal yang ada dalam diri seorang murid
Sikap keusahawanan seperti jujur, ikhlas, tolong menolong boleh dipupuk dalam diri murid
Nilai moral baik ini mendorong murid mengambil tingkah laku yang beretika. Misalnya, ilmu yang dipelajari dalam kelas boleh dipraktikkan semasa menjalankan transaksi di kantin sekolah.
Oleh itu murid perlu mengamalkan nilai moral dan etika keusahawanan yang baik bagi melahirkan murid yang berwibawa dan mencapai hasrat JERI
5 -
PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN PENGURUSAN PERNIAGAAN
Seorang murid yang berjaya selain mempunyai sikap dan pemikiran yang cemerlang boleh mengaplikasi konsep pengetahuan dan kemahiran perniagaan. Misalnya, dalam situasi kehidupan harian murid.
Pengetahuan dan kemahiran perniagaan melibatkan praktis amalan-amalan tertentu seperti mengurus wang samada dalam perbelanjaan harian atau penabungan, mengurus transaksi jual beli mudah harian dan amalan kepenggunaan yang baik.
Contoh: Menabung duit belanja yang diberikan oleh ibu bapa/penjaga
Disediakan oleh bidadari barisan 2: Fatihah, Ameera, Arlisya, Najihah, Munirah, Ayuni, Aisyah