Sekolah merupakan nstitusi yang banyak mengalami perubahan dinamik dari aspek norma, peraturan, idea yang diterima dan dipraktikkan selaridengan perkembanganpendiidkan terkini.
Budaya sekolah dapat ditakrifkan sebagai kualiti dan ciri-ciri kehidupan di sebuah sekolah yang berhubung kait dengan norma, matlamat, hubungansesama manusia, corak pengajarandan pembelajaran, kepimpinan dan struktur organisasi.
Menurut Deal dan Peterson (2002), budaya sekolah sebagai tradisi-tradisi, kepercayaan, polisi-polisi dan norma-norma yang boleh dibentuk, dipertingkatkan dan dikekalkan menerusi pihak pengurusan sekolah.