SITUASI 3:
Erni : Aina, hari ini saya belajar tentang ayat tunggal dan ayat majmuk. Tapi, saya kurang faham. Boleh tak kalau kakak tolong terangkan kepada Erni.
Aina: Oh. Ayat tunggal dan ayat majmuk. Senang je tu. Mari kakak tunjukkan.
Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama. Predikat ayat pula boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi.
Contoh ayat bagi ayat tunggal yang pertama ' Ibu Kamiliya sedang memasak'. Ibu Kamiliya sebagai subjek dan sedang memasak sebagai predikat.
Contoh ayat kedua,'Amir Hamzah membaca buku cerita'. Amir Hamzah sebagai subjek dan membaca buku cerita sebagai predikat'.
Contoh ayat yang seterusnya, 'Cikgu Juliana sedang melambai tangan'. Cikgu Juliana sebagai subjek, sedang melambai tangan sebagai predikat.
SITUASI 4 :
Sambil berjalan menuju ke buaian.
Aina : Haa, dah faham ke belum tentang ayat tunggal?
Erni: Dah faham kakak. Macam mana pula dengan ayat majmuk?
Aina: Ok. Ayat majmuk pula ialah ayat majmuk merupakan ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang digabungkan dengan menggunakan kata hubung.
Contoh ayat bagi ayat majmuk ialah ayat tunggal yang pertama ditambah dengan kata hubung lalu ditambah pula dengan ayat tunggal yang kedua. Sebagai contoh, 'Ezzat seorang yang baik' merupakan ayat tunggal yang pertama, 'dan' merupakan kata hubung, 'sentiasa menghormati gurunya' merupakan ayat tunggal yang kedua.
Contoh ayat majmuk yang kedua ialah 'Doktor Rizqal membaca buku yang tebal itu.'
Contoh yang ketiga bagi ayat majmuk ialah 'Syifa Hana mengulangkaji pelajaran untuk berjaya dalam peperiksaan'.
SITUASI 5
Erni: Oh, macam tu. Baru saya faham. Terima kasih kakak
Aina: Sama-sama. Lepas ni kita buat latihan ayat tunggal dan ayat majmuk sama-sama ya.
SITUASI 6
Aina: Jom kita pulang, hari dah lewat petang ni.
Aina dan Erni pun berjalan pulang kerumah bersama-sama