Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kuliah Tidak Segerak, Ahli kumpulan 4: Jennifer Lee Ying Ying Sharon…
Kuliah Tidak Segerak
Peranan Institusi Pendidikan dalam Melahirkan Kelas Menengah Melayu di Malaysia Sebelum dan Selepas Merdeka
Definisi Kelas Menengah Melayu
Kelas yang terletak di tengah-tengah susun lapis masyarakat, antara golongan atasan (pemerintah) dengan golongan bawahan (yang diperintah)
Diklasifikasikan berdasarkan pendapatan dan latar belakang pendidikan, bukan keturunan atau pangkat
Diukur dari segi punca pendapatan yang dinikmati dan latar belakang pendidikan yang diterima
Memilih untuk mengikuti cara hidup orang Barat untuk meningkatkan imej dan prestij di kalangan masyarakat
Dalam pendidikan, kelompok ini memiliki latar belakang pendidikan dari Ijazah Sarjana Muda hingga Doktor Falsafah, serta menduduki jawatan tinggi dalam pentadbiran dan pendidikan seperti Naib Canselor, pensyarah di universiti, dan guru-guru.
Memiliki rumah dan kereta besar, orang gaji, sering bercuti di tempat-tempat peranginan, menghargai karya-karya Barat, dan sering memakai pakaian Barat.
Peranan Institusi Pendidikan dalam Melahirkan Kelas Menengah Melayu
Sebelum Merdeka
Pendidikan Berteraskan Agama
Sekolah Pondok
Sebuah institusi pendidikan agama, pendidikan formal yang pertama dilalui oleh masyarakat Melayu Islam zaman dahulu.
Memiliki sejarah tersendiri dan berjasa dalam melahirkan golongan alim ulama Islam terdahulu.
Sukatan pendidikan lebih menekankan pengajian agama seperti Fiqh, Usuluddin, Tafsir, Syariah, dan Bahasa Arab.
Lebih dikenal sebagai "pondok" di Tanah Melayu, terutama di Utara Tanah Melayu seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, dan Patani.
Setelah menamatkan pengajian di pondok, pelajar sering melanjutkan pelajarannya ke peringkat lebih tinggi di Makkah, India, dan Mesir.
Pelajar yang kembali dari pengajian di Timur Tengah menjadi guru agama yang dihormati di masyarakat Melayu tradisi.
Melahirkan masyarakat kelas pertengahan dengan pengetahuan agama dan pemikiran pembaharuan dari Timur Tengah.
Pondok juga melahirkan ulama-ulama terkenal yang terlibat dalam pergerakan pemberontakan terhadap penjajah Inggeris di beberapa negeri.
Ulama-ulama dan kader-kader Islam yang dilahirkan oleh pondok berperanan penting dalam memimpin masyarakat ke arah yang dikehendaki Islam.
Meskipun banyak pemimpin agama kelas pertengahan saat ini mendapat pendidikan di Timur Tengah, sebahagian besar dari mereka juga memiliki latar belakang pendidikan dari sistem pondok.
Penubuhan Madrasah
Madrasah merupakan alternatif pendidikan Islam yang muncul pada abad ke-20 sebagai pembaharuan terhadap sekolah pondok.
Sejarah penubuhan madrasah berkait rapat dengan golongan Melayu pelbagai keturunan yang terpengaruh oleh gerakan reformis Islam di Tanah Arab dan Mesir pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Golongan ini juga dikenali sebagai golongan reformis Islam atau Islah Islam, serta kelas pertengahan karena membawa pembaharuan dari Timur Tengah.
Madrasah memberikan pendidikan Islam yang lebih moden dengan memasukkan pelajaran baru seperti Bahasa Inggeris, Ilmu Hisab, Sejarah, Ilmu Alam, dan Pertukangan Tangan.
Banyak madrasah terdapat di kawasan Pantai Barat Tanah Melayu.
Pelajar madrasah sering melanjutkan pelajaran ke Sumatera, Makkah, dan Mesir setelah menamatkan pendidikan.
Pelajar belajar selama bertahun-tahun di tempat-tempat tersebut dengan beberapa ulama terkenal untuk mendapatkan pendidikan yang lebih mendalam.
Setelah kembali ke tanah air, mereka membentuk sekolah-sekolah pondok atau madrasah untuk memberikan pendidikan Islam formal kepada anak-anak Melayu.
Golongan ulama ini dihormati dan dianggap sebagai cendekiawan yang penting dalam masyarakat Melayu, sering menjadi penasihat sosial, agama, dan pentadbir negeri.
Golongan ulama juga merupakan perintis kepada kegiatan nasionalisme orang Melayu Semenanjung sebelum munculnya golongan yang berpendidikan Melayu dan Inggeris, yang dikenali sebagai Kaum Muda.
Kaum Muda menyokong gerakan Reformasi Islam dan Pan-Islamisme, serta menyebarkan gerakan Mohd. Abduh melalui madrasah dan media mereka.
Penubuhan Maktab
Maktab Melayu Melaka (MMM)
Dibuka pada 1 Mac 1900 dengan 24 penuntut sahaja.
Terletak di Bandar Hilir Melaka, bekas bangunan digunakan sebagai Courthouse dan Rest House sebelum menjadi maktab.
Memulakan tradisi latihan perguruan kebangsaan di Tanah Melayu.
Mendorong kesedaran untuk menubuhkan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1922.
Melahirkan tokoh-tokoh yang memberi sumbangan besar dalam kesusasteraan, pendidikan, sosial, dan politik.
Tokoh sastera terkemuka seperti Ahmad Bakhtiar dan Mohammad Datuk Muda Linggi dilahirkan dari MMM.
Memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat Melayu pada zaman kolonial British.
Beroperasi selama 22 tahun dan mengeluarkan sejumlah 700 orang guru sekolah Melayu di seluruh Tanah Melayu.
Meskipun beroperasi untuk tempoh yang singkat, MMM berhasil melahirkan tokoh-tokoh profesional dan golongan kelas pertengahan yang penting.
Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
Dibuka pada tahun 1905 untuk memperkenalkan pendidikan Inggeris kepada anak-anak bangsawan Melayu.
Dikenali sebagai "Malay Eton" dengan kurikulum sekolah Grammar Inggeris.
Matlamat utama adalah mengekalkan elitisme di kalangan bangsawan Melayu dan melatih mereka untuk perkhidmatan kerajaan British.
Penubuhan MCKK menyedarkan golongan Melayu bawahan tentang kepentingan pendidikan Inggeris.
Pada awalnya, hanya anak-anak bangsawan yang dapat masuk, tetapi syarat kemasukan dilonggarkan selepas kebangkitan nasionalisme Melayu.
MCKK membantu melatih generasi muda aristokrat Melayu untuk perkhidmatan birokrat dan pentadbiran.
Penubuhan MCKK menyumbang kepada pembentukan kelas menengah Melayu dan masyarakat Melayu moden.
Lulusan MCKK diserap ke Perkhidmatan Awam Malaya untuk jawatan pentadbiran.
Memperkenalkan corak dan gaya hidup moden kelas menengah Eropah kepada kelas menengah Melayu.
Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC)
Ditubuhkan pada tahun 1922 di Tanjung Malim, Perak.
Sebelumnya dikenali sebagai The Sultan Idris Training College for Malay Teachers atau SITC.
Dirasmikan oleh Sir George Maxwell.
Menjadi institusi pendidikan tertinggi bagi masyarakat Melayu pada masa itu.
Selain melatih guru, SITC melahirkan tokoh-tokoh politik Melayu seperti Ibrahim Yaakub dan Harun Aminurashid.
Peranan SITC dalam meningkatkan semangat nasionalisme Melayu melalui pengajaran dan penyertaan aktif tokoh seperti O.T. Dussek dan Abdul Hadi Haji Hassan.
Menubuhkan Pertubuhan Ikatan Pemuda Pelajar dan Ikatan Semenanjung Borneo pada tahun 1929, yang kemudiannya menjadi asas bagi penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1938.
Lulusan SITC, termasuk tokoh seperti Ibrahim Haji Yaakob, terlibat dalam penubuhan kesatuan dan kumpulan yang menyuarakan perjuangan anti-British.
Turut memainkan peranan dalam pengembangan kesedaran kebangsaan Melayu melalui persatuan sastera dan pengarangan karya-karya sastera nasionalis.
Usaha-usaha ini berperanan besar dalam menimbulkan kesedaran untuk membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan British.
Selepas Merdeka
Pendidikan Berteraskan Akademik
Pendidikan Menengah Tinggi
Pendidikan menengah tinggi atau Tingkatan Enam merupakan pendidikan prauniversiti selama dua tahun untuk pelajar yang lulus dengan cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Malaysian Certificate of Education(MCE).
Pada akhir Tingkatan Enam Atas pelajar mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Higher School Certificate (HSC).
Terdapat hanya jurusan akademik sahaja pada peringkat menengah tinggi yang terbahagi kepada aliran sains dan sastera (Kementerian Pelajaran Malaysia 1980: 40).
Kurikulum pendidikan bagmenengah tinggi bercorak khusus menyediakan pelajar dengan pengetahuan akademik untuk memasuki universiti Pelajar dalam aliran sains mengambil mata pelajaran Matematik Matematik Tulen, Fizik, Kimia, Biologi dan Kertas Am sementara pelajar dalam aliran Sastera terbahagi kepada dua iaitu aliran sastera dan agama.
Mata pelajaran aliran Sastera ialah mengambil kombinasi mata pelajaran tertentuseperti Matematik,Sejarah Asia Tenggara, Sejarah Islam, Geografi, Ekonomi, Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Kesusasteraan dan Kertas Am.
Manakala aliran agama mata pelajarannya adalah Kertas Am, Usuluddin, Syariah, Sejarahdan Bahasa Arab (Sufean 2008 2: 273).
Memandangkan penjurusan yang ketat dalam pendidikan menengah tinggi Laporan Kabinet (1979) telah mengusulkan agar penjurusan itu dilonggarkan sesuai dengan corak pensijilan terbuka bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia serta berkesinambungan dengan kurikulum corak umum dan fleksibel dalam menengah atas.
Dasar destreaming ini mula dilaksanakan pada tahun 1982 dan sehingga kini telah berjalan lancar dan memuaskan (Kementerian PelajaranMalaysia 1980: 40).
Dengan wujudnya sistem pendidikan ini, maka ia akan membuka jalan kepada pelajaryang tidak berjaya di peringkat SPM dapat meneruskan pengajian di peringkat menengah tinggi dan sekali gus dapat membuka jalan untuk menjadi golongan kelas pertengahan dan menjadi golongan intelektual pada masa depan.
Pendidikan Tinggi
Matlamat pendidikan tinggi selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru adalah dari segi mobiliti sosial dan ekuiti ekonomi bagi merapatkan jurang sosio-ekonomi antara kaum bumiputera dengan bukan bumiputera.
antara masyarakat Bandar dengan luar Bandar,antara kawasan dan wilayah, danantara golongan elit dengan golongan proletariat.
Mekanismenya ialah dengan cara mendemokrasikan pendidikan tinggi bagi meluaskan penyertaan pelajar-pelajar dari golongan proletariat dari kawasan dan wilayah yang kurang maju.
Mekanisme berkenaan mengikuti konsep kelayakan tinggi adalah pasport untuk pekerjaan dan taraf hidup yang lebih baik.
Ini bermakna jika lebih ramai pelajar dari golongan bawahan dari luar Bandar menyertai pendidikan makamat lamat DEB lebih cepat dicapai (Sufean 2008 2: 393)
Pendidikan Berteraskan Kemahiran
Sekolah Teknik
Sekolah Teknik merupakan aliran sekolah adalah cabang daripada sistem persekolahan umum pada peringkat selepas sekolah menengah.
Oleh yang demikian, aliran persekolahan teknik ini boleh dianggap separas dengan sekolah tinggi.
Perbezaannya daripada sekolah tinggi adalah kurikulumnya lebih menekankan latihan kemahiran perusahaan dan pertukangan.
Tujuannya ialah untuk menyediakan kemudahan latihan para pelajar yang cenderung menjurus ke lapangan itu, untuk mengisi keperluan para pekerja mahir yang akan sentiasa di perlukan oleh bidang perusahaan di negara ini.
Sekolah teknik menyediakan para pelajarnya langsung untuk alam pekerjaan dan berakhir dengan SijilSekolah Teknik.
Meskipun tumpuannya khusus kepada latihan kemahiran namun beberapa aspek pendidikan yang bersifat asasi haruslah disamakandengan kurikulum Sekolah Tinggi.
Politeknik Awam dan Institut-institut Kemahiran
Politeknik awam menawarkan kursus dalam pelbagai bidang kerja separa professional seperti seni bina, binaan bangunan, ketukangan kayu, reka bentuk industri, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan elektrik dan kejuruteraan automotif.
Politeknik menawarkan kursus pada peringkat sijil dan diploma.
Selepas berjaya diperingkat diploma, pelajar-pelajar akan menyambung pelajarannya ke peringkat Ijazah Sarjana muda dalam bidang tertentu terutama dalam bidang kemahiran.
Hasilnya melalui politeknik ini ia merupakan perintis kepada melahirkan golongan kelas pertengahan.
Universiti dan Kolej
Universiti dan kolej swasta memberi tumpuan kepada program dan kursus yang mempunyai permintaan tinggi dalam sektor perindustrian, perdagangan, kejuruteraan elektronik, kejuruteraan elektrik, Sains komputer dan teknologimaklumat.
Antara kolej swasta yang terkenal ialah Sunway College, Stamfordollege, Raflles College, KDU College dan banyak lagi (Rustam 1994: 86).
Hubungan Pendidikan dan Kelas Menengah
Definisi Mobiliti Sosial
Pergerakan daripada satu tahap kelas sosial kepada tahap kelas sosial yang lain
Dapat dikelompokkan ke dalam dua kategori
upward mobility
Mobiliti atau perpindahan dari kelompok mayarakat yang
berpendapatan rendah
menjadi kelompok masyarakat yang
berpendapatan tinggi
downward mobility
Mobiliti atau perpindahan dari kelompok masyarakat yang
berpendapatan tinggi
menjadi masyarakat yang
berpendapatan sederhana
Pendidikan sebagai Mobiliti Sosial
Menurut pandangan fungsionalisme, pendidikan mempunyai peranan penting sebagai alat mobiliti sosial
Sebelum kemerdekaan, peranan pendidikan dalam mobiliti sosial sangat terhad karena struktur stratifikasi masyarakat yang dijaga oleh kebijakan kolonial Inggris.
Pendidikan menjadi asas dalam mobiliti sosial masyarakat Malaysia kerana kerjaya yang baik selalunya dikaitkan dengan pendidikan tinggi
Fungsi pendidikan sebagai penyelesaian untuk menempatkan individu sesuai dengan kemampuan dan keahliannya menjadi kunci dalam mobiliti sosial
Pendidikan dan masyarakat saling berkaitan, tanpa pendidikan masyarakat sulit untuk maju dalam segala aspek (intelek, rohani, emosi, jasmani)
Matlamat keseluruhan pendidikan adalah melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan memiliki komitmen tinggi dalam setiap pekerjaan yang dilakukan
Pola Perubahan Sosiobudaya dan Mobiliti Sosial dalam Kalangan Komuniti Muara di Pantai Timur Semenanjung Malaysia
Pengenalan
Pendidikan sebagai alat kekuatan sosial untuk mengembangkan anggota masyarakat agar tetap relevan dengan perubahan zaman.
Mobiliti sosial yang terjadi ketika individu dalam komuniti berpindah dari satu kedudukan ke kedudukan lain, memberikan nilai hierarki dalam komuniti.
Peranan pendidikan sebagai agen sosialisasi penting yang membuka peluang pekerjaan untuk semua individu, yang pada gilirannya meningkatkan pendapatan dan memungkinkan gaya hidup yang lebih baik.
Mobiliti sosial dinilai melalui dua peringkat: inter-generasi (antara generasi) dan intra-generasi (dalam satu generasi).
Pendidikan sebagai faktor utama yang menyebabkan perubahan sosio-budaya dalam komuniti.
Konsep Komuniti dan Komuniti Muara
Konsep Komuniti
Kekaburan istilah komuniti dalam penyelidikan ilmu sosial diperdebatkan banyak pengkaji.
Worsley menyatakan komuniti merujuk kepada kumpulan manusia dengan kesefahaman politik, persahabatan, agama, etnik, dan pekerjaan dominan.
Konig dan Schnore menganggap komuniti sebagai unit asas dalam struktur sosial masyarakat, menentang pandangan bahwa komuniti lenyap dengan industrialisasi dan urbanisasi.
Hillery merumuskan komuniti sebagai sekumpulan manusia di kawasan geografi dengan ikatan umum dan interaksi yang membentuk unit sosial.
Sussman menambah elemen baru pada definisi Hillery, menekankan pada interaksi dengan tujuan keperluan individu dan matlamat kumpulan.
Kaufman menyampaikan tiga aspek definisi komuniti, termasuk pentingnya tindakan kolektif dan penglibatan komuniti dalam aktiviti bersama.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) menyarankan tiga kriteria penting dalam definisi komuniti: komponen fizikal, ciri persamaan ahli, dan perkongsian pandangan untuk pembangunan masa depan.
Konsep Muara
Komuniti muara adalah kumpulan masyarakat yang tinggal dan beraktivitas bersama di hujung sungai, tempat pertemuan antara air sungai dan laut.
Pembangunan dan Perubahan Sosial
Pembangunan Sosiologi
Pembangunan meliputi semua aspek seperti ekonomi, politik, sosial, psikologi, kebudayaan dan stratifikasi sosial.
Terdapat dua aliran pembangunan: daya luaran (bantuan asing, pinjaman, penjajahan) dan daya dalaman (sumber lokal, sikap, motivasi, kepimpinan).
Pembangunan memerlukan integrasi antara faktor luaran dan dalaman untuk mencapai keberhasilan.
Pembangunan Komuniti
Penglibatan aktif komuniti setempat vital untuk meningkatkan kualiti hidup.
Pembangunan efektif melibatkan kerjasama antara kerajaan, pemaju swasta dan komuniti.
Pembangunan komuniti melibatkan lebih dari aspek fizikal, termasuk pembangunan rohani, jasmani dan emosi.
Perubahan Sosial dalam Komuniti Muara
Komuniti muara memiliki ikatan kekeluargaan kuat dan tradisi yang terjaga, namun mengalami perbedaan dalam kekayaan dan pendidikan.
Pekerjaan tradisional seperti nelayan diwarisi dan sedikit berubah seiring waktu.
Aktiviti ekonomi tradisional dan interaksi sosial melalui tempat seperti kedai kopi dan warung penting dalam menjaga hubungan sosial.
Pembangunan dan Keberlanjutan
Pembangunan sektor perikanan menghadapi cabaran seperti kemerosotan sumber dan perubahan lingkungan.
Pelancongan menjadi alternatif ekonomi, namun perlu dirancang dengan mempertimbangkan konteks sosio-budaya lokal.
Faktor-faktor yang menghalang perubahan sosial termasuk isolasi masyarakat, lambatnya penerimaan ilmu pengetahuan, dan sikap tradisional.
Faktor-faktor Perubahan Sosial
Toleransi, sistem masyarakat terbuka, dan pendidikan sebagai pendorong perubahan sosial.
Konflik budaya, perubahan tidak direncanakan dan direncanakan sebagai bagian dari dinamika perubahan sosial.
Teknologi, ilmu pengetahuan, dan mobiliti mendorong pemikiran dan ideologi baru.
Perubahan stratifikasi dan mobiliti sosial
stratifikasi berdasarkan pengagihan pendapatan, kuasa, prestasi dan sumber bernilai lain kepada nilai-nilai masyarakat secara tidak sama.
stratifikasi mewujudkan kelas tersendiri dengan ahli masyarakat yang berbeza dari segi kebudayaan, tingkah laku dan organisasi
dua kriteria iaitu askripsi dan pencapaian telah dikenal pasti sebagai penentu dan meletakkan seseorang individu kepada kumpulan status sosioekonomi yang berbeza.
Dalam sesebuah masyarakat yang mengutamakan kriteria keturunan, maka kedudukan sosial individu akan ditentukan berdasarkan kepada faktor-faktor seperti ikatan persaudaran, kekluargaan, etnik, pegangan agama, gender dan umur.
bentuk model yang seirngkali dikaitkan dengan perkambangan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah masyarakat dan negara iaitu modal semula jadi dan fizikal.
Mobiliti sosial inter generasi
dua dimensi utama iaitu tahap pendiidkan dan pekerjaan. tujuannya adalah untuk melihat tahap pemdidikan dan corak pekerjan anggota komuniti muara sungai.
PENDIDIKAN Satu Transformasi
Sumber intelektual, kemahiran dan budya bagi pembangunan insan yang menyumbang kepada kemajuan negara untuk menangani cabaran moden.
pendiidkan dapat membentuk pemikiran rakyat dan membina budaya ilmu dan tamadun bangsa.
Tahap pendidikan formal ini dibahagikan kepada enam klasifikasi iaitu tidak bersekolah, sekolah rendah, sekolah menengah rendah (Sijil Rendah Pelajaran/Penilaian Menengah Rendah), sekolah menengah atas (Sijil Pelajaran Malaysia), Kolej / Politeknik (Sijil / Diploma) dan universiti (Ijazah / Sarjana).
Tahap pencapaian pendidikan oleh dua generasi terdahulu iaitu antara bapa responden (zaman sebelum merdeka) dan responden (20 atau 30 tahun terdahulu) telah ada peningkatan ketara
Hanya sebilangan kecil (20.0 peratus) bapa responden berupaya belajar sehingga sekolah rendah. Namun begitu, kebanyakan mereka tidak berjaya menamatkan persekolahan hingga Darjah Enam.
Secara umumnya, kajian ini mendapati telah berlaku satu transformasi komuniti muara berdasarkan kepada aspek pendidikan yang dicapai oleh empat generasi dikaji sama ada generasi datuk, bapa, responden dan anak
NILAI DAN SIKAP TERHADAP PEKERJAAN
Hasil kajian ini mendapati pekerjaan sebagai nelayan untuk sumber pendapatan ekonomi utama telah beransur-ansur kurang menarik minat generasi berikutnya.
Kini, pelbagai jenis perniagaan dilakukan oleh komuniti muara seiring dengan kemajuan dan pembangunan pesat kawasan sekitaran kediaman mereka.
Majoriti penduduk kampung yang terpilih dalam kajian ini masih menjadikan lautan sebagai sumber rezeki sama ada bekerja nelayan secara langsung atau menjalankan perniagaan bersandarkan hasil laut.
Mendapati kebanyakan responden bekerja nelayan mmepunyai keluarga yang besar
corak kehidupan sosioekonomi mereka telah beransur-ansur lebih rencam (heterogenous) kerana majoriti generasi muda lebih berminat bekerja di darat berbanding lautan.
Ahli kumpulan 4:
Jennifer Lee Ying Ying
Sharon Tang Yu Jing
Olinda Lau Hui Qi
Dennis Lieu Hing Yuan