Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BLOOM'S DOMAINS OF LEARNING - Coggle Diagram
BLOOM'S DOMAINS OF LEARNING
Unsur / element
Pemikiran aras rendah
Pengetahuan
iaitu aras taksonomi yang paling rendah. Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan yang telah dipelajari.
Pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau simbol.
Pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah.
Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang contohnya seperti siapa, apa, di mana, bila dan beri.
Kefahaman
ini memerlukan keupayaan murid memberi huraian atau makna sesuatu perkara.
Penterjemahan yang memerlukan murid menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa menggubah makna asal.
Mentafsir atau intepretasi iaitu mentafsir idea dan menerangkan idea atau maksud tersurat dalam ayat sendiri.
Ekstrapolasi iaitu membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumatyang diberi.
Aplikasi
ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur.
Memerlukan murid benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan masalah. Soalan aras aplikasi biasanya memerlukan penggunaan proses aplikasi mental. Soalan aras ini biasanya melibatkan tiga frasa. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini adalah seperti selesaikan, tunjukkan dan susunkan.
Pemikiran aras tinggi
Analisis
ini mengkehendaki murid untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenalpasti unsur – unsur dan struktur
Analisis unsur iaitu memerlukan murid menentukan unsur-unsur. Murid juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada.
Analisis hubungan iaitu membuat perkaitan bukti dan hipotesis.
Aras analisis prinsip iaitu murid perlu mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan menganalisis tujuan, pandangan dan pendirian.
Sintesis
ini memerlukan keupayaan murid untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas.
Penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi dimana murid cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada orang lain. Contohnya kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang menarik untuk menyampaikan buah fikiran.
Penghasilan suatu rancangan atau pelan operasi.
Membina suatu hubungan yang abstrak. Contohya kebolehan membuat deduksi berdasarkan maklumat yang diberikan dan dapat membuat suatu teori daripada data atau faktor yang diberi.
Penilaian
ini menguji keupayaan murid menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui
Pertimbangan dari segi bukti dalaman iaitu menilai ketepatan sesuatu, menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-lain. Contoh kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yang dikemukakan oleh seseorang.
Kumpulan (Cognitive Learning Theory)
pengenalan
Benjamin Bloom mengasaskan Taxonomy of Learning Domains pada tahun 1956, dan walaupun sasaran audiens adalah ahli akademik dan tenaga pengajar, ia mempunyai kepentingan yang besar kepada pelbagai jenis pembelajaran. Ia berguna sebagai tools teori yang membantu memahami bagaimana kita menerima pembelajaran dan boleh membantu membentuk objektif pembelajaran.
jens domain
Kognitif
Domain kognitif adalah tentang memperolehi lebih banyak pengetahuan serebrum. Bloom membahagikan kepada 6 peringkat (secara meningkat): pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Afektif
Domain afektif adalah tentang bagaimana tindak balas pelajar dari segi emosi dimana ia merangkumi sikap dan perasaan pelajar. Beliau membahagikan domain ini kepada lima peringkat (secara meningkat): penerimaan, tindak balas, penilaian, pengaturan dan perincian.
Psikomotor
Domain psikomotor adalah tentang perolehan kemahiran manual. Domain ini menarik minat banyak pelatih dalam menawarkan alternatif dalam model progresif ketidakcekapan tidak sedar. Ia mempunyai kesan terhadap bagaimana kita mengamalkan kemahiran yang dimiliki.