Kepelbagaian bangsa di Malaysia yang terdiri daripada bangsa Melayu, cina, India dan lain-lain menyebabkan Kerajaan telah membuat pelbagai dasar pendidikan agar manfaat dan faedah dapat dirasai oleh semua golongan masyarakat.
Melalui sistem pendidikan yang dibina, ianya telah menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertanggungjawab, toleransi dan aspek-aspek nilai murni yang dikongsi bersama untuk diserapkan kepada masyarakat dalam melahirkan rakyatnya sebagai seseorang yang berguna, berkualiti, bertanggungjawab, berdaya saing, bijak dan mempunyai semangat patriotik yang tinggi lantaran memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Sistem pendidikan yang mempunyai kepelbagaian aliran adalah bertujuan untuk melahirkan insan cemerlang dalam pelbagai bidang, berakhlak baik dan menjadi warganegara yang baik.