Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
DPLI SET 13 _ KUMPULAN 3 KSSR SAINS TAHUN 1 BAB 5 HAIWAN, NAMA AHLI…
DPLI SET 13 _ KUMPULAN 3
KSSR SAINS TAHUN 1
BAB 5
HAIWAN
OBJEKTIF
Murid dapat mengenal pasti bahagian tubuh haiwan seperti paruh, sisik, sirip, berbulu halus, berbulu pelepah, tanduk, sumbu, sesungut, kulit keras, cangkerang, sayap, kepak, kepala, badan, ekor dan kaki selaput renang.
Murid dapat menghubungkaitkan bahagian tubuh haiwan dan kepentingannya kepada haiwan.
Murid dapat menjelaskan bahagian yang terdapat pada tubuh haiwan.
Murid dapat merumuskan bahawa terdapat haiwan yang berlainan mempunyai bahagian tubuh yang serupa.
Murid dapat menjelaskan pemerhatian tentang bahagian tubuh haiwan melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
ADDIE
Analysis
Murid menghadapi kesukaran untuk mengingati bahagian tubuh haiwan.
Topik ini dipilih kerana murid sukar untuk membayangkan bahagian tubuh haiwan dan kepentingannya tanpa gambaran visual. Disebabkan itu, penggunaan teknologi dapat digunakan semasa proses pembelajaran dijalankan.
Design
Bahan pengajaran
: Guru menyediakan bahan pengajaran video, ilustrasi berkaitan tubuh haiwan dan kepentingannya dengan mengunakan Genially.
Tugasan berkumpulan
: Guru merancang tugasan berkumpulan kepada murid untuk melabelkan bahagian tubuh haiwan dan menjelaskan kepentingan bahagian tubuh haiwan tersebut.
Game Based Learning
: Guru menyediakan permainan berbentuk kuiz dan memory game untuk murid di platform Genially
Development
Guru menyediakan bahan-bahan pengajaran yang bersesuaian untuk murid mengenal pasti bahagian tubuh badan haiwan dan memahami kepentingannya.
Guru menyediakan gambar dan video berkaitan bahagian dan kepentingan tubuh haiwan di platform Genially bagi meningkatkan tahap kefahaman murid.
Guru menyediakan permaian berbentuk kuiz di platform Genially.
Implement
Guru memainkan video berkaitan tubuh haiwan dan kepentingannya kepada murid.
Guru menerangkan kepada murid tentang fungsi utama bahagian tubuh haiwan tersebut.
Guru mengagihkan murid kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan tugasan berkumpulan.
Guru membuat pemantauan terhadap murid semasa melabel bahagian tubuh haiwan.
Murid cuba untuk menyelesaikan permainan yang telah disediakan oleh guru di platform Genially
Evaluate
Guru menilai kefahaman murid melalui skor terkumpul melalui tugasan berkumpulan dan kuiz dijalankan.
Guru menilai dengan murid tentang cara yang betul untuk berinteraksi dan menghormati haiwan.
TEORI PEMBELAJARAN
Teori Konstruktif
Pengetahuan sedia ada atau pengalaman ingatan murid berkaitan tubuh badan haiwan
CONTOH:-
Murid mengetahui jenis haiwan dan bahagian tubuh haiwan semasa guru menunjukkan gambar berkaitan.
Murid dapat membezakan jenis tubuh badan haiwan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman murid.
Teori Kognitif
Teori ini digunakan oleh para guru di dalam sesi pembelajaran
Teori yang menekan perihal mental iaitu segala maklumat yang diproses oleh otak disimpan dan dikeluarkan kembali bagi menghasilkan idea-idea baru
CONTOH:-
Guru memberikan penjelasan kepada murid berkaitan bahagian tubuh haiwan
Guru memberikan gambaran kepada murid tentang tubuh haiwan
Guru memberikan peluang kepada murid untuk meneliti setiap tubuh haiwan
Guru memberikan peluang kepada murid untuk memberikan contoh haiwan lain yang mempunyai tubuh badan yang sama
Teori Behaviorisme
Teori ini digunakan oleh para guru di dalam sesi pembelajaran
Teori yang menekankan perihal peribadi dan akhlak murid akan dipengaruhi oleh proses Pengajaran dan Pembelajaran
CONTOH:-
Murid bekerjasama dan saling berkomunikasi bagi menyelesaikan tugasan berkumpulan
Guru menekankan aspek kemanusiaan serta bersifat lemah lembut dengan haiwan
KANDUNGAN (GENIALLY)
PAGE 1
TAJUK_UNIT 5:HAIWAN
5.1 Bahagian Tubuh Haiwan
PAGE 2
OBJEKTIF
5.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh haiwan.
5.1.2 Menghubungkaitkan bahagian tubuh haiwan dan kepentingannya kepada haiwan.
5.1.3 Menjelaskan melalui contoh bahagian yang terdapat pada tubuh haiwan.
5.1.4 Mengitlak bahawa terdapat haiwan yang berlainan tubuh yang serupa
PAGE 3 - 5
Pengenalan
Menayangkan gambar-gambar haiwan terlebih dahulu. Tujuannya adalah bagi memastikan pelajar mampu mengenali haiwan-haiwan tersebut (Ice breaking)
PAGE 6-7
Paparan Video dan Gambar
Bahagian tubuh haiwan
Gambar haiwan bersertakan label bahagian tubuh haiwan dan kepetingannya:
PAGE 8-14
Aktiviti berkumpulan
Gambar-gambar haiwan tanpa label bahagian tubuh diberikan.
Pelajar perlu meneliti gambar-gambar yang diberikan terlebih dahulu. Seterusnya, pelajar perlu berkongsi pengetahuan dan pendapat antara ahli kumpulan bagi melabelkan bahagian tubuh haiwan dengan betul.
Pelajar juga perlu menjelaskan kepentingan bahagian tubuh haiwan yang telah mereka labelkan.
PAGE 15-22
Game Based Learning
Suai padankan bahagian tubuh haiwan yang diberikan pada kotak yang disediakan
Kuiz berkenaan kepentingan bahagian tubuh haiwan diberikan kepada pelajar.
Pelajar perlu mencari persamaan bahagian tubuh haiwan berdasarkan dua ekor haiwan yang dinyatakan.
Contoh Soalan
Apakah persamaan yang terdapat pada arnab dan kucing?
Apakah persamaan yang terdapat pada katak dan buaya?
PAGE 23-24
Info tambahan dan Nilai murni
Haiwan bukanlah untuk dizalimi.
Kesan kecederaan pada haiwan.
PAGE 25-26
Refleksi
Membuat kesimpulan pengajaran dan bertanyakan soalan kepada pelajar berkenaan apa yang telah mereka pelajari dari Unit 5: Haiwan: 5.1 Bahagian tubuh haiwan
NAMA AHLI KUMPULAN
Noorshazana binti Hishamuddin (P140109)
Muhammad Zakuan Azim bin Hashim (P142322)
Vanaessa Evangelista Binti Damian (P143974)
Anas Aiman bin Malek Faisal (P141740)
Anis Qurratu'aini binti Malek Faisal (P141745)
Nurul Afiqah Adani binti Shahrul Zaman (P144127)
HASIL PEMBELAJARAN
Murid boleh menganalisis pemerhatian tentang bahagian tubuh haiwan melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan dengan terperinci.
Murid boleh memerihalkan perbezaan fizikal haiwan yang sama tetapi mempunyai fungsi yang berbeza.
Murid dapat mengenal pasti bahagian tubuh haiwan dengan bantuan penggunaan media grafik.
Murid dapat memahami kepentingan bahagian tubuh haiwan dengan jelas.
TOPIK : BAHAGIAN TUBUH HAIWAN :