Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KURIKULUM TERSIRAT - Coggle Diagram
KURIKULUM TERSIRAT
-
Kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk oleh warga sekolah sendiri seperti amalan, prosedur, peraturan, pertalian dan struktur di sekolah
Ianya dijalankan secara tidak langsung seperti murid mempelajari tingkah laku baik guru, guru mempamerkan akhlak budi pekerti, hubungan rapo di antara warga sekolah dan sebagainya
Nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang dibawa di dalam persekitaran sekolah akan memberi kesan secara tidak langsung tetapi amat bermakna terhadap amalan hidup murid.
sesetengah kurikulum tersirat kadang-kadang mempunyai konotasi negatif kerana nilai-nilai yang disebarkan mungkin menjurus kepada hal-hal seperti menyokong perbezaan kelas di mana murid dibahagikan kelas mengikut tahap kepandaian, kaum dan jantina dan ini akan menjurus kepada pengagihan modal pendidikan secara tidak sekata
guru perlu memainkan peranan dan memberikan perhatian kepada kurikulum tersirat sewajarnya supaya bersifat positif ke arah membina keadilan sosial berlandaskan kepada kepelbagaian sosio-budaya masyarakat setempat
Mendidik murid untuk membudayakan diri mereka dengan pembelajaran kendiri yang lebih menekankan proses pembelajaran tanpa diarah,dipaksa atau disuruh
PENGENALAN
Kurikulum merujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan.
Kurikulum tersirat pula merujuk kepada norma, nilai dan kepercayaan yang disebarkan melalui pendidikan formal dan interaksi di sekolah
Kurikulum tersirat memberi penekanan kepada persekitaran positif atau negatif yang wujud di kalangan warga sekolah.
-
Kurikulum tersirat juga boleh dilaksanakan melalaui aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan sebagainya
-
Kurikulum tersirat terjadi berdasarkan tiga unsur berikut : kelompok, pujian dan kuasa
Kelompok :
- Proses belajar bersabar untuk berjaya dalam situasi sekolah
- Persediaan untuk menghadapi zaman dewasa
Pujian :
- Menilai pembelajaran pelajar melalui ujian dan peperiksaan, latihan bertulis dan lisan, tingkah laku
Kuasa :
- Pelajar perlu mematuhi peraturan yang telah disediakan oleh guru
- Motivasi dan rasa ingin tahu pelajar boleh terbantut kerana tidak berpeluang mengemukakan buah fikiran