Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
DSKP SAINS Tahun 5 UNIT 4 : TUMBUH-TUMBUHAN (MELINDUNGI DIRI DARIPADA…
DSKP SAINS
Tahun 5
UNIT 4 : TUMBUH-TUMBUHAN
(MELINDUNGI DIRI DARIPADA MUSUH)
Storyline
Video Kandungan
Kandungan 1
Kemudian, ayah Fatin menerangkan bagaimana tumbuh-tumbuhan dapat mengekalkan spesisnya. Dengan berikan contoh situasi yang pertama seperti duri di pokok semalu dan pokok semalu akan menutup daunnya setiap kali disentuh oleh musuhnya.
Kandungan 3
Cikgu Anita memberi penerangan dengan lebih mendalam lagi tentang ciri-ciri tumbuh-tumbuhan, jenis tumbuh-tumbuhan, cara-cara tumbuh-tumbuhan melindungi diri dari manusia dan haiwan dan sebagai.
Kandungan 2
Keesokkannya harinya sewaktu di sekolah, cikgu Anita mengajar Fatin dan kawan-kawan tentang mata pelajaran sains mengenai cara tumbuh-tumbuhan melindungi diri dari musuh. Fatin teringat akan apa yang ayahnya katakan Kepadanya mengenai tumbuh-tumbuhan tersebut secara ringkas.
Kandungan 4
Cikgu Anita juga menunjukkan flash card dan tayangan video kepada kami dalam kelas untuk kami mengenali jenis-jenis tumbuhan yg berkenaan. kemudian kami diminta membina peta minta untuk kami lebih memahami tentang tumbuhan tersebut melindungi diri sendiri.
Video Pengenalan
Pada satu petang, Fatin dan ayahnya sedang berjalan-jalan di sekitar kawasan belakang rumahnya. Disitu, Fatin dan ayahnya ada menanam beberapa jenis sayur-sayuran dan buah-buahan.
Ketika Fatin dan ayahnya sedang memetik buah-buahan yang sudah ranum, tanpa Fatin sedar dia telah terpijak pokok semalu yang tumbuh liar di sekitar tanamannya.
Fatin yang sedang di dalam kesakitan itu merasa hairan kenapa terdapat daun-daun yang tajam dan kenapa pokok itu menguncup sewaktu Fatin terpijak pokok semalu itu.
Video penutup
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Memastikan murid-murid dapat mengenalpasti kegunaan ciri-ciri khas yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan untuk mengelakkan daripada diganggu oleh musuhnya
Murid dapat menyatakan contoh-contoh tumbuhan lain yang mempunyai ciri-ciri khas yang dapat membantu mereka mengelakkan diri mereka daripada diganggu oleh musuhnya
HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar dapat melaksanakan tugas atau kerja sekolah dengan jayanya.
Pelajar dapat mengenalpasti jenis- jenis tumbuh-tumbuhan menglindungi diri sendiri dengan pelbagai ciri-ciri khas.
Pelajar dapat memberi contoh-contoh jenis tumbuh-tumbuhan mengikut ciri-ciri khas pelindungan dirinya.
AKTIVITI
Guru menarik perhatian pelajar dengan menunjukkan beberapa flash card gambar tumbuhan dan menayangkan pelbagai video tumbuh-tumbuhan
Guru menerangkan objektif kepada pelajar
Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan
Guru menayangkan video melalui aplikasi YouTube berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan dan memberikan 5 flash card kepada kepada tiga kumpulan murid tersebut
Murid di minta mengenalpasti dan mengklasifikasikan ciri- ciri khas yg terdapat pada tumbuh-tumbuhan. kemudian guru meminta murid menulis nota pelekat dalam bekas yang disediakan.
Murid juga di minta oleh guru untuk membuat peta minda berdasarkan gambar dalam flash card dan tayangan video yang di mainkan oleh guru tersebut serta murid melakukan aktiviti soal jawab.
Di akhir aktiviti, murid dapat mengetahui cara tumbuhan melindungi diri dari musuh berdasarkan aktiviti yang dilakukan di dalam proses pembelajaran.
AHLI-AHLI KUMPULAN 2
AINA SHARFINA BT MOHD RUSLAN (P141909)
ZA'IMATUL HASANAH BINTI NORMAN (P144317)
WAN JULIANA WAN KAMARUDIN (P144226)
NUR SARAH HANISYA BINTI MOHD HARMIZI (P143684)
NUR AINI TATHNIM BINTI MAHDI (P143667)
MURNI BINTI ISMAIL (P143344)
NORSYKILA BINTI MOHAMED (P140970)
MOHAMAD SUHAIDIE BIN SAIFUL BAHARIM (P143906)
1 more item...
MODEL INSTRUKSIONAL
MODEL ASSURE
ANALISIS PELAJAR
Menganalisis pelajar mengenai cara tumbuhan melindungi diri daripada musush dan bahaya.
NYATAKAN OBJEKTIF
Pelajar dapat menyenaraikan ciri ciri yang terdapat pada tumbuhan dengan meramal,memerhati,berkomunikasi dan membuat inferens.
PEMILIHAN MEDIA
Guru menyediakan video dan permainan "flash card".
PENGGUNAAN MEDIA DAN BAHAN
Pelajar bermain permainan "flash cards" selepas menonton video yang ditunjukkan oleh guru.
PENGLIBATAN MURID DALAM PEMBELAJARAN
Pelajar boleh menjelaskan pengetahuan melalui permainan "flash cards" tersebut.
PENILAIAN DAN SEMAKAN SEMULA
Pelajar ditunjukkan kembali gambar tumbuhan dan cara melindungi diri dari musuh dan ditanya beberapa soalan sebagai peneguhan terhadap pelajar.
TEORI PEMBELAJARAN
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
Secara umumnya, teori kognitif merupakan satu teori yang terpenting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dimana proses penekanan prinsip pembelajaran kognitif akan menghasilkan perubahan tingkah laku dalam proses pembelajaran. Teori kognitif amat menekankan pengalaman lalu sebagai agen pembelajaran yang berkesan dalam merangsang ingatan lalu setiap individu.
TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIF
Murid dapat melaksanakan tugas yang diberikan oleh guru mereka dengan memahami arahan yang diberikan dengan membina peta minda dapat menjawab soalan yang disediakan oleh guru mereka.
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIOR
Dengan adanya teori ini murid mengubah tingkah lakunya dalam pembelajaran mereka yang mana mengetahui bahaya pada tumbuh-tumbuhan pada diri mereka selain mengetahui bagaimana tumbuh-tumbuhan dapat melindungi diri
STRATEGI /PENDEKATAN/KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN
1.Guru menerangkan objektif kepada murid
2.Guru membuat penerangan jelas berkaitan tumbuh-tumbuhan yang melindungi diri
3.Guru melaksanakan beberapa aktiviti bersama murid bagi mencapai objektif
KERJA BERKUMPULAN
1.Murid-murid dibahagikan kepada tiga kumpulan bagi menjayakan aktiviti bersama guru.
2.Murid-murid dikehendaki mencirikan tumbuhan berdasarkan flashcard yang ditunjukkkan oleh guru mengikut kategori stesen.
3.Kumpulan murid diminta membuat peta minda berdasarkan jawapan yang dihasilkan dalam bekas jawapan.
PEMERHATIAN
1.Murid-murid dapat melihat secara jelas jenis-jenis tumbuhan yang dapat melindungi diri melalui tayangan video menggunakan aplikasi "Youtube" yang ditunjukkan oleh guru semasa proses pembelajaran berlangsung.
KOMUNIKASI DUA HALA
Berlaku antara guru dengan murid semasa sesi soal jawab dan perbincangan sepanjang proses p&p berlangsung.
AKTIVITI MERENTASI KURIKULUM
1.Penjanaan idea murid melalui aktiviti flashcard, peta minda
2..Guru membuat penilaian hasil pembelajaran
TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Guru menggunakan aplikasi youtube bagi membantu pelajar mengenal tumbuh-tumbuhan melindungi diri
Sesi soal jawab , dan buat aktiviti berkumpulan.