Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Isu Ketidaksamaan: Pencapaian Akademik, Ahli kumpulan 4: Jennifer Lee…
Isu Ketidaksamaan:
Pencapaian Akademik
Kebiasaannya, murid-murid di sekolah dapat dikategorikan kepada tiga, iaitu pelajar cemerlang, pelajar sederhana dan pelajar lemah
Pencapaian akademik ini bergantung kepada beberapa faktor seperti murid, rakan sebaya, keluarga, guru dan sekolah
Faktor menyumbang kepada pencapaian akademik
Aspek rakan sebaya
Pergaulan dengan rakan sebaya
Contoh
Jika seorang murid India yang bermasalah dalam pencapaian Bahasa Melayu tetapi disebabkan rakan-rakannya kebanyakan murid-murid Melayu, secara tidak langsung akan membantunya untuk memperbaiki pencapaian Bahasa Melayu.
Pelajar mudah terpengaruh dengan rakan sebaya sesama mereka sama ada membentuk satu pencapaian yang baik atau sebaliknya
Aspek keluarga
Ciri-ciri biologi atau gen-gen yang diwarisi dari segi bakat dan kecerdasan
Murid yang datang daripada keluarga yang mempunyai latar belakang akademik yang berjaya akan mempengaruhi pencapaian anak mereka
Anak-anak tersebut menyimpan sifat-sifat intelektual ibu bapa dari aspek potensi, bakat, pemikiran dan tabiat
Aspek genetik dan keluarga adalah faktor yang menyumbang kepada perkembangan manusia dan menentukan kecerdasan seseorang individu
Aspek guru
Integriti guru
Guru yang berintegriti akan mencari penyelesaian seperti membuat kelas intervensi untuk menaikkan kembali prestasi murid tersebut
Murid yang cemerlang diberi kelas intervensi bagi mengekalkan prestasi pembelajaran mereka di sekolah
Integriti seorang guru menjadi kayu ukur kepda penunjuk prestasi murid-murid sama ada menguasai pembelajaran ataupun tidak
Aspek murid
Tahap kesedaran murid
Contoh
Murid yang cemerlang mempunyai kesedaran untuk datang ke sekolah setiap hari untuk menuntut ilmu dan belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya
Seseorang murid dapat dilihat cemerlang sekiranya murid itu sendiri mempunyai kesungguhan dan kesedaran yang tinggi dalam pelajaran
Aspek sekolah
Lokasi sekolah
Terbahagi kepada tiga
Luar bandar
Pedalaman
Bandar
Memainkan peranan penting dalam menyediakan kemudahan-kemudahan internet dan keperluan pembelajaran di sekolah
Contoh
Sekolah bandar mempunyai akses kemudahan internet yang lebih baik berbanding dengan sekolah luar bandar
Melalui capaian internet yang mudah didapati ini akan menjadikan murid di bandar lebih terdedah kepada pengetahuan tambahan dalam pembelajaran, seterusnya menjadikannya lebih cemerlang dari murid di luar bandar dan pedalaman
Ahli kumpulan 4:
Jennifer Lee Ying Ying
Sharon Tang Yu Jing
Olinda Lau Hui Qi
Dennis Lieu Hing Yuan
Topik 5