Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PANDANGAN TENTANG SEKOLAH AGAMA DI BAWAH PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI, AHLI…
PANDANGAN TENTANG SEKOLAH AGAMA DI BAWAH PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI
DEFINISI SEKOLAH AGAMA
Mana-mana tempat yang digunakan bagi tujuan pendidikan, pengajaran atau pembelajaran agama Islam sama ada fizikal atau secara dalam talian (maya), di peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, tahfiz dan pondok
Ditadbir urus oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri (PBAN) atau individu secara perseorangan / berkumpulan, atau pertubuhan / syarikat
Berdaftar dengan PBAN, bukan berada di bawah pentadbiran KPM
KO-KURIKULUM
Bagi sekolah menengah penganjuran program kokurikulum melibatkan penyertaan bersama sekolah agama lain seperti Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR).
Setiap tahun 3 acara kokurikulum dipertandingkan bersama bagi menggilap kebolehan peserta ke peringkat kebangsaan. Ia adalah Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA), Mahrajan Memanah Sekolah Menengah Agama (MESMA) dan Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM)
Bagi sekolah rendah JAKIM menganjurkan
Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran KAFA (MTHQK)
KATEGORI SEKOLAH AGAMA
SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Sekolah yang didirikan di atas tanah wakaf (bukan milik persendirian) atau tanah milik kerajaan yang diluluskan dan disenggara oleh sekumpulan individu dari kalangan rakyat bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaan agama islam dilaksanakan.
Peruntukan kewangan sebahagian dari Rakyat, dan
sebahagian bantuan diberikan oleh Kerajaan Negeri
Sekolah ini dibiayai hasil sokongan rakyat, bantuan zakat dan yuran pelajar pelajar.
Diurus berdasarkan konsep yang diterjemah mengikut negeri masing-masing disebabkan kedudukannya di bawah kuasa kerajaan negeri.
Contoh, Sekolah Agama dan Arab dikendalikan oleh rakyat dari segi pentadbiran, kewangan, perguruan, sukatan pelajaran dan lain-lain lagi.
Institusi pendidikan agama ini ditubuhkan oleh masyarakat setempat atau individu dan didaftarkan di bawah Enakmen Pengawalan Sekolah Agama dan ditadbir sepenuhnya oleh Lembaga Pengelola Sekolah(LPS).
Ditadbir sepenuhnya oleh Jemaah Pengelola Sekolah atau Lembaga Pengelola Sekolah dan dibantu oleh Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Islam Negeri.
Kedudukannya berbeza dengan sekolah agama swasta kerana sekolah agama swasta (SAS) ditubuhkan oleh syarikat serta ditadbir sepenuhnya oleh Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) yang dilantik oleh syarikat.
Menjalankan kurikulum kebangsaan dan kurikulum
KAFA/ Negeri
Peperiksaan pelajaran agama Islam di SAR dikendalikan oleh Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.
Terdapat dua kategori bagi SRAR iaitu:
Sepenuh masa
Merupakan Sekolah kelolaan Kerajaan Negeri yang menggabungkan kurikulum Negeri/KAFA dan Kebangsaan(Dwi kurikulum). Sekolah ini beroperasi satu/dua sesi dan muridnya tidak belajar di Sekolah Kebangsaan milik KPM.
Tidak sepenuh masa
Merupakan Sekolah kelolaan Kerajaan Negeri yang melaksanakan kurikulum Negeri/KAFA sahaja. Sekolah ini beroperasi satu/dua sesi dan muridnya belajar Sekolah Kebangsaan milik KPM.
SEKOLAH AGAMA BANTUAN NEGERI
Kategori SABN : Sekolah Rendah Ugama(SRU), Maahad Kerajaan, Maahad Kawalan, Maahad Pilihan, SMU(A) dan Tadika
Peruntukan kewangan, guru dan bantuan infrastruktur
sepenuhnya dari Kerajaan Negeri.
Diambil alih oleh Kerajaan Negeri sepenuhnya dan telah menjadi milik Kerajaan Negeri.
Kurikulum disediakan oleh Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing : Al Azhar (Dini) dan Kurikulum Arus Perdana (Akademik)
Peperiksaan pelajaran agama Islam di SABN dikendalikan oleh Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.
Menjalankan kurikulum kebangsaan dan kurikulum
KAFA/ Negeri
Terdapat dua kategori bagi SABN iaitu:
Sepenuh masa
Merupakan Sekolah kelolaan Kerajaan Negeri yang menggabungkan kurikulum Negeri/KAFA dan Kebangsaan(Dwi kurikulum). Sekolah ini beroperasi satu/dua sesi dan muridnya tidak belajar di Sekolah Kebangsaan milik KPM.
Tidak sepenuh masa
Merupakan Sekolah kelolaan Kerajaan Negeri yang menggabungkan kurikulum Negeri/KAFA dan Kebangsaan(Dwi kurikulum). Sekolah ini beroperasi satu/dua sesi dan muridnya belajar di Sekolah Kebangsaan milik KPM.
KURIKULUM
Murid mengikuti Kurikulum Bersepadu
Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)
Murid menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang, setaraf dengan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM)
PENGURUSAN HAL EHWAL SEKOLAH
Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama LEPAI menyelaras sekolah-sekolah agama bukan di bawah KPM.
Penyelarasan dan pengurusan Sekolah Agama ini adalah merangkumi Sekolah Agama Negeri (SAN), Sekolah Agama Rakyat (SAR), tahfiz dan pondok swasta yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Agama Negeri (PBAN).
KELEBIHAN
KELEBIHAN KEPADA GURU
Berpeluang diserap ke perkhidmatan kerajaan
Berpeluang mengikuti kursus ikhtisas
Menerima gaji dan elaun yang setaraf dengan kelayakan
Berpeluang menikmati kemudahan kerajaan
KELEBIHAN KEPADA SEKOLAH
Berdaftar dengan KPM
Menerima pelbagai kemudahan dan bantuan kerajaan negeri.
Menerima guru terlatih.
KELEBIHAN KEPADA MURID
Kurikukum agama dan STAM yg diiktiraf dalam bidang pekerjaan swasta dan kerajaan
Berpeluang mendapat bantuan biasiswa
Berdayasaing dengan murid aliran perdana
Berpeluang ikut serta dengan aktiviti anjuran KPM
Berpeluang melanjutkan pelajaran di institusi KPM dan IPTA.
KEKURANGAN
Kekurangan dana memberi kesan kepada penyelenggaraan dan pengurusan sekolah.
Pergaulan murid yang terhad kepada latarbelakang agama Islam sahaja yang mungkin mempengaruhi modal sosial murid.
Kemasukan pelajar terhad kerana fasiliti dan tenaga pengajar yang terhad.
AHLI - AHLI KUMPULAN
AMIRAH BINTI KAMARULZAMAN - P138800
NOR MAIDAH BINTI ABDUL RAHMAN - P139032
RASYIDAH BINTI RAMLI - P139325
RASYIMAH BINTI RAMLI - P139326
PUTERI INTAN RAHILA BINTI SALIM - P139326
SITI MARYAM BINTI MOHD MASZLI - P139359
NUR BADRIAH BINTI HARUN - P144292
SITI HAJAR BINTI MOHD SENUSI - P144311
WAN NUR NAJWA BINTI WAN ABD RAHMAN - P139428
SURIANA BINTI AMING - P144204