Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Budaya dan Iklim - Coggle Diagram
Budaya dan Iklim
Budaya sekolah
Budaya sekolah merupakan realiti dalaman yang mencerminkan apa yang dihiraukan, dihargai, dan dirayakan oleh ahli organisasi sekolah.
Ia melibatkan kepercayaan, sikap, dan tingkah laku yang menonjolkan bagaimana individu di sekolah bertindak terhadap satu sama lain.
Budaya sekolah juga melibatkan nilai-nilai seperti kerjasama, sikap inklusif, dan penghargaan terhadap satu sama lain.
-
-
Pelajar yang berjaya dan aktif mendapat pengiktirafan, manakala pelajar yang lemah mungkin diabaikan.
-
Contoh-contoh budaya yang perlu disemai termasuk Budaya Penyayang, Budaya hormat-menghormati, Budaya berani menyoal, dan Budaya Membaca.
Setiap budaya perlu disertai dengan aktiviti yang berkaitan untuk menguatkuasakannya, contohnya, melalui Projek Nilam untuk budaya Membaca.
Iklim Sekolah
Iklim Sekolah adalah sifat dan suasana unik di sebuah sekolah yang dipengaruhi oleh interaksi antara guru, pelajar, dan masyarakat di dalamnya.
-
Faktor-faktor seperti hubungan interpersonal yang positif, pengajaran dan pembelajaran yang efektif, kepimpinan pentadbiran yang inklusif, dan kemudahan fizikal yang baik merupakan contoh situasi yang menunjukkan terbentuknya budaya dan iklim sekolah yang berkesan.
Disiplin sekolah juga penting untuk menjaga suasana pembelajaran yang kondusif tanpa perlu menindas.
Pembinaan budaya sekolah yang berdisiplin melalui penanaman nilai murni membantu mengatasi masalah disiplin dan meningkatkan prestasi pelajar.
Masalah disiplin yang tidak diatasi boleh merosakkan reputasi sekolah dan mempengaruhi prestasi pelajar dalam peperiksaan utama seperti SPM dan PMR, serta kepercayaan masyarakat terhadap sekolah tersebut.
-