Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERANAN DAN CABARAN GURU DALAM TADBIR URUS DAN KEWARGANEGARAAN, Dari…
PERANAN DAN CABARAN GURU DALAM TADBIR URUS DAN KEWARGANEGARAAN
PERANAN
Guru sebagai suri teladan dengan menjadi contoh kepada pelajar (role model)
Guru perlu berfikiran kreatif dan kritis dalam memberi pendidikan yang selari dengan
peredaran zaman seperti yang disarankan KPM. Sebagai contoh, penggunaan teknologi dalam pendidikan yang seiring dengan peringkat global.
Guru perlu sentiasa menambahbaik pengetahuan untuk kemenjadian murid yang berkualiti dalam aspek pengetahuan dan kemahiran diri murid bagi membolehkan untuk menyesuaikan dirinya dalam semua tempat samada dalam suasana belajar, keluarga atau bekerja.
.
Mengukuhkan pengetahuan dan kefahaman murid tentang sahsiah dan peribadi yang baik supaya murid boleh membawa kehidupan sosial nya ke arah perkara yang baik seperti pembentukan insan yang beriman dan bersahsiah mulia didalam keluarganya dan rakan sekelasnya.
Guru haruslah menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri pelajar tanpa mengira bangsa agar mampu seimbang dari aspek sosial sepertimana hasrat FPK.
CABARAN
Anjakan paradigma dari Kementerian Pendidikan Malaysia pada semua peringkat yang merangkumi pusat, negeri, daerah, sekolah, guru, ibu bapa dan murid.
Melonjakkan Kualiti Pendidikan Negara Ke Tahap Global
Guru perlu memastikan diri mereka dilengkapi dengan kemahiran pedagogi bersifat holistik.
berani meneroka pelbagai cabang ilmu untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran berkesan
Mereka bentuk dan membangunkan pengalaman pembelajaran serta pentaksiran era digital.
Meneroka penggunaan model pembelajaran pelbagai mod yang memanfaatkan teknologi supaya dapat mencungkil kemahiran berfikir aras tinggi serta mengukuhkan pembelajaran murid.
Guru perlu mencapai Standard Teknologi Pendidikan Kebangsaan (NETS) bagi mencetus inspirasi pembelajaran serta kreativiti murid.
Dari kumpulan:
Soihatunnajwa
Nur Aisyatulhumaira'
Latifah Sakinah
Nur husnina