Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERBEZAAN ANTARA KUANTITATIF, KUALITITATIF - Coggle Diagram
PERBEZAAN ANTARA KUANTITATIF, KUALITITATIF
KUANTITATIF
Penggunaan ujian statistik terhadap sesuatu kajian adalah sebagai usaha untuk menerangkan, menjelaskan atau mencari perhubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam suatu penyelidikan.
Pendekatan kuantitatif ialah penyelidikan yang menekankan kepada fenomena-fenomena objektif dan dikawal melalui pengumpulan dan analisis data (Nana, 2005; Chua, 2006; Fraenkel, 2007). Suatu penyelidikan yang melibatkan pengukuran pemboleh ubah kajian dengan menggunakan alatan saintifik dan eksperimen.
KUALITATIF
Pendekatan kualitatif ialah prosedur penyelidikan yang menghasilkan data gambaran yang boleh diamati (Lexy, 2007), tradisi tertentu dalam ilmu pengetahuan sosial yang secara fundamental bergantung kepada pengamatan manusia dalam kawasannya sendiri dan berkait dengan orang-orang tersebut dalam bahasa dan peristilahannya (Kirk & Miller, 1986)
Pendekatan kualitatif dalam penyelidikan ini adalah kajian kes, adalah suatu penyelidikan yang dilakukan terhadap suatu kesatuan sistem, sama ada yang berbentuk program mahupun kejadian yang terikat oleh tempat, waktu atau ikatan tertentu (Nana, 2005)
Kaedah Penyelidikan
Kualitatif menggunakan kaedah interpretif, penghuraian, kajian lapangan, kajian sejarah, data verbal dan sebagainya.
Kuantitatif menggunakan kaedah eksperimental, data numarika dan ujian statistik
Konsep Utama
Mengamalkan konsep variable, konsep hipotisis kepercayaan, operasional, kesahan dan signifikan.
Mengamalkan konsep makna, pemahaman, pembentukan fenomena, konteks dan sebagainya.
Bidang Dikaji
Bidang sains asas, perindustrian, psikologi, sains politik, kejuruteraan, ekonomi dan pendidikan.
Bidang antropologi, kemasyarakatan, linguistik, sosiologi, dan sejarah
Tujuan
Untuk menguji teori, membina fakta, menunjukkan perbezaan, menunjukkan hubungan, meramal tingkah laku da menerangkan kejadian secara statistik.
Untuk melengkapkan teori, meningkatkan kefahaman, menghuraikan kenyataan, menyatakan kejadian semulajadi dan menerangkan kejadian secara verbal.
Sampel
Sampel bersaiz besar, kaedah persampelan kebarangkalian, pemilihan sampel secara rawak, kumpulan sampel kawalan dan sampel berlapis. Keupayaan keputusan yang digeneralisasikan adalah tinggi dengan menggunakan kaedah kuantitaif berbanding kualitatif.
Sampel berskala kecil, persampelan bukan kebarangkalian dan pemilihan sampel dengan tujuan berdasarkan penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik
Data
Mengumpul data secara kuantiti, bilangan, pengukuran dan statistik
Penghuraian deskriptif, nota pandangan, catatan verbal, rakaman pemerhatian atau temubual dan maklumat dari bahan dokumentasi
Analisis Data
-
Menganalisis secara tertutup, dalam jangka masa panjang dan secara mendalam
-
KAJIAN TINDAKAN
Kajian Tindakan adalah kajian berbentuk kualitatif. Kajian kualitatif menggunakan data dalam bentuk fakta asal seperti dilihat, didengar atau dibaca. Data berbentuk statistik (nombor) juga digunakan tetapi tidak menjadi cacat sesuatu Kajian Tindakan yang tidak menggunakan data berbentuk itu.