Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
DSKP BAHASA MELAYU TAHUN 6 UNIT 5: KEBERSIHAN ASAS KESEJAHTERAAN, 5.…
-
5. AKTIVITI
- Guru menyediakan objektif pelajaran.
- Guru menayangkan slaid pembentangan dan video kepada murid.
- Guru membuat penerangan disamping murid memahami kandungan video tayangan.
- Murid melakonkan dialog berdasarkan maklumat secara tersurat dan tersirat.
- Murid membuat ramalan dengan menyambungkan cerita.
- Murid mempersembahkan cerita.
-
- Guru membuat semakan dan menganalisis jawapan yang diberikan oleh pelajar.
2. STRATEGI PENGAJARAN
- Pembelajaran kolaboratif seperti memberikan tugasan berkumpulan seperti projek membuat poster tentang kebersihan.
- Pembelajaran berpusatkan murid seperti seperti diskusi tentang situasi kebersihan yang diberikan.
- Menggunakan media visual seperti video pendek, gambar, atau slide PowerPoint untuk memperjelaskan konsep-konsep kebersihan.
-
- Melaksanakan sesi pembincangan.
- Mengadakan sesi soal jawab.
-
6. HASIL PEMBELAJARAN
-
- Murid dapat menjelaskan kepentingan kebersihan asas kesejahteraan.
- Murid dapat menerapkan kebersihan asas kesejahteraan dalam kehidupan seharian.
-
1. OBJEKTIF PEMBELAJARAN
- Murid dapat mengaplikasikan kebersihan diri dan persekitaran dalam kehidupan seharian.
- Murid dapat menghuraikan kepentingan penjagaan kebersihan.
- Murid dapat memahami konsep kebersihan asas kesejahteraan.
-
3. TEORI PEMBELAJARAN
BEHAVIORISME
Teori Pembelajaran Behaviorism telah diperkenalkan oleh John Bwadus Watson melalui eksperimen "Little Albert" iaitu berkaitan dengan seekor tikus putih dengan budak bernama Albert. Pada awalnya dia tidak takut namun apabila bunyi dan pergerakan tikus membuatkan dia takut dan menangis lalu dia takut akan tikus buat selamanya. Beliau mendapati pelaziman melahirkan reaksi emosional.
Guru meningkatkan pemahaman murid dengan memupuk rangsangan yang dapat menghasilkan tindak balas yang positif.
Murid dapat menerapkan perbuatan yang positif seperti kepentingan menjaga kebersihan diri dan persekitaran.
COGNITIVISM
Pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan kepada pengetahuan sedia ada. Teori ini menekan pembelajaran merupakan suatu proses yang aktif dan pelajar membina konsep baru atau pengetahuan baru berasaskan pengalaman. Setiap individu mempunyai perwakilan pengetahuan sendiri melalui pengalaman yang dialami. Pembelajaran berlaku apabila ketidakseimbangan berlaku di antara kerangka dengan maklumat baru.
Guru meningkatkan pemahaman murid dengan mengalukan murid untuk mempersembahkan cerita dan memberikan hujah berkaitan kebersihan mengikut pengalaman sedia ada.
-
-
7. STORYLINE
-
1. PENGENALAN
Di Sekolah Kebangsaan Bangi, terdapat dua sahabat akrab iaitu Aminah dan Zainab. Mereka merupakan murid cemerlang tahun 6. Selain mengulangkaji pelajaran, mereka juga sering meluangkan masa bersama-sama ketika waktu rehat. Pada suatu hari, Aminah membeli keropok lekor dan membawanya masuk ke dalam kelas. Apabila waktu rehat telah tamat, Ustazah Maghfirah telah pun masuk ke kelas lalu Aminah meletakkan sisa keropok ke dalam laci.
KANDUNGAN 1
Apabila loceng berbunyi, murid bergegas pulang termasuklah Aminah menyebabkan dia lupa untuk membuang sisa keropoknya. Pada keesokkan hari, Zainab datang ke sekolah lalu terhidu bau busuk dan mendapati banyak semut di meja Aminah dan mejanya. Apabila memeriksa meja tersebut, dia mendapati terdapat sisa makanan yang dibeli oleh Aminah semalam. Tidak lama kemudian, Aminah tiba ke kelas lalu Zainab menegur dan menasihatinya agar terus membuang segala sisa makanan ke dalam tong sampah.
KANDUNGAN 2
Topik yang dipelajari pada hari itu ialah Kebersihan Asas Kesejahteraan. Cikgu Ali menerangkan tentang kepentingan menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Kemudian, Cikgu Ali meminta anak muridnya memberi contoh kesan buruk tidak menjaga kebersihan. Aminah mengangkat tangan lalu memberi contoh yang berlaku pada pagi tadi. Cikgu Ali dan sahabatnya memberikan tepukan kerana berani menjelaskan kesilapannya lalu menjadi iktibar kepada sahabat yang lain.
PENUTUP
Aminah dan rakannya yang lain mempraktikkan amalan menjaga kebersihan pada setiap masa bukan sahaja di sekolah malah di rumah dan di tempat lain.
KANDUNGAN 3
Cikgu Ali kemudian meminta murid untuk membentuk kepada enam kumpulan bagi mempraktikkan enam panduan penjagaan kebersihan diri untuk remaja. Semua murid melibatkan diri dalam membahaskan setiap aspek kebersihan diri serta memberikan contoh mengikut pengalaman masing-masing.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-