SCENE 1:
Cikgu Aminah mengajar subjek Sains untuk kelas 2 Amanah. Pada hari ini, Cikgu Aminah akan mengajar murid-muridnya tentang topik kelas makanan. Cikgu Aminah telah membawa murid-muridnya melakukan aktiviti memasak di luar bilik darjah dan menunjukkan jenis bahan untuk membuat sandwich. Antara bahan yang telah disediakan oleh guru ialah roti, telur, sayur-sayuran, daging, garam, ais krim, coklat, mentega, keju, jem buah, tembikai, air mineral, dan air bikarbonat.