Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
DPLI SET 2 KUMPULAN 10 KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 : ADAB MAKAN DAN…
DPLI SET 2 KUMPULAN 10
KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 :
ADAB MAKAN DAN MINUM
NAMA AHLI KUMPULAN
MOHAMAD LUQMAN HAKIEM BIN MOHAMAD FADELI (P138938)
NOR ATIKAH BINTI MOHD JAI (P143742)
NURUL IZZAH BINTI ABDUL RAZAK (P140415)
NUR ATIKAH BINTI ABD RASHID (P142510)
CHE SITI ZUNAIRAH CHE ZUHAIMI (P141923)
NOORNADIA AQILAH BINTI ELIAS (P142456)
SITI NOR SUHAILA BINTI BADI UZZAMAN (P141779)
FARHANA BINTI HASSAN (P141938)
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Menerangkan adab makan dan minum.
Membaca dalil naqli yang berkaitan adab makan dan minum.
Mengaplikasikan adab makan dan minum mengikut sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.
Merumuskan kepentingan mengamalkan adab-adab makan dan minum sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.
TEORI PEMBELAJARAN
TEORI KOGNITIF
Guru mengaplikasi teori kognitif ini dengan menjadi fasilitator yang membantu dan membimbing pelajar terhadap penguasaan isi pelajaran yang lebih mendalam dan bermakna dalam memahami adab makan dan minum dan aplikasi dalam kehidupan seharian.
TEORI KONSTRUKTIVISME
Pembelajaran secara konstruktivisme bermaksud suatu kaedah pembelajaran yang menggalakkan murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan ilmu pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Guru sebagai pembimbing perlu membantu proses ini dengan menggunakan strategi dan kaedah pengajaran yang menggalakkan murid untuk membuat analisis, tafsiran dan amalan kendiri. Guru harus mendorong proses pembelajaran murid dengan mengemukakan soalan-soalan terbuka dan sering mengadakan perbincangan kumpulan dalam kalangan murid.
HASIL PEMBELAJARAN
Murid dapat :
Menyatakan adab-adab makan dan minum mengikut sunnah Rasulullah SAW
Menjelaskan dan mempraktikkan adab-adab makan dan minum mengikut sunnah Rasulullah SAW.
Menjelaskan dan mengimplikasikan adab-adab adab-adab makan dan minum mengikut sunnah Rasulullah SAW.
Menghuraikan dan mengamalkan adab-adab makan dan minum mengikut sunnah Rasullah SAW dengan bersungguh-sungguh dalam kehidupan harian.
Menganalisis dan mengamalkan adab-adab makan dan minum mengikut sunnah Rasulullah SAW secara istiqamah dengan mengutamakan kepentingan melakukannya.
Merumus dan mengamalkan adab-adab makan dan minum mengikut sunnah Rasulullah SAW secara istiqamah dengan mengutamakan kepentingan melakukannya serta boleh dicontohi atau boleh membimbing orang lain
REKA BENTUK PENGAJARAN (MODEL ADDIE)
ANALYSIS
Murid tidak dapat menyatakan adab makan dan minum
Murid tidak jelas mengapa perlu beradab ketika makan dan minum.
Murid tidak mengetahui kepentingan doa makan
Murid tidak menghafal doa sebelum dan selepas makan
Murid tidak dapat mengenalpasti apa kelebihan beramal dengan adab makan dan minum
Murid tidak mencuci tangan dengan bersih sebelum makan dan minum
DESIGN
DEVELOPMENT
IMPLEMENTATION
Guru memaparkan video animasi tentang adab-adab makan dan minum melalui Genially.
Adab sebelum dan selepas makan minum.
Bacaan doa sebelum dan selepas makan minum.
Kelebihan beradab dengan mengikut sunnah Rasulullah SAW.
Guru mengagihkan murid-murid kepada beberapa kumpulan.
Murid diminta untuk menyenaraikan susunan adab sebelum makan dan minum.
Murid diminta untuk membaca doa sebelum dan selepas makan.
Murid diminta menyenaraikan kelebihan mengamalkan adab makan dan minum.
Guru mengarahkan murid-murid untuk berkumpul dalam satu bulatan.
Permainan akan dilakukan dalam bentuk Kotak Keriangan. Murid-murid akan menyanyi sambil lagu dimainkan dan kotak akan diagihkan dari murid ke murid yang lain. Apabila lagu diberhentikan, murid yang terakhir memegang kotak keriangan perlu mencabut soalan dari kotak tersebut dan menjawab soalan yang tertera di kertas.
Murid-murid yang berjaya menjawab soalan akan diberikan ganjaran dengan memutarkan Roda Impian.
EVALUATION
Melalui permainan Kotak Keriangan, murid-murid akan dinilai tahap pemerhatian dan juga perasaan mereka apabila mendapat ganjaran yang diberikan daripada Roda Impian.
Guru akan menilai tahap kefahaman murid-murid tentang tajuk adab makan dan minum berdasarkan skor yang diperoleh daripada kuiz yang dijalankan.
Guru-guru yang kreatif dalam menyediakan alat bantu mengajar dapat menarik minat murid untuk menyertai aktiviti sepanjang pembelajaran.
Guru meminta setiap murid untuk menjawab soalan kuiz yang telah disediakan.
Guru akan membuat penilaian daripada soalan kuiz yang dijawab oleh murid-murid.
Guru menyediakan video animasi, video demonstrasi dan lagu dengan menggunakan aplikasi Genially.
Guru menyediakan alat bantuan mengajar seperti pembesar suara, projektor, alat kawalan jauh dan laptop.
Guru menyediakan roda impian yang dihasilkan menggunakan genially
Guru memberi ganjaran kepada murid yang berjaya menjawab soalan dengan betul
Guru menyediakan soalan kuiz dalam aplikasi Genially
2. Guru menyediakan kotak dan kepingan kertas warna berisi soalan berkenaan dengan adab makan dan minum
Guru merangka untuk menghasilkan video animasi berserta audio kepada murid-murid agar dapat memahami adab-adab makan dan minum dengan menggunakan aplikasi Genially.
Guru merancang untuk mengumpulkan murid dalam satu bulatan. Satu kotak berisi soalan akan diagihkan diiringi dengan lagu.
Guru akan menggunakan platform Genially untuk menghasilkan permainan 'roda impian'.
Guru akan memaparkan video demonstrasi tentang adab makan dan minum untuk pemahaman murid melalui aplikasi Genially.
KANDUNGAN GENIALLY
Page 1
Tajuk : Adab makan dan minum
Page 2
Standard Kandungan, Standard Pembelajaran, Objektif Pembelajaran dan Hasil Pembelajaran
Page 3
Pengenalan kepada Adab makan dan Minum
Page 4
Demonstrasi berkenaan Adab makan dan minum
(Paparan video)
Page 6
Game based learning : Kotak Keriangan
Page 7
Roda Impian
Page 9
Kelebihan Adab Makan dan Minum serta Kesimpulan
Page 5
Lagu Adab Makan dan Minum
Page 8
Kuiz