Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kumpulan 2 - Coggle Diagram
Kumpulan 2
-
-
Teori Pembelajaran
Teori Pembelajaran Konstruktivisme: Teori yang diketengahkan oleh Piaget dan Vygotsky ini mencadangkan bahawa kanak-kanak (murid) membina sendiri pengetahuan baharu atau konsep baharu secara aktif berpandukan pengetahuan sedia ada. Dalam konteks bermain dan teknologi digital, kanak-kanak sudah tidak asing lagi dengan gajet-gajet yang ada pada zaman kini. Maka, orang sekeliling seperti guru dan ibu bapa memainkan peranan penting untuk menjadi fasilitator (pembimbing) untuk memastikan proses pembelajaraan kanak-kanak sentiasa berlaku dengan baik waima menggunakan teknologi digital yang sering dikaitkan dengan kesan negatif.
Teori Pembelajaran Pengalaman (Kolb) : Teori ini mengetengahkan kepentingan pengalaman secara langsung yang dilalui oleh kanak-kanak untuk meningkatkan keberkesanan proses belajar. Dari sudut penggunaan teknologi digital sebagai bahan pembelajaran, teori ini memberi penegasan bahawa pengalaman kanak-kanak adalah penting untuk perkembangannya. Maka, bermain adalah sesuatu yang sangat penting bagi kanak-kanak. Menurut Cowan (2020), aktiviti bermain ini termasuklah permainan yang memerlukan kecergasan fizikal seperti rough-and-tumble, role-play termasuklah permainan digital yang semakin menjadi fokus pada hari ini.
Teori Pembelajaran Kognitif:Jean Piaget (1987) menyatakan bahawa pembelajaran adalah suatu proses yang terjadi dalam fikiran manusia. Vygotsky memperkukuh teori tersebut dengan menyatakan bahawa pembelajaran dibimbing oleh interaksi sosial dengan orang di sekeliling kanak-kanak tersebut termasuklah rakan sebaya. Penggunaan teknologi digital dalam aktiviti bermain boleh membantu proses pembelajaran kanak-kanak sekiranya mereka dibantu oleh orang yang lebih mahir untuk menguruskan masa, menguruskan emosi dan mengoptimumkan hasil pembelajaran melalui bermain.
Teori Pembelajaran Kolaboratif
: Teori ini mencadangkan bahawa pembelajaran secara kolaboratif mampu meningkatkan keupayaan kanak-kanak untuk belajar secara lebih efektif melalui interaksi dengan rakan sebaya. Pelaksanaan pembelajaran kolaboratif dalam suasana yang menggalakkan penggunaan teknologi digital pada hari ini dapat menggalakkan perkembangan kanak-kanak melalui perbincangan dengan rakan sebaya dan aktiviti interaktif. Hasilnya, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dapat diperkukuhkan.
-
-
-
-
Metaverse
Dunia Virtual 1
-
-
Bahan Pembelajaran : Plot, Video & Audio
Dunia Virtual 2
-
-
Bahan Pembelajaran : Plot, Video & Audio