Encik Arshad: Ia adalah langkah yang sangat membantu. Tetapi kita juga memerlukan latihan tambahan untuk guru-guru kita, terutamanya dalam memahami keperluan kanak-kanak Orang Asli.
Dr. Sofia: Pihak UNICEF boleh memberi latihan kepada guru-guru. Kita juga boleh membawa pakar-pakar pendidikan untuk memberikan bimbingan yang lebih mendalam.
Puan Mastura: Itu berita baik. Dengan bantuan daripada UNICEF, kami yakin bahawa kami dapat mencapai perubahan positif dalam pendidikan awal di rantau ini.
Dr. Sofia: Saya gembira dapat bekerjasama dengan kamu semua dalam usaha ini. Marilah kita meneruskan usaha untuk mencapai matlamat yang kita impikan untuk pendidikan awal kanak-kanak.
(Pada hari penting penutupan kempen kesedaran)
Aina: (berdiri di hadapan orang ramai) Hari ini adalah hari bersejarah bagi kampung kita. Beberapa pihak telah bekerja keras bersama-sama untuk meningkatkan kemudahan dan kualiti pendidikan awal di kampung kita.
Rahim: (bangga) Ya, kita telah melakukan perkara yang hebat. Sekarang, masa depan anak-anak kita akan menjadi lebih cerah.
Aina: (mengangkat kepala dengan bangga) saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas sokongan dan kerjasama mereka. Bersama-sama, kita telah membuka pintu untuk berubah menjadi lebih baik.
Aina: (bertemu dengan Dr. Sofia dari UNICEF) Selamat datang,
Dr. Sofia. Kami amat berterima kasih atas bantuan daripada Pihak UNICEF.
Dr. Sofia: (selamat datang) Terima kasih, Aina. Kami sangat berbesar hati dalam menjayakan usaha kamu. Kami berharap dapat membantu dalam meningkatkan kemudahan dan kualiti pendidikan awal kanak – kanak di sini.
Next scene Sesi pendaftaran sijil kelahiran
Encik Amir: (bersama-sama dengan pasukan MEKAR, bertemu dengan ibu bapa di kampung) Salam Sejahtera semua. Saya dari MEKAR. dan beberapa sukarelawan, Kami siap membantu kamu semua dalam usaha meningkatkan pendidikan di sini.
Aina: (berseri-seri) Terima kasih, Encik Amir. Kami berharap kerjasama dengan MEKAR akan membawa perubahan positif bagi anak-anak kami.
Cik Amy: (bercakap kepada Dr. Sofia dan Encik Amir) Saya sangat gembira dalam mebantu menyajayakan usaha ini. Saya yakin, dengan kerjasama kita, kita dapat membuat perubahan yang penting dalam pendidikan anak-anak di sini.
Ibu Aina: (dengan rasa penuh harapan) Terima kasih, Encik Amir. Kami sangat berterima kasih kerana membantu kami dalam proses ini.
En. Amir: Kami sedia membantu. Pertama, saya memerlukan maklumat tentang anak tuan, puan seperti nama penuh, tarikh lahir, dan tempat lahir.
Orang Kampung memberi keterangan masing masing :
En. Amir: Terima kasih, saya akan masukkan maklumat ini ke dalam sistem untuk memulakan proses pendaftaran. Seterusnya, kami akan membantu En/Pn untuk mengisi borang pendaftaran dan menyemak dokumen yang diperlukan.
Ibu Aina: (dengan lega) Alhamdulillah, saya sangat gembira kerana anak-anak disini akan mendapat sijil kelahiran. Terima kasih banyak-banyak, En..
En. Amir: Tiada masalah, Puan. Ini adalah hak anak pakcik dan kami berada di sini untuk memastikan setiap kanak-kanak mendapat pengiktirafan yang mereka perlukan.
Ayah Aina: Kami sangat berterima kasih atas bantuan ini. Sekali lagi, terima kasih banyak-banyak, En.
En. Amir: Sama-sama En Rahim ini sebahagian tanggungjawab kami untuk memastikan bahawa setiap kanak-kanak mempunyai kemudahan kepada hak asasi mereka. Jika En Rahim memerlukan sebarang bantuan jangan teragak-agak untuk menghubungi kami.
(Aina dan orang kampung mengangguk setuju, bersemangat untuk melaksanakan langkah-langkah yang telah dirancang bersama.)
Dengan kerjasama yang kukuh antara komuniti, UNICEF, MEKAR, dan guru-guru seperti Cik Amy, Aina dan teman-temannya semakin yakin bahawa mereka dapat mengatasi cabaran dan mencapai impian mereka untuk pendidikan yang lebih baik bagi anak-anak Orang Asli.