Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
jelaskan isu isu semasa ICT dalam negara kita dan kesannya terhadap…
jelaskan isu isu semasa ICT dalam negara kita dan kesannya terhadap perpaduan nasional
Pengenalan kepada ICT
ICT adalah singkatan daripada Information and Communication Technology ( Teknologi Maklumat dan Komunikasi ) yang merupakan sistem teknologi yang diperlukan dalam pengurusan dan pemprosesan data maklumat yang berkaitan degan segala aspek dalam pengurusan data maklumat yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.
ICT memberi faedah dari segi E-Pembelajaran dan E-Sukan dengan menjadi platform yang membantu dan memudahkan dalam segala aspek secara efisien
ICT memberi banyak kebaikan sebagai contoh memudahkan kerja, mampu menghubungkan sesiapa sahaja melalui platform ICT dan mempercepatkan urusan ICT juga boleh disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertangggungjawab yang boleh menyebabkan seseorang individu menjadi mangsa dalam penyalahgunaan ICT.
Aisy
Isu - Isu semasa ICT dalam negara
Keselamatan Siber (Cybersecurity)
keselamatan siber merujuk kepada aspek-aspek perlindungan yang digunakan
untuk melindungi perisian, perkakasan (peranti mudah alih seperti telefon pintar dan sebagainya)
dan rangkaian internet daripada serangan penggodam serta pihak yang tidak bertanggungjawab.
Keselamatan siber juga dapat dijelaskan sebagai teknologi, proses dan amalan yang direka bentuk
untuk melindungi rangkaian, peranti, program dan data daripada serangan, kerosakan atau akses
tanpa kebenaran yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sama ada individu atau
organisasi. Keselamatan siber juga dikenali sebagai keselamatan teknologi maklumat. Keselamatan
siber sangat penting difokuskan kerana organisasi kerajaan, tentera, korporat, kewangan dan
perubatan dalam sesebuah negara sentiasa terlibat dalam aktiviti mengumpul, memproses dan
menyimpan jumlah data yang besar pada komputer dan peranti lain (
https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/article/view/184
)
serangan terhadap infrastuktur penting (lawan sesawang kerajaan, sistem perbankan)
kebocoran data peribadi rakyat
why this contribute to national unity?
Penyalahgunaan Teknologi
Penggunaan platform media sosial untuk menyebarkan berita palsu, kebencian, dan propaganda boleh memperburuk perpecahan antara kumpulan etnik, agama, dan budaya. Ini boleh menyebabkan ketidakpercayaan dan ketegangan dalam masyarakat, merosakkan perpaduan nasional.
Pengunaan (Artificial Intelligence) A.I meningkatkan peratusan plagiarisme dalam kalagan masyarakat sejagat (pelajar menggunakan bantuan A.I bagi menyiapkan tugasan, orang awam menggunakan A.I untuk mengahsilkan karya lukisan yang tidak original)
Pengaruh Teknologi
Teknologi memainkan peranan yang semakin besar dalam membentuk cara kita berinteraksi, bekerja, dan berkomunikasi. Penggunaan teknologi yang berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan mental seperti kecanduan digital dan kegelisahan.
good
teknologi juga mempengaruhi budaya dan nilai-nilai sosial, termasuk cara kita berinteraksi dengan satu sama lain dan persepsi terhadap dunia. Oleh itu, adalah penting untuk mempertimbangkan impak budaya dan sosial yang disebabkan oleh kemajuan teknologi untuk memastikan kesinambungan nilai-nilai yang positif dalam masyarakat.
Ali
Kesan negatif ICT terhadap perpaduan nasional
kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi juga akan mengakibatkan perselisihan faham dan pertelingkahan hingga hubungan antara kaum terjejas. Oleh kerana kebebasan internet pada masa ini, semua netizen mempunyai hak untuk menulis pendapat sendiri melalui media sosial seperti facebook. Apabila berlakunya pengkritikan oleh kerana pendapat mereka tidak disetujui atau kata-kata radikal yang dapat memudaratkan orang lain, mereka akan saling bertengkar untuk mempertahankan diri sendiri.
Terdapat juga setengah golongan netizen yangmendiskriminasi terhadap kaum lain mengambil peluang kebebasan internet ini untuk memfitnah agama atau kepercayaan kaum lain. Hal yang sering berlaku ini boleh menjejaskan perpaduan kaum terutamanya di negara Malaysia yang berbilang kaum.
Jurang Digital: Tidak semua lapisan masyarakat mungkin mempunyai akses yang sama terhadap teknologi. Jurang digital boleh menyebabkan kesenjangan sosial dan ekonomi yang lebih besar, yang boleh menjejaskan perpaduan nasional.
Privasi dan Keselamatan Data: Risiko privasi dan keselamatan data boleh menyebabkan kebimbangan dalam masyarakat, mengancam kepercayaan dan mampu merencatkan perpaduan.
Identiti Budaya Tempatan: Globalisasi digital boleh mengakibatkan dominasi pengaruh budaya luar dan mengancam identiti budaya tempatan. Ini boleh menyebabkan kehilangan keunikan budaya dan merosakkan perpaduan.
Kesan positif ICT terhadap perpaduan nasional
Memudahkan penyebaran maklumat
Pihak kerajaan dengan mudah menyebarkan maklumat berkaitan isu isu penting dan penyebaran amaran kepada rakyat berbilang kaum melalui sistem pesanan ringkas, memanfaatkan kekuatan teknologi untuk mencapai kesemua lapisan masyarakat dengan cepat dan efisien sekali gus membina hubungan yang lebih dekat antara kerajaan dan rakyat
saluran-saluran ICT seperti portal berita, media sosial, dan platform komunikasi lainnya membenarkan masyarakat dapat mengakses maklumat tentang budaya, adat istiadat, dan kepercayaan bangsa lain secara lebih terperinci, membantu dalam memupuk sikap saling menghormati yang lebih mendalam antara kaum-kaum yang berbeza.
Dengan adanya platform-platform seperti forum online, blog, dan media sosial, masyarakat dapat turut serta secara aktif dalam perbincangan dan penerimaan maklumat tentang perpaduan nasional, memperkuat keterlibatan masyarakat dalam proses perpaduan nasional dan memastikan bahawa suara semua rakyat dapat didengari.
Kemudahan komunikasi
Media sosial seperti Instagram dan Facebook telah memberikan kemudahan dalam menghubungkan komunikasi antara kaum di Malaysia, membolehkan bangsa Melayu, India, dan Cina untuk saling berinteraksi dan berhubung tanpa batas, mencipta peluang yang luas dan terbuka bagi semua kaum untuk saling memahami dan berhubungan.
kecanggihan teknologi dan kefahaman dunia siber memberi peluang masyarakat menghubungkan diri dengan dunia luar secara lancar, membenarkan pertukaran informasi dan idea secara efisien dan efektif.
mewujudkan komuniti dalam talian yang dibentuk mengikut minat dan hobi atau komuniti kawasan setempat dapat menjadi tempat di mana individu dari berbagai latar belakang berkumpul, berbincang dan berkenalan tanpa mengira agama dan budaya.
menyuntik kesedaran dalam masyarakat
ICT membolehkan pihak-pihak yang peduli tentang perpaduan nasional untuk melancarkan kempen kesedaran secara dalam talian dengan lebih efektif. Melalui penggunaan platform digital, kempe-kempen ini dapat mencapai pengaruh yang lebih luas dan menjangkau kelompok-kelompok yang berbeza dengan baik.
ICT juga menitikberatkan pendidikan dan isu-isu perpaduan nasional melalui kursus dalam talian, webinar, dan sumber daya digital lainnya sekaligus membantu meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang pentingnya perpaduan nasional dan bagaimana mereka dapat membantu dalam mewujudkannya
Maksud ICT
Syaf
Faedah-faedah ICT
Kesan daripada kebaikan dan keburukan ICT
Aqil