Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bab 3: Tamadun Melayu - Coggle Diagram
Bab 3: Tamadun Melayu
Kesan Islam dalam Tamadun Melayu
Undang-undang
Undang-undang Melayu diubah suai mengikut undang-undang Islam dan dilaksanakan apabila Raja Melaka memeluk Islam pada abad ke-15
Ekonomi
Ekonomi bercorak pertanian, perikanan, penternakan yang bergantung kepada alam berubah kepada perdagangan, wujudnya pasar, kota bersifat antarabangsa dgn kehadiran pedagang asing dan pengenalan dan penggunaan matawang menggantikan sistem barter.
Social
Memperkenalkan sistem khilafah yang adil dan bersistematik yang menyumbang kepada gelaran sultan, sistem mesyuarat bagi ahli pakar (sistem syura), sistem hisbah bagi menggantikan pengaruh elitisme dan hierarki sosial superior-inferior (golongan pemerintah dan diperintah).
Mengurangkan masalah halangan sosial antara golongan atasan dan bawahan yang mengurangkan mobiliti sosial dalam masyarakat.
Bahasa dan sastera
Kedatangan Islam merubah bahasa Melayu kepada bahasa Lingua franca di Alam Melayu bagi menggantikan Bahasa Jawa Kuno dan bahasa Melayu Kuno (bahasa tempatan) dan bahasa Sanskrit (bahasa ilmu).
Bahasa Sanskrit digantikan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar kawasan Alam Melayu (200 bahasa daerah) dan menyatukan masyarakat Melayu
Memperkenalkan sistem tulisan Arab-Jawi yang mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa sastera. Sastera warisan Hindu ditulis dengan tulisan Arab-Jawi
Hasil sastera terbahagi kepada 2 bentuk iaitu prosa dan puisi
Politik/ Kerajaan
Membuka banyak pusat perdagangan dan kerajaan Islam (contoh: Kerajaan Islam di Kelantan, Terengganu, Kedah, Beruas, Melaka, Johor)
Sistem politik Islam (Sahifah Madinah/ Piagam Madinah) dalam peruntukan kuasa-kuasa perundangan, pentadbiran dan kehakiman
Pendidikan dan ilmu syariah
Pengaruh dalam bidang ilmu dan pendidikan meliputi aspek ilmu yang di ajar, institusi pendidikan dan strukturnya, guru dan pelajar.
Penekanan terhadap ilmu syariah atau naqliyyah meliputi bidang usuludin, fiqah dan tasawuf.
Aktiviti ilmu dan pendidikan di istana ( perpustakaan & pusat penterjemahan) , rumah maulana dan ulama, masjid, surau dan madrasah. Guru dari Arab, Parsi, Turki, India dsbnya manakala murid di kalangan raja, kaum bangsawan dan rakyat jelata.
Melahirkan ulama Melayu seperti Nuruddin al-Raniri, Abdul Rauf Fansuri, Abdul Samad al Falimbani (ilmu syariah) dll.
Akidah
Pengertian: keimanan (kepercayaan) manusia kepada Allah yang esa iaitu pengakuan dgn hati, ikrar dgn lisan dan pembuktian dgn amal soleh
Dr segi keilmuan, akidah tauhid – asas dan dasar pembinaan bentuk ilmu termasuk ilmu sains dan dr segi kehidupan, akidah sebagai teras sistem kehidupan bermasyarakat (politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, sains dan teknologi)
Selewat-lewatnya awal abad ke-15, kedatangan Islam ke masyarakat Melayu mengubah bentuk kepercayaan, corak hidup dan pandangan semesta mereka daripada kepercayaan kepada dewa dan animisme kpd kepercayaan kepada Allah dan Rasul
Pencapaian Tamadun Melayu
Social dan Budaya
Ekonomi
Pendidikan
Bahasa dan sastera
Kerajaan dan Pemerintah
KEsenian dan kemahiran
Peranan Tamadun dalam Pembinaan Tamadun Melayu
Agama Islam & Adat Istiadat Melayu
Islam dan adat melayu mempunyai struktur terpenting kemelayuan di mana saling melengkapi dan berintegrasi ke dalam wadah kemelayuan dalam tamadun Malaysia.
Islam menjadi teras identiti Melayu (Perlembagaan Malaysia perkara 160) menafsirkan orang Melayu –Orang berbahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam.
Nilai peradaban tamadun melayu
Keimanan / ketakwaan kpd Allah
Ketaatan kepada Sultan dan menghormati pemimpin
Kepatuhan kepada undang-undang dan adat
Mendahului yang tua
Saling menghormati orang lain
Meraikan tetamu
Bertimbang rasa
Bersopan santun dan berbudi pekerti
Bermesyuarat dan bermuafakat
Bergotong-royong
Bekerja bersungguh-sungguh
Sistem Perundangan Tradisional
Sejarah dan asas sistem pemerintahan Malaysia – negara bangsa berbentuk persekutuan terdiri daripada komponen 14 buah negeri
Malaysia (negara bangsa) wujud dari kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu awal yang juga kesinambungan daripada beberapa buah kerajaan atau pusat tamadun Melayu di Alam Melayu seperti Srivijaya, Temasik, Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Johor Riau-Lingga dsbnya.