Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bab 2: Tamadun Islam - Coggle Diagram
Bab 2: Tamadun Islam
Faktor Kecemelangan
Kegiatan ilmu yang meluas
- Peranan masjid sebagai nadi kegiatan umat Islam bukan sahaja sebagai tempat beribadah khusus (solat) tetapi termasuk tempat kegiatan ekonomi dan pusat pembelajaran mengembangkan syiar dan ilmu islam
Keadilan yang menyeluruh
- Pemerintahan Islam bersifat adil kepada semua rakyat termasuk rakyat yang bukan Islam dan Islam melarang memaksa seseorang untuk menganut islam
Politik yang stabil
- Perkembangan Islam mendominasi kebanyakan tempat di dunia (abad ke-8 hingga ke-13M) menjadikannya dalam keadaan aman dan makmur
Ketenteraan yang kuat
- Kekuatan ketenteraan menggerunkan musuh-musuh yang menceroboh atau mengucar-ngacirkan negara dan umat Islam
Sumber Ekonomi luas dan banyak
- Zakat (sumber kewangan Islam) sebagai pembersih dan penyubur harta mendorong umat islam mencari harta untuk di zakatkan
Kedudukan yang strategik
- Sebahagian besar dunia Islam menguasai kedudukan geografi yang amat strategik seperti jalan-jalan perdagangan timur dan barat yang membolehkan pedagang Islam berdagang sampai ke China dan menguasai kawasan yang kaya dengan sumber alam yang amat diperlukan oleh manusia
Pemerintah yang bertakwa dan bijaksana
- Pemerintah (khalifah) mestilah mempunyai sifat takwa kepada Allah, bijaksana dalam melihat masaalah umat dan negara Islam, bersifat adil dan cintakan ilmu pengetahuan
Prasarana yang Sempurna
- Pemerintah-pemerintah Islam menekankan penyediaan infrastruktur yang terbaik untuk rakyat
Keyakinan terhadap Ajaran Islam
- Menurut al-Quran, ilmu dinilai berdasarkan sejauh mana ia berupaya membawa manusia mengenali Allah, mencari kebenaran, membongkar hakikat peraturan Ilahi dan mematuhi segala suruhanNya
Keterbukaan kepada tamadun lain
- Tamadun islam tidak bersifat eksklusif dan mengiktiraf sumbangan tamadun lain yang bermanfaat untuk kemanusiaan sejagat
Faktor Kemerosotan
Kekurangan Sumber Ekonomi
- sumber ekonomi yang terhad merencatkan perancangan pembangunan dan menyebabkan kecelaruan sosial seperti kegiatan mencuri dan tidak bermoral kerana desakan hidup
Kegiatan Ilmu Tidak Berkembang
- Kemerosotan tamadun Islam – kurang tumpuan kegiatan keilmuan dalam bentuk penyelidikan dan pembangunan
Keruntuhan Akhlak
- hilang nilai takwa dan amanah, penyelewengan dan keruntuhan akhlak dianggap biasa tetapi menolak kemungkaran dan mengajak kebaikan dianggap antisosial dan anti kemajuan
Ancaman Musuh Luar
- 1256M, tentera Monggol menyerang & menghancurkan kota Baghdad – sebahagian besar pengumpulan khazanah ilmu pengetahuan Islam dr zaman Rasululullah musnah kerana dibakar dan dihumban ke Sungai Furat
Pemerintah Lemah
- Pemimpin lemah menyebabkan negara kucar kacir, politik tidak stabil, ekonomi lumpuh dan negara berpecah menjadi wilayah kecil
Bencana Alam
- Bencana alam (penyakit, kemarau, banjir, ribut taufan, tsunami dan gempa bumi) faktor meruntuh dan meranapkan tamadun
-
Sumbangan Tamadun Islam
Seni Bina
- Selain monumen, pelbagau peralatan separti pinggan mangkuk, cincin, jubah, kotak barang dihias cantik dan indah
Intelektual
- Penterjemahan giat dijalankan daripada bahasa Arab kepada bahasa Latin. Pelbagai bidang ilmu disumbangkan termasuk falsafah, astronomi, perubatan, matematik dll
Ekonomi
- Mengasaskan bentuk ekonomi baharu yang dikenali sebagai ekonomi mediteranean-sistem perladagan, perindustrian dan perdagangan
Spritual
- Islam tidak memaksa penduduk Andalus dan Eropah supaya memluk Islam. Islam memberi kebebasan dalam memilih agama.
Sumber Tamadun Islam
Al Sunnah
- Perkara-perkara meliputi perkataan, perbuatan dan sifat keperibadian Nabi Muhammad SAW termasuk pengakuan dan pengiktirafan Nabi Muhammad terhadap sesuatu perkara yang dilakukan oleh para sahabat baginda
- Sebagai pentafsir al-quran serta menjelaskan perkara-perkara yang tidak disentuh secara langsung oleh al-quran
- Perjalanan hidup Rasulullah menjadi model terbaik kepada tamadun Islam
Al Ijtihad
- Mengerahkan usaha sehingga sampai kepada satu hukum syara’ oleh para cendekiawan sebagai cara atau sumber menyelesaikan perkara-perkara yang tidak di sentuh oleh al-Quran dan al-Sunnah. Masalah baru yang belum ada penyelesaian
Al Quran
- Kalam (perkataan) Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat jibrail dgn menggunakan bahasa Arab
- Diturunkan secara beransur-ansur, bersifat mukjizat, dipindahkan seorang kepada orang lain secara mutawatir (berturutan) dan membacanya merupakan suatu ibadat
- Mengandungi syariat Islam merangkumi konsep ketuhanan, perundangan, ilmu pengetahuan, persoalan-persoalan ghaib dan lain-lain
- Sumber utama mencetuskan kelahiran tamadun Islam
Islam Hadhari
Definisi
- Pendekatan Komprehensif bagi membangunkan umat Islam dalam segala aspek kehidupan dan dari segi jasmani dan rohani bagi melahirkan individu Muslim yang berketerampilan, berdaya saing, bijaksana, cekap mengahdapi cabaran semasa, futuristik, objektif dan praktikal
10 Prinsip Utama
- Kerajaan adil dan amanah
- Rakyat yang berjiwa merdeka
- Penguasaan ilmu pengetahuan
- Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
- Kehidupan berkualiti
- Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
- Keutuhan budaya dan moral
- Pemeliharaan alam semula jadi
- Kekuatan pertahanan