Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KATA ADJEKTIF - Coggle Diagram
KATA ADJEKTIF
WARNA
ungu
Warna pakaian seragam kami ungu.
kelabu
Ayah suka bersongkok kelabu.
merah
Baju merah itu kepunyaanku.
PANCAINDERA
Deria sentuh
lembap
Jangan pakai pakaian yang lembap.
lembut
Ibu menguli adunan itu sehingga lembut.
halus
Kain halus itu hasil tenunan tangan.
Deria dengar
garau
Irsyad mempunyai suara yang garau.
serak
Adik menjerit sehingga serak suara.
bising
Bunyi bising itu dari biliknya.
Deria pandang
segak
Abang-abang saya segak belaka.
hodoh
Rupanya hodoh tetapi akhlaknya mulia.
cantik
Pemandangan di pinggir laut itu sungguh cantik.
Deria rasa
masam
Buah mempelam mud aitu masam sungguh.
payau
Air perigi di rumah saya payau sungguh.
lazat
Ibu akan menyediakan makanan yang lazat.
Deria bau
hanyir
Bau ikan yang sedang disiang itu hanyir.
hancing
Tandas yang tidak dibersihkan hancing baunya.
harum
iBedak itu harum baunya.
KEADAAN / SIFATAN
curiga
Orang itu agak curiga terhadap kejujuran kita.
cerdik
Anak guru itu amat cerdik.
baik
Budak baik selalu dipuji.
BENTUK
bulat
Kemerdekaan itu tercapai hasil daripada satu perundingan meja bulat.
kempis
Tayar kempis itu segera ditukarnya.
lekuk
Pemuda itu mudah dicam kerana berdagu lekuk.
WAKTU
baharu
Ali ke kedai untuk membeli baju baharu.
silam
Tiada kenderaan berenjin pada masa silam.
suntuk
Kami tidak akan pergi kerana waktu amat suntuk.
CARA
perlahan
Gerak-gerinya amat perlahan.
selalu
Orang itu selalu benar datang ke sini.
cepat
Tindak balas orang tua itu sungguh cepat.
JARAK
rapat
Kawan rapat saya belajar di luar negara.
hampir
Rumahnya paling hampir dengan sekolah.
jauh
Rumah yang dituju itu jauh.
PERASAAN
marah
Ibu masih marah akan kakaknya.
benci
Saya sungguh benci dengan kelakuan buruknya.
rindu
Dia amat rindu akan emaknya.
UKURAN
rendah
Anaknya masih belajar di sekolah rendah.
tebal
Orang Eksimo sentiasa berbaju tebal kerana iklim negeri itu sejuk.
panjang
Jambatan yang panjang itu baru dibina.