Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TOPIK 2 Proses Pembelajaran - Coggle Diagram
TOPIK 2
Proses Pembelajaran
Kesediaan belajar
Jenis
Kesediaan Psikomotor
Penguasaan kemahiran yang memerlukan tindakan fizikal
cth: melukis, membaling bola
Kesediaan Psikomotor
Kesediaan Afektif
Merangkumi sikap, rasa ingin tahu, rajin, minat.
Kesediaan kognitif
Perkembangan mental pelajar bagi membolehkan mereka memahami, berfikir dan menaakul persekitaran pembelajaran yang baru.
Meningkat apabila umur bertambah
Implikasi
Membangkitkan naluri ingin tahu pelajar dengan menggunakan teknik menyoal dan kaedah inkuiri-penemuan.
Menggunakan strategi pengajaran kumpulan dan pengajaran individu untuk melayani perbezaan individu.
Menggunakan pelbagai rangsangan untuk mengekalkan minat pelajar terhadap pembelajaran
Merancang aktiviti pembelajaran yang boleh menghasilkan perasaan kepuasaan pelajar, demi memupuk dan meningkat tahap kesediaan belajar untuk aktiviti pembelajaran yang berikutnya.
Definisi
keadaan status diri individu yang sudi menerima maklumat atau ilmu pengetahuan dari persekitaran dengan berfikiran terbuka.
Persepsi dan Penanggapan
Persepsi
Definisi
Satu proses di mana otak menerima maklumat dari deria-deria, menyusun semula maklumat dan memberi makna kepadanya
Jenis
Persepsi masa
Persepsi masa yg subjektif & berbeza kerana individu, perkara, masa atau tempat yg berlainan.
Persepsi gerakan
Selama imej dibentuk serupa bergerak, maka persepsi gerakan akan dihasilkan.
Kadang- kadang persepsi gerakan menjadi persepsi ilusi cth persepsi bangunan bergerak semasa menumpang bas, kereta sebelah lori.
Persepsi gerakan yg dihasilkan drp rangsangan bergerak dibiaskan pd retina melalui mata.
Persepsi ruang
Persepsi ruang yg mengandungi ruang dua dimensi (spt gambar) & tiga dimensi (spt bahan konkrit).
Contoh: persepsi linear semakin dekat semakin lebar, semakin jauh semakin sempit & tinggi.
Penanggapan
Konsep
Konsep disjuntif
Gabungan atribut dalam konsep itu boleh digunakan dalam satu situasi atau situasi yang lain.
Konsep gabungan
Atribut-atribut dalam konsep mempunyai hubungan khas antara satu sama lain.
Konsep konjuntif
Menerangkan gabungan dua atau beberapa atribut yang tidak dapat dipisahkan atau dikurangkan.
Faktor
Imaginasi
Imaginasi adalah kebolehan mental seseorang untuk membayangkan sesuatu walaupun objek atau orang itu tiada di hadapannya.
Daya imaginasi yang tinggi mempercepatkan pembentukan penanggapan seseorang individu.
Kecerdasan
Merujuk kepada kebolehan mental seseorang untuk melihat perkaitan serta menggunakan perkaitan-perkaitan ini dalam proses penyelesaian masalah.
Kecerdasan yang tinggi seseorang individu maka mempercepatkannya untuk membuat generalisasi serta membentuk penanggapan.
Pengalaman
Pengalaman Pengalaman seseorang akan membantunya membentuk konsep.
Tanpa pengalaman lalu yang boleh dikaitkan, pelajar-pelajar tidak dapat membentuk penanggapan yang betul.
Penguasaan bahasa
Pembentukan konsep memerlukan perbendaharaan kata dan pengungkapan ayat yang baik.
Bahasa yang mengelirukan boleh menyebabkan pelajar-pelajar membentuk penanggapan yang salah.
Definisi
Satu proses pembentukan konsep di mana pembelajaran bergantung kepada pengamatan pelajar terhadap sesuatu rangsangan dan membuat tanggapan yang tepat terhadap sesuatu konsep yang hendak disampaikan.
Cara Peningkatan
Menggunakan bahan-bahan konkrit untuk mengaitkannya dengan perwakilan simbol.
Memulakan pelajaran dengan atribut-atribut utama yang mudah dan jelas dikenal pasti.
Membimbing pelajar-pelajar berdasarkan pendekatan daripada konsep sedia adal kepada konsep baru dan daripada konsep mudah kepada konsep kompleks.
Membimbing pelajar-pelajar berdasarkan kaedah induktif dan deduktif.
Ingatan dan lupaan
Jenis Ingatan
Jangka Panjang
Merujuk kepada apa yang biasanya difahami oleh orang tentang ingatan.
Memerlukan teknik-teknik atau kaedah untuk memperbaiki ingatan.
Jangka Pendek
Merujuk kepada kapasiti seseorang untuk menyimpan item atau data dalam masa pendek.
Kadar lupaan cepat; maklumat boleh hilang dalam kurang dari 30 saat.
Cara mengatasi: Latihan dengan mengulangi maklumat beberapa kali.
Mengekalkan maklumat dalam ingatan jangka pendek.
Membantu pemindahan maklumat ke ingatan jangka panjang.
Faktor mempengaruhi Ingatan
Faktor Kaedah Pembelajaran:
Masa belajar: bahagian/sekali gus.
Pembelajaran berlebihan.
Faktor Bahan Pembelajaran
Panjang bahan pembelajaran.
Kesukaran bahan pembelajaran.
Kedudukan bahan pembelajaran.
Bahan pembelajaran yang bermakna.
Faktor Peribadi
Umur individu.
Jantina seseorang.
Motivasi dalam pembelajaran.
Emosi yang berkaitan dengan ingatan.
Cara-Cara Tidak Langsung Mempengaruhi Daya Ingatan:
Alat Bantuan Memori: Penggunaan alat seperti jam loceng, penggera kereta.
Bantuan dalam mengingat tempat atau tindakan tertentu (misalnya, di mana kereta diparkir).
Tekanan Sosial
Mengenalpasti tekanan sosial yang mempengaruhi prestasi ingatan
Contoh: Daya ingatan orang muda lebih efektif dibandingkan dengan orang tua.
Wanita lebih mahir mengingat nama dibandingkan dengan lelaki yang lebih baik dalam menghafal nombor.
Lupaan
Bermaksud kelenyapan atau kehilangan dalam persepsi seseorang terhadap maklumat-maklumat yang telah dipelajari.
JENIS-JENIS LUPAAN:
Lupaan Keusangan
Lupaan gangguan
Lupaan desakan
FAKTOR MEMPENGARUHI LUPAAN
Tempoh masa
Motif Lupaan: gangguan retroakti, gangguan proaktif
Gangguan retroaktif & proaktif
CARA MENINGKATKAN DAYA INGATAN ATAU MENGURANGKAN LUPAAN
Mengajar dengan menggunakan bahan pembelajaran yang bermakna.
Mengajar dengan menggunakan panjang bahan pembelajaran yang berpatutan danmemberi masa yang cukup uuntuk mengekalkannya dalam ingatan.
Mengajar secara menarik untuk menarik perhatian pelajar.
Rancangkan bahan pembelajaran dengan kesukaran yang berpatutan.
Membentuk iklim pembelajaran yang kondusif.
Gunakan kaedah nemonik supaya fakta lebih mudah diingati.
Menarik perhatian pelajar dengan menonjolkan isi/ fakta penting.
Memberi ulangkaji secukupnya untuk mengukuhkan ingatan.
Elakkan gangguan proaktif ataupun gangguan retroaktif.
Mengajar dengan carta atau gambarajah untuk mengilustrasikan bahagian dan faktayang penting.
Pemindahan pembelajaran
Fasa Gagne: Terdapat dalam fasa generalisasi dan fasa penanggapan menurut teori Gagne.
Gangguan Proaktif: Pembelajaran sebelumnya boleh mengganggu pembelajaran yang seterusnya.
Definisi: Kebolehan menggunakan pengalaman, pengetahuan, atau kemahiran yang sedia ada untuk diaplikasikan kepada proses pembelajaran atau situasi baru.
Fenomena: Dikenali sebagai pemindahan pembelajaran atau pemindahan latihan
Pemindahan Positif: Hasil pembelajaran lama membantu pembelajaran baru.
Pemindahan Negatif: Kesalahan pembelajaran lama menghalang pembelajaran baru.
Prinsip- prinsip dalam Mind, Brain and Education Science (MBE) (Tokuhama-Espinosa et.al., 2020)
2. Semua otak tidak sama kerana konteks dan keupayaan mempengaruhi pembelajaran
Menerima dan mentafsir sesuatu pembelajaran
3. Otak menghubungkan maklumat baru dengan maklumat lama
Lebih kurang kepada konsep asimilasi
Pertambahan maklumat dan pengalaman
Ilmu yang sedia ada membawa kepada bentuk
Cara pemikiran abstrak, kreatif dan pemikiran reflekif
1. Setiap otak adalah unik dan teratur secara unik
Pelbagai persamaan & perbezan dlm pelbagai aspek
Kemampuan otak berfikir adalah berbeza dan unik
4. Perhatian memori menghasilkan pembelajaran
Perhatian dan fokus dalam pembelajaran
Proses mendapatkan informasi secara maksima dan mentafsirkannya
Dilaluinya menerusi proses perhatian semasa pembelajaran.