Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
RANCANGAN PEMASARAN - Coggle Diagram
RANCANGAN PEMASARAN
ANALISIS SWOT
Kelemahan
Batasan dan bidang untuk penambahbaikan dalam syarikat. Hal ini termasuklah pembiayaan yang tidak mencukupi, teknologi ketinggalan zaman, kekurangan kepelbagaian dan pasaran yang terhad.
Peluang
Faktor luaran yang menunjukkan potensi pertumbuhan dan kejayaan bagi sebuah syarikat. Hal ini termasuklah trend pasaran baru, berkembang ke lokasi baru, atau bekerjasama dengan perniagaan pelengkap.
Kekuatan
Merujuk kepada sifat dan keupayaan unik yang membezakan syarikat dengan pesaing. Ia termasuklah reputasi jenama, asas pelanggan tetap, proses dan sistem yang cekap, tenaga kerja yang berkemahiran tinggi
Ancaman
Faktor luaean yang boleh memberi kesan negatif kepada kejayaan syarikat seperti peningkatan persaingan, perubahan pilihan pengguna, atau kemerosotan ekonomi.
STRATEGI PEMASARAN 4P
Place (Agihan)
Cara produk atau perkhidmatan sampai kepada pelanggan. Ia melibatkan pilihan lokasi fizikal, penjualam dalam talian dan sebagainya.
Product (Produk)
Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Produk haruslah berkualiti dan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.
Price (Harga)
Jumlah wang yang ditawarkan kepada pelanggan dalam pertukaran untuk produk atau perkhidmatan. Penetapan harga adalah penting kerana ia mempengaruhi pelanggan untuk membeli atau tidak.
Promotion (Promosi)
Usaha untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan. Ia boleh melibatkan pengiklanan, promosi jualan, pemasaran media sosial, dan pelbagai teknik pemasaran yang lain.
PERTUMBUHAN PASARAN
Perubahan dan perkembangan teknologi, peraturan dan undang-undang dalam industri, perubahan setempat dan suasana sosiobudaya akan mempengaruhi pertumbuhan sesuatu pasaran.
Usahawan perlu peka terhadap perubahan tersebut sekiranya penubuhan itu memberi kesan langsung terhadap perniagaan mereka.