Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
REALITI KEPELBAGAIAN KAUM KE ARAH PERPADUAN NASIONAL PASCA MERDEKA -…
REALITI KEPELBAGAIAN KAUM KE ARAH PERPADUAN NASIONAL PASCA MERDEKA
Pengenalan
Menurut kamus dewan edisi ke-4, perpaduan berasal daripada kata akar padu yang bermaksud bergantung, bersatu, bercampur, untuk menjadi satu, kukuh dan utuh.
Perpaduan adalah asas kepada pembinaan negara bangsa dan harus dipupuk amalannya dalam masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.
Ia selaras dengan gagasan yang dicetuskan oleh Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak untuk memupuk perpaduan.
Kontrak sosial
Sebelum merdeka, asas perpaduan di negara melalui persetujuan bersama Kontrak Sosial dalam kalangan pemimpin Melayu dan bukan Melayu.
Berlaku permuafakatan parti politik berasaskan kaum seperti UMNO, MIC dan MCA.
Kontrak ini tidak harus dianggap sebagai persetujuan pemimpin atau kelas elit kaum-kaum berkenaan sahaja tetapi simbolik kepada persetujuan pemimpin yang mewakili kaum masing-masing.
Realiti cabaran pembinaan negara-bangsa dan merintis perpaduan nasional
Pembentukan negara Malaysia sekadar pembentukan geografi namun tidak membawa aspirasi perpaduan bangsa wilayah tersebut.
Perpaduan yang bersifat sementara dan mungkin palsu disebabkan perubahan mengikut peredaran dan perkembangan semasa.
Usaha untuk memelihara dan mengekalkan tradisi budaya setiap kaum sejak era kemerdekaan perlu dipupuk demi perpaduan kepelbagaian masyarakat.
Dasar alternatif dan tuntutan hak sama rata
Kerencaman masyarakat perlu sentiasa diambil kira dalam setiap keputusan perbuatan dasar demi mencapai perpaduan nasional ideal.
Sejak pembentukan Malaysia 1963, konsep Malaysia Malaysia yang telah diperkenalkan merupakan satu cubaan untuk menentang arus pelaksanaan perkara 153 perlembagaan persekutuan.
Kerajaan masih mengekalkan pelaksanaan dasar afirmatif walaupun terdapat isu yang membelanggu masyarakat.
Sistem persekolahan vernakular
Sistem sekolah memainkan peranan penting dalam menyemai perpaduan dalam diri sejak kecil.
Nilai-nilai integrasi dan perpaduan perlu dipupuk dari peringkat sekolah lagi (Yusfarina & Abdul Rasyid, 2011).
Menggalakkan anak-anak berbilang kaum ke Sekolah Kebangsaan agar dapat mewujudkan proses sosialisasi dan persekitaran pembelajaran yang harmoni dalam kalangan murid berbilang kaum.
Walaubagaimanapun, sekolah vernakular ini masih dikekalkan mengikut aliran kaum dan sistemnya sendiri.
Kewujudan sekolah ini disebabkan desakan kaum bukan Melayu yang tidak mahu bahasa dan kebudayaan mereka terhapus sehingga mencetuskan perbalahan politik.