Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Prestasi Akademik Mengikut Gender - Coggle Diagram
Prestasi Akademik Mengikut Gender
PENGENALAN
Dalam kajian tahun 1980-an hingga 1990-an, pelajar lelaki mempunyai kecekapan kendiri yang lebih tinggi berbanding pelajar perempuan dalam bidang berkenaan. (Busch,1995)
Terdapat juga kajian yang menunjukkan prestasi pelajar perempuan lebih tinggi. (Bridgement & Wendler, 1995)
Prestasi pelajar perempuan yang lebih baik berbanding pelajar lelaki adalah satu fenomena yang menyeluruh dan berlaku di banyak negara di dunia seperti Scotland, England, Perancis, Jerman, Jepun, Australia dan New Zealand.
Di Malaysia, kecermelangan prestasi pelajar perempuan dimanifestasikan dengan jumlah enrolmen pelajar perempuan di IPTA.
Data Sekunder
Pelajar perempuan memperoleh keputusan yang lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam hampir kesemua mata pelajaran dalam peperiksaan UPSR dan PMR.
Keputusan peperiksaan bagi kedua-dua peperiksan bagi tahun 1996-2000 menunjukkan bahawa pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki dalam semua mata pelajaran.
Di samping itu, peperiksaan SPM juga secara keseluruhannya menunjukkan pola yang serupa dengan pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki.
Prestasi pelajar lelaki lebih baik daripada prestasi pelajar perempuan bagi mata pelajaran yang berasaskan teknikal seperti Lukisan Kejuruteraan dan Teknikal Kejuruteraan.
Data Primer
(dapatan soal selidik)
Faktor Pelajar
Gaya Pembelajaran Pelajar
Concrete Sequential
Mereka lebih mengambil berat tentang tugas, melakukan kerja dengan teratur dan mengikut jadual serta mengikut arahan dengan teliti berbanding pelajar lelaki.
Pelajar perempuan lebih mengamalkan gaya pembelajaran concrete sequential dalam proses pembelajaran berbanding pelajar lelaki.
Abstract Sequential
Pelajar perempuan lebih mengamalkan gaya pembelajaran abstract sequential berbanding dengan pelajar lelaki.
Pelajar perempuan lebih memberikan perhatian kepada teori, hipotesis, penganalisisan, hal-hal akademik, berdisiplin dan mementingkan ilmu pengetahuan berbanding pelajar lelaki.
aspirasi terhadap pendidikan dan kerjaya.
pelajar perempuan mempunyai cita-cita dan visi yang lebih tinggi berbanding pelajar lelaki.
pelajar perempuan lebih jelas tentang hala tuju pendidikan, bercita-cita dan mempunyai azam yang lebih untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi.
Pelajar lelaki lebih terpengaruh untuk menyertai sektor pekerjaan yang menawarkan peluang untuk mendapatkan wang
kemahiran dan strategi belajar
persediaan belajar
pelajar perempuan lebih bersedia dan berfokus dalam menghadapi pelajaran
pembelajaran dalam bilik darjah
pelajar perempuan lebih bersedia berbanding dengan pelajar lelaki
mereka lebih bersedia dari segi persediaan untuk menghadiri kelas, mengambil nota pelajaran, menumpukan perhatian dan cuba memahami apa yang dipelajari dalam kelas.
kemahiran membaca
pelajar perempuan lebih berkemahiran dalam aspek membaca.
lebih mahir dalam memahami apa yang dibaca denagn membuat garisan dan penonjolan terhadap isi pelajaran yang ditemui dalam pembacaan dan membuat nota daripada buku teks
persediaan menghadapi peperiksaan
pelajar perempuan lebih bersedia menghadapi berbanding dengan pelajar lelaki.
membuat nota lengkap, melakukan ulangkaji, berusaha mengatasi kebimbangan dan berusaha untuk berjaya dalam peperiksaan.
Faktor Persekitaran
kepuasan terhadap persekitaran sekolah
Pelajar perempuan menunjukkan kecenderungan untuk mengambil tindakan yang lebih positif berbanding pelajar lelaki.
persepsi pelajar terhadap kawalan keluarga
pelajar perempuan mempunyai persepsi bahawa keluarga mempunyai kawalan yang tinggi ke atas mereka dalam aspek pendidikan berbanding dengan lelaki.
pelajar perempuan lebih mendapat galakkan keluarga, sokongan moral dan material dan lebih diharapkan oleh keluarga untuk cemerlang dalam pendidikan berbanding pelajar lelaki.
Faktor Guru
Persepsi pelajar terhadap pengajaran guru lelaki dan perempuan
pelajar perempuan lebih berpuas hati terhadap aspek-aspek pengajaran guru perempuan berbanding pelajar lelaki.
pelajar lelaki dan perempuan tiada masalah dengan guru lelaki tetapi pelajar lelaki bermasalah dengan guru perempuan
persepsi guru terhadap pelajar lelaki dan perempuan
dari aspek motivasi, minat, kepatuhan kepada arahan, ketepatan masa, kesediaan untuk belajar, tanggungjawab, kebolehterimaan pelajaran, kekemasan kerja, kesungguhan, inisiatif, kreativiti dan inovatif.
guru lelaki mempunyai persepsi poditif terhadap pelajar lelaki dan juga pelajar perempuan berbanding guru perempuan.
guru lelaki tidak mempunyai persepsi yang berbeza terhadap pelajar lelaki dan perempuan.
persepsi guru terhadap profesion perguruan dan intrepretasi serta pelaksanaan kurikulum
min persepsi guru perempuan adalah lebih tinggi berbanding min persepsi guru lelaki.
guru perempuan mempunyai persepsi positif terhadap profesion perguruan berbanding guru lelaki