Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pentaksiran dalam Pendidikan : - Coggle Diagram
Pentaksiran dalam Pendidikan :
KEBOLEHPERCAYAAN
Definisi
Bermaksud darjah ketekalan anatara dua pengukuran terhadap sesuatu perkara atau ciri.
Contohnya dalam hal mengukur tinggi seseorang, logiknya akan memperoleh bacaan tinggi yang sama walaupun menggunakan alat pengukur tinggi yang berbeza, diukur pada masa yang tidak sama atau diukur di lokasi yang tidak sama.
Kaedah menentukan kebolehpercayaan
Kaedah uji ulan uji (Test-retest)
- dilakukan dengan mentadbir dua kali ujian yang sama kepada kumpulan yang sama dalam dua masa yang tidak sama.
Kaedah bentuk selari
- Mengukur menggunakan dua set ujian yang serupa tetapi berbeza item.
Kaedah bahagi dua
- satu ujian diberikan kepada calon tetapi skor dijumlahkan dalam dua kumpulan supaya jumlah itu dapat dikorelasikan untuk menganggar keboleh percayaan.
Kaedah antara pemeriksa (Inter-rater)
- item ujian berbentuk esei, struktur, tugasan portfolio, soalan terbuka perlu diperiksa oleh pemeriksa untuk memberikan skor atau markah kepada jawapan calon.
RUJUKAN
Mahaya Salleh., Suzana Abd Mutalib., Hashiroh Hussein & Zakirah Imana ( 2024) .
Pentaksiran Dalam Pendidikan
. Local Publications
KEOBJEKTIFAN
Definisi
Menentukan keobjektifan merupakan langkah pertama dalam proses penyedaiaan sesuatu pentaksiran dan objektif ini menentukan sama ada sesuatu pentaksiran itu mempunyai kesahan atau tidak. ( Alias, 2005).
Jika objektif sesuat peperiksaan itu tidak jelas, ia akan menjejaskan kesahan yang mana pentaksiran tersebut akan mengukur perkara yang berbeza dengan apa yang diharapkan
KESAHAN
Tiga jenis kesahan
KESAHAN KANDUNGAN
- merujuk kepada kesahan kandungan yang diuji dalam ujian tersebut.
-Dengan maksud yang mudah, sesuatu ujian itu sah apabila isi kandungan ujiannyamenguji perkara yang sebenarnya diajar kepada murid.
KESAHAN KONSTRUK
- konstruk ialah antribut atau trait atau ciri-ciri tingkah laku tertentu yang terdapat dalam diri seseorang individu yang tidak dapat diperhatikan tetapi boleh diukur.
-Contohnya, dalam bilik darjah seorang guru ingin mengukur sam ada murid-murid mempunyai suatu antribut tertentu seperti kreativiti, berfikiran kritis, nilai kasih sayang dan sebagainya, maka item ujian perlu melalui proses kesahan konstruk untuk memastikan ujian itu sah dan mengukur ciri psikologi yang dihasratkan.
KESAHAN KRITERIA
- berkatian dengan meramal tingkah laku murid pada masa hadapan. Terbahagi kepada dua :
KRITERIA RAMALAN
- berkaitan dengan ketepatan sesuatu ujian meramal kebolehan sebenar calon menjalankan tugas pada masa hadapan.
KRITERIA SERENTAK
= Merujuk kepada pencapaian seseorang dalam sesuatu ujian sepadan dengan pencapaiannya dalam satu ujian lain yang diakui sah.
Definisi
Kesahan merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukur itu benar-benar mengukur konstruk yang hendak diukur.
KEMUDAHTADBIRAN
Definisi
Merupakan salah satu terma yang dijelaskan di bawah konsep kebolehgunaan sesuatu pentaksiran.
Dalam bahasa mudah, konsep kemudahtadbiran menjelaskan sama ada sesuatu pentaksiran itu dapat ditadbir dengan mudah dan berkesan.
KEMUDAHTAFSIRAN
Definisi
Berkait dengan kebermaknaan sesuatu skor yang dihasilkan oleh instrumen pentaksiran iaitu sejauh mana skor yang dihasilkan oleh instrumen pentaksiran tersebut dapat ditafsir