1)Nama sebenar beliau Solahuddin Yusuf bin Ayyub atau di barat disebut Saladin
2.Lahir pada 1137 masihi di Tikrit,kira” 140 KM dari baghdad.
3.Berasal dari suku bangsa Kurdish.Dihalau dari tikrit oleh pemerintah Baghdad kerana dituduh sebagai pengkhianat
4.Beliau mendapat pendidikan Ilmu ketenteraan dan pertahanan diri daripada bapa saudaranya Asaddin shirkuh(Seorang panglima perang)
5.Asaddin merupakan panglima kepada sultan nuruddin al-Zinki dalam menentang kerajaan Fatimiyah di mesir sekitar tahun 1160 masihi
6.Salehuddin mewarisi tugas bapa saudaranya sebagai panglima perang pada 1169 masihi
7.Beliau bertugas mempertahankan mesir daripada diserang tentera salib dibawah kerajaan latin baitulmuqaddis,pimpinan Almaric I
8.Sebagai ketua tentera asing dari syam,beliau tidak mempunyai kuasa terhadap askar”mesir yang terdiri dari golongan syiah yang dipimpin oleh Khalifah al-Adid
9.Apabila khalifah al-Adid meninggal dunia pada september 1171,ketika itu ,walaupun beliau yg memerintah mesir tetapi beliau hanyalah wakil kepada Sultan Nuruddin al-Zinki
10.Salehuddin menjadi sultan mesir selepas kematian sultan nuruddin pada tahun 1174.Beliau memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh serta sering mendalami ilmu pengetahuan yang lain.
11.Ahli arkeologi dan orientalis British,Stanley Lane Poole mencatatkan bahawa,selepas menjadi sultan,beliau menjadi lebih berdisiplin dan lebih warak serta bersederhana
12.Beliau mengetepikan corak hidup mewah dan memilih corak hidup bersederhana(Zuhud).Bahauddin bin Shaddad,penasihat utama Salehuddin telah mencatatkan kewarakan Salehuddin.Beliau merupakan seorang pemurah dan beliau menyedekahkan apa”sahaja kepada fakir miskin serta yang memerlukan sehingga kewafatannya.
13.Beliau meninggal dunia pada 4 Mac 1193 bersamaan 27 Safar 589 Hijrah di kota Dansyik pada usia 57 Tahun