Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
CIRI-CIRI PENTAKSIRAN (disediakan oleh Zusyahirah BM4), PRINSIP…
CIRI-CIRI PENTAKSIRAN
(disediakan oleh Zusyahirah BM4)
KESAHAN
DEFINISI : Kesesuaian atau ketepatan interprestasi dan kegunaan keputusan pentaksiran sesuatu prosedur pentaksiran untuk sekumpulan individu.
KESAHAN KANDUNGAN
Berkait rapat dengan kandungan yang diuji.
Guru perlu menyoal sama ada ujian yang dibina menggambarkan kandungan unit atau mata pelajaran tersebut.
Proses untuk menentukan tahap sesuatu ujian dapat menyediakan sampel yang relevan dan mewakili domain kandungan y6ang diajarkan.
Soalan panduan
Apakah ketepatan pengukuran pentaksiran dengan kandungan (pengajaran)?
Apakah pengetahuan / kemahiran yg perlu ada pada pelajar untuk mencapai kejayaan dalam pentaksiran?
Apa maksudnya jika pelajar memperoleh kejayaan dalam pentaksiran?
KESAHAN KONSTRUK
Ujian dianggap sah jika ujian tersebut boleh menguji semua aspek yang ingin diukur.
Contoh : kreativiti, kecerdasan, motivasi, kejujuran, toleransi, kebolehan menaakul, kefahaman membaca, dan sebagainya.
merujuk kepada konsep teori/ tingkah laku / tret manusia (tret tidak boleh diperhatikan secara langsung tetapi boleh dibuat telahan berdasarkan kepada kesan tingkah laku.)
Contoh situasi : Seorang guru ingin menggubal ujian bertulis untuk mengukur kreativiti dalam penulisan esei. Ujian yang dibina mempunyai kesahan konstruk jika darjah skor ujian berkaitan dengan penghakiman daripada pemerhatian tingkah laku (kreatif).
KESAHAN KRITERIA (serentak & ramalan)
RAMALAN : Merujuk tahap skor suatu ujian membolehkan guru untuk membuat ramalan tentang prestasi masa hadapan.
SERENTAK : Menghubungkaitkan suatu ujian dengan ujian lain yang telah diakui sah.
SOALAN PANDUAN : Bagaimana ujian ini dibandingkan dengan ujian sedia ada yang telah diakui sah?
KESAHAN MUKA
Mengaitkan dengan paparan keseluruhan ujian
Ditentukan dengan melihat atau menyemak item ujian sahaja & bukan menganalisis
SOALAN PANDUAN : Apa pendapat pelajar mengenai ujian tersebut?
KEBOLEHPERCAYAAN
DEFINISI : Merujuk kepada ketekalan skor ujian.
CONTOH : Murid yang memperoleh markah yang sama pada 2 ujian yang sama yang ditadbir pada masa yang berlainan menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi.
KEBOLEHPERCAYAAN SEKATA
Mengaitkan kewujudan 2 item bersama.
CONTOH : Hubungkait 2 set ujian yang mempunyai aras kesukaran/ mudah yang sama yang ditadbir pada individu yang sama.
KEBOLEHPERCAYAAN STABILITI
Dikaitkan dengan ketekalan masa
CONTOH : Hubung kait 2 skor ujian yang sama ditadbir pada individu yang sama pada masa yang berlainan.
KEBOLEHPERCAYAAN DALAMAN
Dikaitkan dengan instrumen
Berdarkan kepada pentaksiran ciri-ciri, kemahiran, atau kualiti
REALIBILITI INTER-RATER
Dikaitkan dengan kriteria pemeriksa
Berdasarkan kepada ketekalan skor ujian yang sama 2 atau lebih pemeriksa.
RELIABILITI INTRA-RATER
Dikaitkan dengan kriteria pemeriksa
Berdasarkan kepada hubungkait skor-skor ujian yang sama oleh seorang pemeriksa pada dua masa berlainan
KEOBJEKTIFAN
Merujuk kepada ketepatan pemeriksaan calon.
Tahap beberapa orang yang memeriksa skrip jawapan akan memeriksa skor yang sama.
KEOBJEKTIFAN PENSKORAN
Banyak pemeriksa yang berlainan akan mencapai keputusan yang sama untuk setiap skrip ujian pada bila-bila masa tanpa ada ralat peluan.
Keputusan ujian boleh diperoleh dengan mudah dan tepat jika prosedur penskoran adalah objektif.
KEOBJEKTIFAN ITEM UJIAN
Item yang dikemukakan akan mempunyai satu jawapan yang tetap.
Item yang diuji hanya mempunyai satu respons yang tepat.
KEMUDAHTADBIRAN
Sesuatu ujian mestilah : mudah direka bentuk, mudah ditadbir, mudah ditanda, dan mudah diinterprestasikan (keputusan).
Sesuatu ujian perlu ditadbirkan dengan baik supaya perjalanannya lancar.
Merujuk kepada kelicinan pelaksanaan proses pengujian. Contohnya, dari segi masa, sumber, arahan, dan pengawasan.
KEMUDAHTAFSIRAN
Proses terakhir sesuatu ujian ialah kegunaan keputusan pentaksiran
Merujuk kepada cara yang boleh memberi maklumat yang jelas mengikut objektif pentaksiran.
CONTOH : gambaran jelas tentang pencapaian, kekuatan, dan kelemahan calon, kesesuaian strategi PdP, dan kesesuaian aras kesukaran item ujian.
PRINSIP PENTAKSIRAN
Pentaksiran harus selaras dengan standard pendidikan
Pentaksiran formatif perlu scaffold pelajar dalam pentaksiran sumatif
Pentaksiran harus berbentuk arahan
Keputusan pentaksiran harus dijadikan panduan untuk membimbing pelajar
Pentaksiran bukan untuk menggugat atau menakutkan pelajar
Komuniti harus terlibat secara kolaboratif demi kebaikan pentaksiran
Pentaksiran adalah suatu kompetensi teknikal