Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAHASA PERBANDINGAN, benda atau peristiwa konkrit yang menyarankan sesuatu…
BAHASA PERBANDINGAN
Eufemisme
Ungkapan yang lebih halus dan manis yang digunakan untuk menggantikan ungkapan yang dianggap kasar dan tidak menyenangkan
-
Contoh: meminta diri, pergi menemui Tuhan, diperkosa
Hiperbola
-
untuk memperlihatkan keagungan atau kehandalan seseorang atau untuk memperlihatkan kehebatan sesuatu peristiwa atau suasana
Contoh: Cita-citanya menggunung tinggi, Darah mengalir menganak sungai
Alusi
Kiasan yang dikaitkan dengan seseorang tokoh, nama tempat atau sesuatu peristiwa sama ada secara terus atau tidak
Bertujuan untuk membicarakan atau menyatakan dengan lebih lengkap persoalan atau mesej yang ingin disampaikan
-
Aforisme
-
-
Contoh: Keadaannya menyedihkan, bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tak mahu
Metafora :
Satu objek yang abstrak, diberikan sifat berdasarkan suatu objek yang konkrit
Contoh: kolam derita, ombak rindu, Raja Rimba, Dewi Malam
Imej imejan
Imej
gambaran yang timbul daripada penggunaan kata, ungkapan dan ayat dalam sesebuah puisi. Kesan tersebut timbul daripada imej yang bersifat penglihatan, pendengaran, pembauan dan sebagainya.
Contoh: Frasa pohon pucat dan seekor kucing kurus di jambatan = imej gambaran kemiskinan dan penderitaan hidup.
Imejan
gambaran dalam sajak yang dapat memberi kesan kepada pembaca misalnya bahang, kedinginan, penderitaan dan sebagainya.
Disfemisme
ungkapan kasar yang digunakan untuk menggantikan kata-kata halus namun tidak pula menyinggung perasaan orang lain
Contoh: bunting, mati, anak jantan
Antonomasia
Menggunakan nama lain untuk seseorang dengan memakai nama sifat orang itu.
Biasanya digunakan untuk memperlihatkan sifat seseorang
Contoh: Si Gendut (orang perut besar), kutu embun (orang suka pulang lewat malam)
Parafrasa
Gaya bahasa penghuraian.
Satu kata yang lebih ringkas dengan kata-kata lain yang lebih panjang yang bersamaan ertinya dengan kata yang digantikan.
Contoh: Kapal padang pasir (unta), sang suria (pagi-pagi)
Simile
Membandingkan sesuatu bagi melihat persamaan dengan perkataan seperti laksana, bagai, bak, macam dan umpama
-
Litotes
bahasa lembut yang berbalik kepada diri si penutur. Penutur bukan sekadar melembutkan kata- kata secara umum tetapi merendah-rendahkan dirinya sendiri
Contoh: "masih mentah lagi", "teratak buruk kami", "air bujang"
Onomatopia/onomatope
Proses pembentukan perkataan dengan berdasarkan ajukan bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia, haiwan atau alam sekeliling
Contoh: angin menderu, desiran ombak, adik mengekek
-
benda atau peristiwa konkrit yang menyarankan sesuatu yang lain biasanya berhubung dengan fikiran sikap dan perasaan.
- sifat tradisional—lambang yang biasa dan umum terpakai. Contohnya putih --suci
- sifat peribadi—maksud lain daripada yang biasa difahami. Contohnya dalam novel Juara S. Othman Kelantan menggunakan lembu untuk melambangkan politik
-