Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SISTEM EKONOMI ISLAM - Coggle Diagram
SISTEM EKONOMI ISLAM
CIRI-CIRI
Bercirikan ketakwaan kepada Allah yang merupakan pemilik segala harta
Menggunakan harta sebagai alat mendekatkan diri kepada Allah.
Berasaskan Al-Quran dan As-sunnah
Bahagian di dunia tidak boleh diabaikan untuk mendapatkan akhirat
Berlaku adil dengan manusia
Tidak melakukan sebarang kerosakkan
Mengamalkan prinsip kerjasama dan sifat taqwa bagi mengelakkan penindasan.
PRINSIP-PRINSIP ASAS
Akidah, Syariah dan Akhlak Islam sebagai Teras
Ekonomi Islam adalah ekonomi yang berdasarkan ketuhanan. Sistem ini bertitik tolak dari Allah, bertujuan akhir kepada Allah, dan menggunakan sarana yang tidak lepas dari syari’at Allah [(Abd. Shomad, ,Hukum Islam, (Jakarta: Kencana,2010),hlm. 86]
Manusia sebagai Khalifah
Allah SWT ialah pemilik segalanya, manusia pula ialah pemegang amanah Allah dalam memakmurkan kegiatan ekonomi
Pekerjaan dan Ganjaran
Manusia dianjurkan untuk berusaha dan bekerja bagi menjana pendapatan.
Penglibatan manusia dalam ekonomi merupakan ibadah dan pekerja hendaklah diberi ganjaran yang setimpal oleh majikan
Keuntungan dan Kerugian
Keuntungan dan kerugian dalam ekonomi ialah perkara lumrah
Keadilan Sosial
Kegiatan ekonomi mesti membawa keadilan sosial kepada masyarakat
Keperluan hidup asasi individu seperti makanan dan tempat tinggal dijaga
Larangan Kerosakan dan Kezaliman
Islam mengharamkan penindasan, penipuan, eksploitasi, pencemaran alam sekitat dan pembaziran dalam kegiatan ekonomi.
ISU DALAM PELAKSANAAN
ISU HAUL DALAM ZAKAT PERAKAUNAN
Ulama berbeza pandangan dalam menentukan haul bagi zakat pendapatan
Dr Yusuf al-Qardhiawi berpandangan ketentuan masa setahun bagi zakat penghasilan seperti zakat pendapatan ini adalah tidak kuat
Oleh kerana tiada ijmak (kesepakatan yang kukuh) di kalangan ulama mengenai penetapan haul bagi zakat penghasilan seperti zakat pendapatan ini, maka umat Islam berhak memilih salah satu daripadanya, sama ada mahu menunggu setahun ataupun terus berzakat apabila memperolehinya
Di Malaysia, kebanyakan umat Islam yang bergaji selalunya menunaikan zakat setiap bulan menerusi kaedah potongan gaji
ISU RIBA
Di dalam ajaran Islam, riba meliputi kedua-dua jenis amalan pengambilan keuntungan, sama ada bunga (interest) ataupun usury.
DEFINISI SISTEM EKONOMI ISLAM
Ekonomi Islam merupakan sistem ekonomi yang mengimbangi antara keperluan kebendaan dan keperluan rohani berpandukan Al-Qur'an dan Al-Hadis. Terdapat beberapa tafsiran berkaitan ekonomi Islam iaitu :
Salah satu kajian daripada ilmu sains kemasyarakatan mengenai tingkah laku manusia dalam mengurus sumber alam untuk diri dan masyarakat bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT (Prof. Dr. Hailani Muji Tahir, 1991)
Pengetahuan, peraturan dan ajaran syariah yang menegakkan keadilan dalam penggunaan dan pengeluaran sumber-sumber material untuk keperluan manusia, agar manusia dapat menjalankan kewajipan kepada Allah SWT. (Hasanuzzanman)
Satu sistem integral yang sempurna yang merangkumi akidah dan syariah (Prof. Dr. Ahmad Muhammad 'Assal dan Prof. Dr Fathi Ahmad Abdul Karim, 1997)
“Ekonomi Islam merupakan mazhab(pemikiran dan ajaran ) yang merujuk kepadaIslam secara sepadu berhubung dengan pemikiran dan ajaran juga analisis dantafsiran yang berpandukan kepada pemikiran dan ajaran tersebut bagi menyelesaikan masalah- masalah perekonomian". (As Syahid Syed Mohamad Bagir As-Sadr)
SISTEM EKONOMI ISLAM DI MALAYSIA
Memastikan kestabilan harga dengan membuang elemen negatif dan haram seperti riba.
Mengumpul modal yang mencukupi untuk pengeluaran, pengunaan dan
pertukaran berdasarkan prinsip-prinsip islam.
Mengagihkan modal kepada sektor-sektor yang memerlukan dan membawa faedah kepada masyarakat dan umat islam
Mewujudkan prinsip keadilan dalam kalangan manusia
Menjaga masyarakat daripada kesan-kesan buruk akibat musibah dan malapetaka
yang menimpa melalui takaful.
Membantu pihak yang memerlukan dan memperkukuh jaminan sosial melalui zakat.
KEPENTINGAN PEMBANGUNAN EKONOMI
menjadikan kehidupan manusia lebih tersusun dan sistematik.
meningkatkan sosio ekonomi umat Islam khususnya dan umat manusia umumnya.
mengelakkan berlaku penindasan dari pihak yang tidak bertanggungjwab.
menjamin pembangunan yang seimbang serta keadilan dari segi pemerolehan dan pengagihan harta dalam kalangan rakyat.
meningkatkan taraf hidup masyarakat berpandukan syariat dan niat atau tujuan untuk mendapat keredaan Allah SWT.
SUMBER RUJUKAN HUKUM EKONOMI UMAT ISLAM
AL- Quran dan Al- Sunnah