Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN :check: - Coggle Diagram
KESAHAN
DAN
KEBOLEHPERCAYAAN
:check:
KESAHAN:pen:
Konsep
Kesahan merupakan satu ujian yang mengukur sesuatu sebaik mungkin. (Anastasi, 1988)
Kesahan merujuk kepada sejauh mana ujian itu mengukur apa yang hendak diukur.
Jenis
Kesahan Konstruk
Sejauh mana sesuatu ujian dapat mengukur konstruk hipotetikal berkaitan sifat semula jadi, tingkah laku manusia
Contoh: Ujian mengukur kreativiti, kecerdasan dan kemahiran membaca
Kesahan Kandungan
Merujuk kepada sejauh mana isi kandungan ujian dapat mewakili domain pengetahuan dan kemahiran yang hendak diukur oleh ujian
Item ujian perlu merangkumi kandungan ujian yang hendak diukur
Kesahan Kriteria
Perbezaan antara kesahan semasa dengan kesahan ramalan bergantung kepada prosedur pentadbir ujian
Kesahan Ramalan
Ditentukan dengan menilai setepat mana ramalan yang dibuat dengan menggunakan instrumen pada masa kini dapat disahkan daripada maklumat dikumpulkan pada masa hadapan
Contoh: Guru dapat meramal prestasi sebenar murid berdasarkan percubaan SPM.
Kepentingan
Dapat digunakan dalam ujian pencapaian
Dapat mengukur tahap pengetahuan atau kemahiran murid dalam mata pelajaran tertentu
Dapat membuat perbandingan pencapaian murid dalam sesuatu ujian itu sama ada selaras dengan pencapaian
Dapat meramalkan/ membuat jangkaan awal terhadap tahap pencapaian seseorang murid
Mengenal pasti proses-proses atau ciri-ciri yang dikaitkan dengan sesuatu trait agar item-item ujian yang khusus dan tepat dapat disediakan
Definisi :
Kesahan menunjukkan kepada takat sesuatu pentaksiran, di mana dapat mengukur secara tepat.
Faktor
Liputan isi kandungan
Contoh: Skala atau skor soalan ujian tidak terlalu sukar atau senang.
Pembina perlu mengawal aras kesukaran ujian dengan baik
Kejelasan soalan
Penggunaan perbendaharaan kata yang sesuai dengan aras umur murid dan arahan yang jelas.
Kesalahan dalam mengenalpasti objektif pentaksiran
Ketidaksesuaian antara hasrat dengan item
Contoh:Pembina ingin menguji kemahiran menganalisis tetapi membekalkan soalan yang berada pada tahap kefahaman.
Peruntukkan masa
Masa menjawab yang diberi perlu mencukupi dan selaras dengan tahap kesukaran serta jumlah soalan.
Perkaitan :unlock:
Ujian perlu sah dan mempunyai kebolehpercayaan untuk membolehkan skor yang diperoleh itu sah
Kesahan akan memastikan ujian yang dibina itu menepati matlamat dan objektif, kebolehpercayaan pula memastikan ketekalan dalam pengukuran pencapaian murid dalam sesuatu ujian
KEBOLEHPERCAYAAN
:pencil2:
Konsep
Ujian yang mengukur sesuatu idea dengan keputusan yang konsisten dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi
Kebolehpercayaan bermaksud apabila kita melakukan ujian, kita perlu memastikan bahawa jika kita melakukan ujian semula, kita mendapat keputusan yang sama.
Sebaliknya, ujian yang menghasilkan skor pembolehubah mempunyai kebolehpercayaan yang rendah
Faktor
Panjang Ujian
Semakin panjang ujian semakin boleh dipercayai ujian tersebut.
Ujian yang lebih panjang akan membekalkan satu sampel soalan yang mencukupi tentang tingkah laku yang diukur, dan skor adalah sesuai dan kurang diseleweng oleh faktor-faktor peluang seperti meneka.
Pentadbiran & Format Ujian
Ujian hendaklah ditadbirkan dalam suasana yang sesuai:
-Mengikut masa yang ditetapkan
-Bebas daripada gangguan / bising
-Langkah-langkah untuk mengelakkan penipuan
-Had masa hendaklah memadai untuk mengelakkan daripada kelajuan dijadikan sebagai faktor pengujian
Item yang sukar atau terlalu sukar akan membawa kepada kebolehpercayaan yang rendah.
Arahan yang jelas, mudah difahami dan penyusunan mengikut kesukaran item boleh memberi kesan kepada kebolehpercayaan ujian.
Kesukaran Ujian
Ujian yang terlalu mudah atau sukar untuk murid yang mengambilnya berkecenderungan menghasilkan skor yang mempuyai kebolehpercayaan yang rendah.
Keobjektifan Ujian
Ini merujuk kepada takat mana skor-skor yang diperolehi memberi keputusan yang sama.
Apabila item ujian objektif digunakan, skor yang diperolehi tidak dipengaruhi oleh penghakiman atau pendapat pemeriksa.
Kebolehpercayaan ujian objektif akan meningkat dengan meningkatnya bilangan pilihan jawapan bagi setiap item.
Definisi
merujuk kepada ketekalan dan kestabilan ujian dalam mengukur apa yang hendak diukur
Kepentingan
Untuk memastikan bahawa jawapan yang dikemukakan oleh murid mencerminkan keupayaannya dan bukanlah disebabkan nasib.