Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Sastera Kanak-kanak - Coggle Diagram
Sastera Kanak-kanak
Peranan
-
Perkembangan Kognitif
Melalui sastera juga perkembangan kognitif dapat diterapkan kepada kanak-kanak dengan cara memberikan pengetahuan baru dan mempertingkatkan kefahaman kanak-kanak terhadap pengetahuan yang sedia ada. Buku kanak-kanak membekalkan banyak maklumat yang kanak-kanak tidak boleh dapati daripada penerokaan dan pemerhatian persekitaran mereka
Perkembangan Personaliti
Buku cerita boleh juga digunakan sebagai satu sumber bagi memberi panduan kepada kanak-kanak mengenai personaliti yang baik dan sesuai bagi kanak-kanak yang sebaya dengan mereka. Melalui pembacaan buku kanak-kanak akan membuat pertimbangan samada pelakuan watak di dalam buku itu bersesuaian atau tidak dan membuat pemilihan samada untuk dijadikan tauladan atau sempadan.
-
Perkembangan Sosial
Peniruan boleh berlaku menerusi pembacaan terhadap karya sastera kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, karya sastera kanak-kanak erdapat perlakuan-perlakuan yang prososial seperti bertolak ansur, menunggu giliran, meminta izin, memohon maaf dan sebagainya
-
Sumbangan
Menghasilkan bahan-bahan bacaan yang bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak menerusi penggunaan bahasa yang mudah serta ilustrasi yang menarik.
Nilai-nilai kebudayaan masyarakat Melayu dalam konteks kesusasteraan dapat dilestarikan menerusi sastera kanak-kanak.
Sastera kanak-kanak juga memainkan peranan penting dalam pembelajaran bahasa kanak-kanak untuk meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangaan murid
-
Konsep
Sastera kanak-kanak adalah karya sastera yang dihasilkan dalam bentuk buku yang boleh dibaca oleh kanak-kanak mengikut peringkat umur dan mampu menimbulkan keseronokan kepada mereka untuk membaca dan menghayati cerita-cerita dalam buku tersebut