Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kesan-kesan Ekonomi ke atas Revolusi Perindustrian di England - Coggle…
Kesan-kesan Ekonomi ke atas Revolusi Perindustrian di England
Kemajuan dalam pertanian :
Sistem pengurusan ladang yang teratur dan sistematik serta sistem pemajakan jangka panjang diperkenalkan oleh Coke Holkham
Beliau menyumbang dalam kaedah menebus guna tanah pertanian
Sistem tanaman bergilir diperkenalkan oleh Lord Townshend.
Robert Bakewell memperkenalkan kaedah baharu dalam perternakan lembu dan biri-biri.
Sistem Pemagaran Tanah Pertanian diperkenalkan dan telah menjadikan tanah awam menjadi tanah ladang yang lebih luas.
Penggunaan baja tiruan diperkenalkan hasil daripada kemajuan dalam bidang sains.
Berlaku perubahan dalam sistem pemilikan tanah pertanian
Petani juga mengamalkan sistem pertanian campuran yang melibatkan aktiviti pertanian dan perternakan.
Revolusi Perindustrian menyebabkan berlaku kemajuan yang pesat dalam teknologi pertanian.
Kemajuan dalam bidang pertanian menyebabkan pelbagai kaedah pertanian baharu diperkenalkan.
Perkembangan dalam
industri tekstil
:
Kemajuan mesin baharu menyebabkan industri tekstil berkembang dengan cepat
John Kay mencipta mesin penenun yang dikenali sebagai Flying Shuttle pada tahun 1733.
Revolusi Perindustrian telah menyebabkan berlaku kemajuan dalam industri tekstil.
James Hargreaves mencipta mesin pemintal benang yang dikenali sebagai Spinning Jenny pada tahun 1765.
Edmund Cartwight mencipta mesin menenun kain yang menggunakan kuasa air.
Sir Richard Arkwright mencipta mesin pemintal benang yang dikenali sebagai Water Frame yang menggunakan kuasa wap pada tahun 1769.
Samuel Crompton mencipta mesin pemintal yang dikenali sebagai Mule yang dapat mempertingkatkan pengeluaran tekstil sehingga sepuluh kali ganda.
Penciptaan mesin ini telah meningkatkan pengeluaran kain kapas di England.
Perkembangan ini menyebabkan ramai penduduk di England mencari pekerjaan di kilang-kilang.
Kemunculan bandar perusahaan :
Antara masalah yang dihadapi oleh penduduk bandar di England adalah seperti sistem perparitan, sistem kumbahan, peredaran udara dan sistem bekalan air yang tidak baik.
Revolusi Perindustrian juga menyebabkan perdagangan antarabangsa berkembang dengan pesat.
Pertambahan penduduk di kawasan bandar perusahaan menyebabkan keadaan hidup menjadi teruk.
Pedagangan antara bangsa tidak terhad kepada komoditi, malah melibatkan pengeluaran barang industri secara besar-besaran.
Perkembangan ini menyebabkan muncul bandar perusahaan seperti Manchester dan Birmingham
Kerajaan England melaksanakan dasar perdagangan bebas sepenuhnya dalam sektor perindustrian dan pertanian dan memansuhkan tarif import bahan-bahan mentah bagi meningkatkan perdagangan antarabangsa dan meluaskan pasaran.
Revolusi Perindustrian menyebabkan penduduk berhijrah ke bandar untuk bekerja di kilang.
Perkembangan industri arang
batu, besi dan keluli :
Abraham Darby the Elder memajukan kaedah melebur besi dengan bahan bakar daripada arang batu yang dipanggil Coke pada tahun 1712.
Abraham Darby the Younger memperbaiki hasil ciptaan ayahnya dengan menggunakan relau bagas pada pertengahan abad ke-18.
Kemajuan yang pesat dalam industri besi, keluli dan arang batu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri di England.
Henry Cort menemui kaedah menghasilkan besi yang lebih kuat.
Arang batu terdapat dalam kuantiti yang besar di New Castle dan Wales.
Benjamin Hunstmen menghasilkan keluli yang berkualiti tinggi.
Arang batu diperlukan dalam kuantiti yang banyak untuk melebur bijih besi.
Sir William Siemens menemui kaedah yang lebih baik dalam penghasilan keluli pada tahun 1865 dan Sir Henry Bessemer menemui kaedah mengurangkan masa yang diperlukan untuk menghasilkan keluli daripada bijih besi.
Revolusi Perindustrian menyebabkan permintaan untuk arang batu, besi dan keluli meningkat.