Struktur Masyarakat Feudal yang diamalkan di Jepun

Golongan maharaja :

Sistem pemerintah diketuai oleh maharaja.

Maharaja dianggap sebagai pemerintahan keduniaan dan kerohanian.

Maharaja Jepun dikaitkan dengan unsur ketuhanan yang bertujuan meningkatkan dan menguatkan kedudukan maharaja serta menanam kesetiaan rakyat kepada maharaja.

Maharaja berperanan sebagai ketua agama dan ketua negara.

Maharaja tidak mempunyai kuasa pemerintahan tetapi di tangan Shogun Tokugawa.

Maharaja tinggal terpencil dan terpisah di Kyoto yang dikelilingi oleh pegawai istana.

Golongan shogun :

Shogun merupakan golongan bangsawan.

Kuasa pemerintah yang sebenar berada di tangan Shogun Tokugawa.

Shogun menjalankan tugas atas nama maharaja melalui dasar pecah dan perintah. Hal ini dilakukan supaya kedudukan Shogun terjamin.

Shogun telah membahagikan kawasan pemerintahan berdasarkan golongan bangsawan atau daimyo yang menyokong dan menentangnya.

Daimyo yang menyokong Shogun akan diberi tanah manakala daimyo yang menentangnya ditempatkan di kawasan yang akan dikawal oleh sekutu Tokugawa.

Kerajaan Tokugawa ini dikenali sebagai Kerajaan Bakufu yang berpusat di Edo.

Golongan petani :

Petani mendapatkan kedudukan istimewa di antara kalangan rakyat biasa.

Amalan dasar tutup pintu yang dilakukan oleh Jepun menyebabkan mereka tidak mempunyai hubungan dengan negara luar.

Petani mengeluarkan beras untuk rakyat Jepun dan membayar sebahagian besar cukai.

Mereka hanya diberikan makanan secukupnya sebagai balasan kerana hasil yang dikeluarkan untuk negara.

Golongan pedagang :

Mengikut tradisi Jepun, golongan pedagang dipandang rendah oleh masyarakat feudal kerana mempunyai pekerjaan yang hina dan tidak menguntungkan.

Namun begitu, keadaan yang aman menjadikan ekonomi semakin berkembang dan para pedagang berjaya mengumpul wang dan harta dengan banyak.

Mereka berjaya memperbaiki status diri dan mengikat ramai bangsawan melalui hutang.

Mereka telah memperkenalkan cara pengurusan baru yang akhirnya diwarisi oleh syarikat moden Jepun.

Antara keluarga saudagar terkenal termasuklah mitsui dan Noraya Mozaemon.