Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Ayat Majmuk - Coggle Diagram
Ayat Majmuk
Ayat Majmuk Pancangan
-
Ayat Relatif
-
Contohnya:
Saya membeli baju. (Ayat induk)
Baju itu berwarna merah. (Ayat kecil)
Saya membeli baju yang berwarna merah.
Ayat komplemen
Contoh:
- Dia menerangkan (sesuatu) (Ayat induk)
- Bahawa murid itu sakit (Ayat komplemen)
- Dia menerangkan bahawa murid itu sakit.
Ayat komplemen telah dipancangkan ke dalam ayat induk untuk melengkapkan kata kerja dalam ayat tersebut.
- Kata hubung komplemen bahawa pada kedudukan objek dalam predikat, kadang-kadang pengguguran kata komplemen dibenarkan, tidak menjejaskan makna. Pada kedudukan subjek, kata komplemen bahawa dan untuk tidak boleh digugurkan.
-
Ayat Keterangan
Ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepadsa predikat.
- Dia bukan ketua saya ketika saya bekerja dahulu. Kedudukan ayat keterangan ini tidak tetap, boleh hadir di belakang ataupun di hadapan ayat induk.
- Ketika saya bekerja dahulu, dia bukan ketua saya.
Jenis ayat keterangan
1) Keterangan musabab
- Saya tidak dapat hadir kerana saya kurang sihat.
2) Keterangan akibat
- Pelajar itu berusaha bersungguh-sungguh sehingga ia berjaya.
3) Keterangan syarat
- Jika diizinkan Tuhan, kami akan datang lagi tahun hadapan.
4) Keterangan waktu
- Sementara menanti padi masak, petani itu menanam jagung.
5) Keterangan pertentangan
- Sekalipun sudah berumur, dia masih ingin belajar juga.
6) Keterangan harapan
- Kita mesti bertolak ansur agar semua pihak berpuas hati.
7) Keterangan cara
- Pemuda itu datang dengan menaiki ketera api.
8) Keterangan tujuan
- Para pemimpin meyusun rancangan ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
9) Keterangan perbandingan
- Dia kebingungan bagai rusa masuk ke kampung.
Ayat Majmuk Gabungan
Terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan ayat-ayat dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi
-
-
-
- Gabungan dua ayat atau lebih menggunakan kata hubung berpasangan
Daripada kita makan gaji, lebih baik bekerja sendiri.