Secara individu,anda diminta menjelaskan definisi dan aspek penting penyampaian sajak, syair, gurindam, cerita dan lakonan Dialektologi, pantun, pembacaan naskhah dan debat berdasarkan konsep fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Fakta dan huraian harus dipaparkan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai.
SAJAK
DEFINISI
Karangan bertulis yang berangkap dan berasal dari perkataan Arab "saj" yang bermaksud karangan puisi.
Menurut H.B. Jassin, sajak adalah pengucapan dengan perasaan yang di dalamnya mengandungi fikiran dan tanggapan.
Sajak merupakan karangan berbentuk bebas yang tidak terikat dengan kepanjangan suku kata atau rima tertentu.
CARA PENYAMPAIAN
Sajak boleh dideklamasikan dengan iringan muzik latar dan muzik tradisional menggunakan intonasi suara yang sesuai dengan nada sajak.
Sajak juga boleh dilakonkan (Dekon), nyanyian, pentomin dan tari lagu.
SYAIR
DEFINISI
Syair ialah sejenis puisi Melayu lama yang berangkapnya mengandungi 4 baris ayat yang kesemuanya membawa makna isi dan maksud. Keempat-empat baris itu pula berirama sama.
Syair sering membawa makna isi yang berhubung dengan kias ibarat. Sindiran, nasihat, pengajaran, agama dan juga berasaskan sejarah atau dongeng.
CARA PENYAMPAIAN
Pilihan lagu hendaklah sesuai dengan cerita atau tema syair. Contohnya, sedih, mendayu, jenaka, mengkritik dan sebagainya.
Sebutan setiap patah perkataan hendaklah baku dan jelas agar mesej syair dapat disampaikan dengan baik.
GURINDAM
DEFINISI
Gurindam tua-tua yang telah tetap tersusun semenjak beberapa lama telah menjadi seolah-olah bidalan iaitu diketahui dan lancar di mulut orang ramai.
Gurindam mengandungi dua baris ayat atau lebuh bagi serangkap. Isinya mengandungi kias, ibarat, pengajaran dan nasihat. Terdapat tiga jenis gurindam iaitu gurindm serangkap dua baris, gurindam serangkap empat baris dan gurindam bebas.
CARA PENYAMPAIAN
Perkataan lebih banyak menggambarkan keindahan alam. Perasaan di dalamnya kebanyakkan perasaan suka dan jenaka serta maksudnya adalah secara terus seperti syair (tiada pembayang).
Bahasanya seperti menyanyi atau sekurang-kurangnya membawa imbas nyanyi serta menunjukkan kesempatan boleh melengahkan masa dan menceriakan hati.
BERCERITA
mengisahkan sesuatu cerita, bercakap, berbual.
Cerita yang disampaikan mestilah mempunyai tema yang bersesuaian dengan umur, latar belakang dan pengalaman murid.
Menggunakan bahasa yang mudah, sesuai, tepat dan jelas.
Menyusun atur plot dari mula hingga penamatnya.
Menyampaikan cerita dengan menarik, jelas dan intonasi yang sesuai.
Eksperasi wajah dan gerak badan mestilah bersesuaian dengan mood dan suasana cerita seperti riang, sedih atau marah.
LAKONAN
cerita yg dipentaskan (sandiwara, filem, dll), drama (Kamus Dewan Bahasa, 2007).
Pengucapan dalam drama ialah apabila pelakon melafazkan dialog secara lansung dari atas pentas. Pengucapan itu hendaklah terang, jelas dan dapat didengar oleh semua penonton walaupun ribuan jumlahnya.
Di negara barat dan negara maju, suara pentas adalah menjadi syarat mutlak bagi seseorang pelakon, kerana suara pelakon itu dikehendaki secara lansung sampai ke telinga penonton tanpa dibantu alat pembesar suara. Bagi suara yang dibantu dengan pembesar suara, itu dianggap cara lama yang sudah lapuk ketinggalan zaman. Bukti dari sejarah perkembangan seni drama di dunia menunjukkan bahawa pelakon tanpa pembesar suara itu sebenarnya adalah cara lama dalam zaman bangsawan sejak dahulu lagi.
PANTUN
DEFINISI
Pantun terdiri daripada empat baris serangkap. Dua baris awal dikenali sebagai pembayang atau sampiran. dua baris akhir dikenali sebagai isi atau maksud. Rima akhir bagi pantun empat kerat ialah a-b-a-b.
Menurut Za'ba, pantun ialah kaedah rangkapan tertua dan asalnya kepunyaan masyarakat Melayu. Sebelum masyarakat Melayu tahu tentang surat-menyurat, mereka telah pandai berpantun dan biasa berbalas-balas pantun sesama sendiri.
CARA PENYAMPAIAN
Muhammad Haji Salleh (1984) menyatakan bahawa setiap perkataan itu diciptakan untuk diucapkan maka sewaktu disebut kita terjemahkannya ke dalam bentuk bunyi dan penyair Melayu amat peka dengan bunyi.
Pantun boleh dinyanyikan dengan turun naik bunyi yang teratur supaya sedap didengar dengan alunan irama atau muzik.
-
DEBAT
Menurut J. S. Kamdhi (1995), pengertian debat yakni suatu pembahasan atau tukar pendapat oleh setiap peserta tentang suatu pokok masalah, dimana setiap peserta boleh memberikan alasan atau argumen untuk mempertahankan pendapatnya.
- Jadikan kata-kata aluan anda mudah. Tidak perlu perkataan-perkataan bombastik, cukup sekadar kata-kata yang senang disebut dan enak didengar. Ini juga akan memudahkan sesi penghafalan anda.
- Jadikan kata-kata aluan anda ringkas. Peruntukan masa yang paling ideal untuk kata-kata aluan adalah antara 15 hingga 20 saat.
- Jadikan kata-kata aluan anda komprehensif. Masukkan salutasi-salutasi yang diperlukan dan abaikan atau buang mana-mana yang tidak perlu.
- Sampaikan kata-kata aluan anda dengan penuh ikhlas. Bayangkan seolah-olah anda mengalu-alukan kehadiran insan tersayang atau golongan yang anda amat hormati seperti ibubapa, guru-guru dan sebagainya. Ucapan itu harus terbit dari hati yang tulus dan dipamerkan menerusi mimik muka yang berkesan.
- Ambil peluang untuk membuat tanggapan pertama yang positif. Lihat keadaan sekeliling anda samada sesuai atau tidak untuk menyelitkan unsur-unsur yang boleh membantu anda memberikan tanggapan pertama yang positif. Lakukan dengan penuh keyakinan tanpa was-was.
-