Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Ayat Majmuk - Coggle Diagram
Ayat Majmuk
Apa itu Ayat Majmuk ?
ayat majmuk ialah ayat yang menggabungkan beberapa ayat tunggal.
Dalam erti kata yang lain, ayat majmuk wujud disebabkan wujudnya gabungan dua atau lebih ayat tunggal.
Lazimnya, ayat ini lebih panjang dan sesuai digunakan di dalam penulisan karangan yang melibatkan penghujahan isi dan fakta yang dibincangkan.
Ayat Majmuk Campuran
Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat.
Contoh ayat majmuk campuran adalah seperti berikut: Hanif sedang membaca buku tetapi kawan-kawannya yang sudah letih telah lama tidur.
Dalam ayat ini, ayat “Hanif sedang membaca buku” ialah ayat tunggal dan “Kawan-kawannya yang sudah letih telah lama tidur” ialah ayat majmuk relatif.
Ayat Majmuk Gabungan
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal. Lazimnya, ayat ini digabungkan menggunakan kata hubung seperti dan, tetapi, sambil, serta, kecuali, dan sebagainya.
Contoh ayat: Murid-murid berlari dan bernyanyi.
Dalam ayat tersebut, terdapat dua ayat tunggal iaitu “Murid-murid berlari” dan “Murid-murid bernyanyi.” Namun ayat tersebut menjadi kata majmuk apabila digabungkan dengan kata hubung “dan” dan menjadi satu ayat
Ayat Majmuk Pancangan
Ayat majmuk pancangan terdiri daripada beberapa ayat yang kedudukan antara ayat tidak sama. Ini bermaksud, satu ayat utama (ayat induk) dan satu atau beberapa ayat kecil dipancangkan dalam ayat utama.
Terdapat 3 jenis ayat pancangan iaitu:
Ayat relatif: mempunyai kata hubung “yang”
Ayat komponen: “bahawa,” “untuk,” “supaya”
Ayat keterangan: “kerana,” “dengan,” “apabila,” “jika,” “kalau,” “semenjak,” “sewaktu,” sungguhpun,” “walaupun,” “semoga,” dan “ketika.”
Contoh ayat majmuk pancangan mengikut jenis:
Ayat relatif: Saya membeli baju yang berwarna merah.
Ayat komponen: Dia menerangkan bahawa murid itu sakit.
Ayat keterangan: Anak itu menangis kerana lapar.