Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
IMPLIKASI TEORI PERSONALITI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN - Coggle…
IMPLIKASI TEORI PERSONALITI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Warga pendidik haruslah membentuk personaliti murid yang sihat serta menjurus kearah yang lebih positif.
Hal ini bertujuan agar setiap murid tahu cara bagi mengawal emosi mereka, berfikir dengan rasional serta bertindak sesuai dengan norma masyarakat.
Guru melakukan aktiviti berkumpulan iaitu menghasilkan satu karya yang unik dan kreatif.
Guru haruslah melaksanakan suatu strategi bagi menimbulkan perasaan tertarik dalam diri murid sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
Hal ini bertujuan agar murid mampu mengubah kesalahan mereka dan mencari tahu cara berinteraksi yang sesuai dengan personaliti mereka.
Guru menjadi tempat luahan murid serta bersikap terbuka sewaktu berinteraksi dengan murid-muridnya.
Perbezaan Individu
Teori personaliti menunjukkan bahawa individu mempunyai ciri keperibadian yang unik, keutamaan dan gaya pembelajaran. Guru harus mengenali dan menampung perbezaan individu ini dalam kaedah pengajaran mereka, membolehkan pengalaman pembelajaran yang diperibadikan.
Hal ini boleh melibatkan penggunaan strategi pengajaran yang pelbagai, menyediakan pilihan untuk penglibatan murid dan memupuk persekitaran kelas yang menyokong.
Kesedaran dan Pertumbuhan Diri
Teori personaliti boleh menggalakkan kesedaran diri dan pertumbuhan peribadi di kalangan pelajar. Dengan memahami ciri keperibadian, kekuatan dan kelemahan mereka sendiri, murid dapat menavigasi perjalanan pembelajaran mereka dengan lebih baik.
Guru boleh memudahkan refleksi diri dan menggalakkan murid untuk menetapkan matlamat peribadi selaras dengan personaliti unik mereka dan memupuk minda pertumbuhan.
Guru perlu mengaplikasikan ilmu dan kemahiran dalam psikologi pendidikan untuk memahami personaliti murid.
Guru dapat merancang pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menarik dan berkesan.
Hal ini memudahkan para guru untuk merancang sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang sesuai mengikut keseluruhan personaliti murid-murid di dalam bilik darjah.
Dapat mengenal pasti punca tingkah laku murid-murid dalam bilik darjah.
Guru perlu sentiasa berjumpa dan berbincang dengan ibu bapa tentang perkembangan serta personaliti murid-murid.
Hal ini bertujuan supaya ibu bapa juga mengetahui lebih mendalam tentang perkembangan dan personaliti anak-anak sendiri.
Dengan itu, guru dan ibu bapa boleh bekerjasama antara satu sama lain untuk meningkatkan perkembangan dan personaliti murid-murid ke arah yang positif.