Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERANAN GURU SEBAGAI GURU PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS :, KERJA…
PERANAN GURU SEBAGAI GURU PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS :
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN:
Menentukan program dan hala tuju murid Pendidikan Khas dengan perbincangan guru-guru tentang bilangan subjek, program, bilangan kelas dan aktiviti kokurikulum.
Merancang, menyedia dan melaksanakan program secara individu bagi murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran tertentu.
Membantu Laporan Penilaian Prestasi Guru Pendidikan Khas & PPM.
Merancang takwim program-program Pendidikan Khas.
Menyelia dan mengurus anggaran belanjawan tahunan program Pendidikan Khas.
Menyelaras semua jenis kutipan yuran yang dipungut dari murid-murid Pendidikan Khas.
KURIKULUM:
Berperanan sebagai pengerusi RPI bagi setiap murid pendidikan khas mesyuarat RPI.
Memastikan kelengkapan prasarana PdP seperti peralatan ICT dan BBM untuk kemudahan proses pembelajaran murid Pendidikan Khas.
Menyemak buku rekod guru-guru Pendidikan Khas.
Menyelaras pengurusan perjalanan kegiatan atau aktiviti bimbingan dan pemulihan di bawah program Pendidikan Khas dan pra sekolah Pendidikan Khas.
Menerima kemasukan murid baru dan menjalankan ujian diagnostik dan memantau perkembangan pencapaian murid dalam program inklusif.
Menyediakan jadual khas bagi murid yang memerlukan PdP pada masa khusus seperti murid ADHD.
KOKURIKULUM:
Merancang takwim kokurikulum dan koakademik bagi murid-murid Pendidikan Khas ke dalam takwim sekolah.
Memantau laporan bagi setiap aktiviti kokurikulum dengan tujuan penambahbaikan setiap program yang dijalankan.
Menentukan langkah-langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas sesuatu aktiviti kokurikulum dijalankan.
PEMBANGUNAN ORGANISASI:
Pembangunan Diri Murid
Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi di dalam dan di luar waktu persekolahan terhadap kes-kes murid Pendidikan Khas yang melanggar peraturan tatatertib dan salah laku.
Merancang strategi tindakan disiplin bagi semua kes disiplin yang berlaku, iaitu kes ringan, sederhana dan berat yang perlu diambil tindakan.
Bimbingan dan Kaunseling membantu Guru Besar
Menjalinkan kerjasama dengan guru bimbingan dan kaunseling untuk merancang dan melaksanakan kursus dan motivasi bagi guru dan murid Pendidikan Khas.
Kesihatan Murid
Mengurus dan mengendalikan rawatan murid Pendidikan Khas yang memerlukan sesuatu rawatan sewaktu di sekolah.
Memastikan program-program kesihatan murid Pendidikan Khas di jalankan dengan sempurna seperti rawatan pergigian, suntikan pelali dan lainnya.
Prasarana
Menentukan dan memastikan kedudukan kelas sesuai dan selamat untuk murid-murid Pendidikan Khas.
Merancang dan menentukan bilik-bilik khas, stesen, bengkel dan tandas untuk murid Pendidikan Khas.
Menguruskan dan memastikan penerimaan keperluan ICT untuk murid Pendidikan Khas.
KERJA BERPASANGAN: NURUL AZREEN NADIA BINTI IDRIS & NURUL HIDAYAH BINTI
NORHASLIDAAZUA@NORAZUA