Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) - Coggle Diagram
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
Apakah PBD
pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid.
berlaku secara formatif dan sumatif sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran
Bila PBD bermula
PBD dahulunya dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS) bermula pada tahun 2011. Pada tahun 2016, PS mula dikenali sebagai PBD.
Apakah perbezaan PBD dan PBS?
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
terdapat empat komponen dalam PBS iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
PBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah, suatu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani). Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang PdP, bagi semua mata pelajaran.
bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka.
Apakah mata pelajaran yang terlibat dengan PBD
Semua mata pelajaran KSSR dan KSSM.
Pelaksanaan konsep PBD berlaku secara berterusan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah.
kepentingan PBD dalam membantu guru
Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta
Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran
Mengetahui keberkesanan pengajaran
Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran
Bagaimanakah PBD dilaksanakan
ilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP sepanjang tahun. PBD dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti
Pemerhatian
Penulisan
Lisan
Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain- lain aktiviti pembelajaran, berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru.
Apakah pertimbangan profesional
satu bentuk keputusan berkaitan pembelajaran murid yang dibuat oleh guru secara beretika menggunakan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman berdasarkan Standard Prestasi dan data perkembangan penguasaan murid dalam pembelajarannya.
Bagaimanakah PBD dilaporkan
Tahap penguasaan murid dalam PBD dilaporkan menggunakan templat pelaporan dalam fail Excel yang digunakan secara luar talian.
. Laporan ini digunakan pada peringkat sekolah, serta dilaporkan kepada murid dan ibu bapa.
Berapa kerap PBD perlu dilaporkan?
Sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
Bagaimanakah memastikan kualiti pentaksiran bilik darjah yang dilaksanakan
Pihak pentadbir sekolah melakukan pemantauan, manakala guru-guru dalam panitia semua mata pelajaran melakukan perbincangan dan penyelarasan berkaitan kaedah dan instrumen pentaksiran yang digunakan
Guru dalam panitia yang sama juga melakukan moderasi (perbincangan) sesama mereka dalam melakukan pertimbangan profesional terhadap murid.
Siapakah jawatankuasa pemantauan kualiti PBD?
Pengetua/Guru Besar
Penolong Kanan Pentadbiran
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Penolong Kanan KoKurikulum
Penolong Kanan Petang
Penolong Kanan Pendidikan Khas
Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Bidang
Ketua Panitia
Guru Cemerlang
Jurulatih Utama
Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua/Guru Besar/JK PBS