Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) - Coggle Diagram
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Bilakah PBD bermula?
PBD dahulunya dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS) bermula pada tahun 2011. Pada tahun 2016, PS mula dikenali sebagai PBD.
Apakah Perbezaan PBD dan PBS?
Pentaksiaran Berasaskan Sekolah
PBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah, suatu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani). Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Oleh itu terdapat empat komponen dalam PBS iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
PBD pula ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang PdP, bagi semua mata pelajaran.
PBD bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka.
Bagaimanakah PBD dilaksanakan?
PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP sepanjang tahun. PBD dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti: Pemerhatian, Penulisan, Lisan
Mengapakah PBD penting?
Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran
Mengetahui keberkesanan pengajaran
Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran
Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta
Apakah Perbezaan Tahap Penguasaan Umum dengan Tahap Penguasaan Keseluruhan?
Tahap Penguasaan Umum ialah tahap penguasaan yang digunakan oleh semua mata pelajaran bagi menjadi asas kepada pembangunan Standard Prestasi mata pelajaran tersebut. Tahap Penguasaan Keseluruhan ialah penentuan satu Tahap Penguasaan dalam mata pelajaran tersebut pada penghujung sesi persekolahan iaitu pada akhir tahun persekolahan.
Mengapakah tiada surat siaran atau pekeliling untuk melaksanakan PBD?
PBD merupakan sebahagian daripada kurikulum. Kurikulum terdiri daripada kandungan, pedagogi dan pentaksiran.
Pentaksiran ini dinyatakan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) setiap mata pelajaran.
Pelaksanaan kurikulum dan pentaksiran berlaku secara serentak dan tidak memerlukan surat pekeliling yang berasingan. Surat pekeliling bagi melaksanakan KSSR (Semakan 2017) ialah SPI Bil. 8/2016 manakala surat pekeliling bagi melaksanakan KSSM ialah SPI Bil. 9/2016.
Siapakah jawatankuasa pemantauan kualiti PBD?
Jawatankuasa ini dibentuk oleh pihak sekolah, lazimnya dianggotai oleh:
Pengetua/Guru Besar
Penolong Kanan Pentadbiran
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Penolong Kanan KoKurikulum
Penolong Kanan Petang
Penolong Kanan Pendidikan Khas
Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Bidang
Ketua Panitia
Guru Cemerlang
Jurulatih Utama
Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua/Guru Besar/JK PBS
Bagaimanakah memastikan kualiti pentaksiran bilik darjah yang dilaksanakan?
Pihak pentadbir sekolah melakukan pemantauan, manakala guru-guru dalam panitia semua mata pelajaran melakukan perbincangan dan penyelarasan berkaitan kaedah dan instrumen pentaksiran yang digunakan.
Guru dalam panitia yang sama juga melakukan moderasi (perbincangan) sesama mereka dalam melakukan pertimbangan profesional terhadap murid.
Apakah PBD?
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid.
PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.